Entry Miss Honey Minggu ini

Khamis, 9 Oktober 2014

pengalamanku Misteri 10 Oktober di UPSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar kalian??
miss honey mengharapkan semua sahabat-sahabat miss honey berada dalam sihat hendaknya..
baiklah di sebabkan hari ini merupakan tarikh 9 oktober jadi miss honey bercadang untuk menulis entry mengenai misteri 10 oktober di upsi..
miss honey teringat kembali semasa miss honey berada di semester 1 di Upsi.... sekarang masih belajar lagi yek..
miss honey telah di momok2 kan oleh senior mengenai misteri 10 oktober...
baiklah siapa student UPSI yang tidak tahu peristiwa 10 oktober....lebih baik jangan mengaku student sini k..hehehhehe gurau aja...
baiklah miss honey akan petik beberapa kisah daripada beberapa laman blog lain sebelum miss honey cerita kisah miss honey sendiri yek..


  kisah 1: 
-tarikh misteri kat upsi x silap ak pada 10 oktober
-dulu dak2 tinggal kolej2 kat kampus semua dibenarkan balik, sbb malam 2 bnyk bnda berkeliaran.. (xpelik kea nape kolej kdiaman xde kat kampus n rumah2 dkt ngan pintu blakang 2 tiada penghuni skarang)
-"kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla..... " (copy dari salah satu forumm... x taw betol ke tak..)
-"kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dgn pakwe dia yang hamilkan dia..dia terjun dari bangunan....tak leh bagi tau...bagunan tu stil ader..bilik pompuan tu pun masih ader...dulu tu bangunan asrama..now dah tak der asrama dalam kampus utama...anak dia plak dia letak kat loker...mati gak...setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu...semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)..." (copy kat salah satu forum dlm iluvislam)
-tmpt2 yg dikatakan byk berlaku TU, fakulti bhasa,TS(bnyk kuliah kat c2 2...),pusat ICT, bgnan suluh budiman...
hehe saje nk share sket2.. sbb da masuk bulan oktober nie haha.. kalau nk jalan sorang2 kat kampus 2 hati2 yea..

kisah 2
''Kes perempuan bunuh diri tu yek... nanti ada satu tarikh setiap tahun ada nmpk jelmaan perempuan nk bunuh diri kt bngunan lama tu... pompuan bunuh diri sebab ditinggalkan bf dalam keadaan dia ngandung tu ke? pernah dengar cerita daripada kawan serumah masa lawat UPSI dulu. masa tu stay 3 hari kat Kolej Za'aba. dah lupa kisah sebenar macam mana. yang pasti salah satu tempat jelmaan pompuan tu selalu datang mengilai kat belakang rumah diorang... yang ku tau tarikh hantu tu kuar kat upsi setiap 10 Oktober aku ada dengar orang cakap la.... kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla.....''

Kisah 3
''Ini yang aku dengar lah ada sorang student lelaki dia ni kira 'berisi la ilmu agamanya' waktu dia tengah studi malam2 somewhere dekat dalam upsi, then dia nampak ada sorang perempuan pakai baju kebaya, lalu tepi dia, dia tanya perempuan tu nak ke mana malam2 nih, perempuan tu just tunjuk arah galeri seni tu, then lelaki tu sambung study.abis study dia teringin nak tengok apa program dekat dalam galeri tu, waktu dia pergi, pintu tutup, then dia try bukak pintu galeri tu, dia nampak banyak hantu terbang2 dalam galeri tuh....Tapi sapa duduk UPSI mesti akan terdengar 10 Oktober, satu tarikh dikatakan hantu UPSI akan mula berkeliaran....''

Kisah 4
''Kisahnya menurut beliau: seorang siswi telah bercinta dengan seorang pemuda. Mereka terlanjur lalu siswi itu mengandung. Tapi, pemuda itu tidak mahu bertanggungjawab.''Siswi itu akhirnya bersalin, tapi oleh kerana malu, dia pun membunuh dirinya sendiri....pemuda itu mengambil bayi itu lalu pergi meninggalkan UPSI....tetapi pada ulangtahun tarikh kematiannya (10 Oktober), roh siswi itu akan merayau-rayau di UPSI untuk mencari bayinya...

Kisah 5
"kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dgn pakwe dia yang hamilkan dia..dia terjun dari bangunan....tak leh bagi tau...bagunan tu stil ader..bilik pompuan tu pun masih ader...dulu tu bangunan asrama..now dah tak der asrama dalam kampus utama...anak dia plak dia letak kat loker...mati gak...setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu...semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)..." (copy kat salah satu forum dlm iluvislam)
-tmpt2 yg dikatakan byk berlaku TU, fakulti bhasa,TS(bnyk kuliah kat c2 2...),pusat ICT, bgnan suluh budiman...
Baiklah semua dah baca kan....ini cerita miss honey sendiri hasil temu ramah dengan seorang staff...

kisah dia begini..
pada waktu dahulu ada seorang perempuan nama dia Zubaidah..dia lebih di kenali sebagai cikgu bedah..cikgu bedah ni dia sangatlah cantik hinggakan menarik perhatian seorang pensyarah orang putih yang mengajar di d situ.maka nak di jadikan cerita cikgu bedah ni bercintalah dengan pensyarah ni...tanpa di sengajakan sehinggalah hamil. semasa hamil...orang putih tersebut pulang ke negara dia balik, dan berjanji dengan cikgu bedah untk kembali semula....maka cikgu bedah pun tunggu punya tunggu tak datang-datang juga sehinggalah cikgu bedah melahirkan anaknya.... cikgu bedah kecewa dengan kekasih hatinya kerana meninggalkan dia menanggung malu sendirian...hendak pulang ke kampng takut di ketahui oleh keluarga. lalu cikgu bedah ambik keputusan untuk tinggalkan anak dia di dalam almari berkunci lalu dia pergi merayau-rayau menacari kekasih hati dia mat salleh tersebut...tidak lama kemudian, cikgu bedah kembali semula dan ingin mendapatkan bayinya. buka sahaja almari tersebut, cikgu bedah nampak bayinya sudah meninggal kerana kelaparan...bertambah sedih cikgu bedah ni...lalu di sebabkan dia dah teramat kecewa..anak dah meninggal, kekasih dia tak pulang-pulang, cikgu bedah ambik keputusan untuk terjun bangunan..... lepas terjun bangunan...maka... faham-faham sendirilah  mestilah dia mati .. takkan dia bangun pula pergi makan mee goreng depan pintu timur pulakkan. hehhehehe.... maka dari detik tersebutlah tercetusnya peristiwa 10 oktober kerana dikatakan setiap kali 10 oktober cikgu bedah akan muncul kan diri merayau-rayau di kawasan kampus lama (kampus sultan azlan shah) untuk bawa susu beri anak dia makan...kawasan sekitar laluan dia dikatakan di kawasan Bangunan Suluh Budiman, Tadahan Selatan dan Fakulti Bahasa.......

Pengalaman Staff...
pada suatu malam Puan L lalu di kawasan tadahan Utara..... Puan L baru sahaja mula bertugas di Upsi..dia tidak tahu pun mengenai  kisah cikgu bedah ni...Semasa Puan L lalu disitu dia terkejut bila dia nampak ada seorang perempuan yang berpakaian kebaya merah ketat dan singkat serta berpakaian kain batik lepas dengan membawa payung.... Puan L ingin menegur perempuan tersebut tapi tak jadi dan buat tak tahu kerana Puan L nampak alis mata perempuan tersebut tebal dan hitam... Puan L tiba-tiba rasa seram dan cepat-cepat jalan keluar dari kawasan tersebut...pada keesokkannya puan L cerita hal tersebut pada rakannya di pejabat...sebab  Puan L dia pelik kenapa perempuan tersebut bawa payung pada malam hari...kata rakan Puan L itulah hantu Bedah....

Kisah saya....
semasa Miss honey semester 6 miss honey telah di hantar oleh pihak univerisiti untuk 1 program di Kedah semperna PM Dato Najib datang merasmikan program..baiklah pada masa itu miss honey di hantar atas tiket Duta Universiti dan disertakan dengan kereta dan seorang driver Upsi...Wow Naik kereta pegawai Upsi pula...huhuhu sengan pun ada.....baiklah nak di jadikan semasa dalam perjalanan pulang di kawasan Lebuh raya Gua Tempurung pada pukul 9.30 malam, seminggu selepas kematian Kapal Singh. Miss Honey ternampak di belakang sebuah  MPV ada sesuatu atas mpv terdapat satu benda berwarna hitam dan mempunyai rambut yang terjuntai sehingga menyapu jalan raya...wow memang serang nampak pula 2 biji mata merah..miss honey jenis mulut tak berjaga sikit.. miss honey terus tegur dan bagitahu pemandu sebelah miss honey..pemandu tersebut terus memotong MPV tersebut..miss honey tanyalah dia nampak ke tak..pemandu tersebut kata dia nampak,,, nampaknya mata miss honey betul-betul nampak sebab 2 orang dapat lihat.....miss honey jenis mulut tak boleh kontrol miss honey nak timbul suasana seram di dalam kereta lagi miss honey cerita pula kisah cikgu zubaidah seperti miss honey cerita kat kalian dia atas tadi..... pemandu kereta tadi dia dengar dan macam-macamlah dia tanya tiba-tiba dia diam..miss honey terkejut dan cakap lagi kisah tersebut...tapi dengan cepat pemandu tersebut suruh miss  honey diam..,miss honey terkejut terus terdiam....selepas itu kami berhenti di RnR Simpang Pulai, lalu tanpa melenggahkan masa miss honey tanya pemandu tersebut kenapa suruh miss honey diam..pemandu tersebut kata semasa miss honey dok tengah cerita tiba-tiba dia rasa di belakang kereta tempat penumpang belakang ada bayangan dan bau yang wanggi sangat..dah miss honey dah gelabah dah dengar... patutlah tertiba pemandu tersebut terdiam.woww...terkejut miss honey....nasib baik dia tak muncul huhuhu...

baiklah setakat itu sahaja hehehehe miss honey tak nampak pun sebab setiap malam di upsi miss honey redah aja masuk kampus tak fikir apa dah janji kita tak ganggu orang lain dan ada urusan penting...

Siapa yang masih belajar di Upsi..kalau kalian berani cuba siasat pula sebuah rumah misteri dan menakutkan di hadapan Pintu Utama..hehehhehe

p/s: Segala kisah jangan kalian percaya sangat ini sekadar misteri dan tak betul-betul di sahihkan pun. hanya sebuah cerita sahaja..selamat bertemu kembali..Assalamualaikum

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 28 September 2014

Peribadi muslimah Sejati


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


dah lama miss honey tidak beri perkongsian agama...
baiklah entry kali ini miss honey akan terangkan serba sedikit mengenai peribadi muslimah sejati yang perlu setiap wanita islam ada,, antaranya ialah:
 
1.Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al Qur’an dan As sunnah serta terjauh dari segala Bid’ah yang dapat menyesatkannya.

2. Matinul Khuluq,
Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

3.Qowiyul Jismi, Kuat tubuh badannya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Allah SWT.

4.Mutsaqoful Fikri, Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

5.Qodirun ‘alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa berdikari dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

6.Mujahidun linafsihi, Bersungguh sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimalkan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga terlihat baik pada dirinya ataupun orang lain.

7.Haritsun ‘ala waqtihi, Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang menyiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.

8.Munazhom Fii Su’unihi, Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

9.Naafi’un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan penting. Keberadaannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.


insyaAllah mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan muslimah berikut


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers