Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 25 Disember 2011

Warkah Buat Muslimah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat miss honey..hari ini miss honey tak nak story panjang kerana siang tadi kepenatan tlg mak ...almaklumlah cuti study week miss honey wat kerja tlg maklah... BTW buat sahabat miss honey semua miss honey tetap tinggalkan sahabat semua dengan  something yg blh jadi panduan kita....




Duhai Gadis …
Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…
Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.
Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.
Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.
Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

P/S Kredit by hamba ALLAH semoga menjadi perkongsian kita bersama @_@



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 19 Disember 2011

Dia teTap dihati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua sahabat miss honey semua... 1st of all miss honey nak minta bebanyak kemaafan kerana dah lame tak update new entry untuk sahabat honey semua yek.....miss honey harap sahabat miss honey semua berada dlm keadaan dalam Rahmat-Nya...INSYALLAH..

kali ini miss honey rasa perlu untuk kongsi 1 my feeling untuk sahabat honey semua....its about my heart...amboi macam dasyat jew dengar kan..padahal tak pun 

nie mengenai some1 dalam life miss honey... entahlah miss honey tak tau nak mulakan cerita macam mana...tapi ape yang miss honey tahu miss harap ALLAH akan memberi miss honey kekuatan untuk bersabar dan akan terus menunggunya.....miss honey tak blh paksa dia untuk terima saya dlm hidupnya...tapi ape yg blh miss honey lakukan padanya ialah setiap kali lepas solat nama dia akan miss honey sebut semoga ALLAH memberkati kami dan akan menjodohkan kami...TAPI!!! kalau dah tak ada jodoh miss honey tetap redha...hanya-Nya yang lebih mengetahui hamba2nya...mungkin  ada hikmahnya

walaupun setiap kali dia kata dia tak layak untuk miss honey..miss honey tak pernah pun nampak kekurangan yang ada padanya....Nauzubillah semoga ALLAH menjaga hati kami berdua... ape2 pun Insyallah dia tetap dihati miss honey @-@



p/s: diharap jodoh berpanjangan

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 3 Disember 2011

@ Tip keTika Berurusan Dengan Ajnabi @


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Alhamdulilah kalinie miss honey dapat sedikit info dan nasihat untuk berkongsi dengan sahabat miss honey semua....miss honey harap semoga akhi wa ukhti miss honey dapat memanfaatkannya yek

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...
1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

p/s:Muslimah Sejati dibibirnya tiada nama lelaki, dibibir lelaki tiada namanya, dia tak suka memandang , dan tak suka dipandang

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 1 Disember 2011

.: Miss HoNey HipokriT:.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan selamat sejahtera sahabat.semua...maaf jika miss honey ada buat salah kepada sahabat semua... :( ...aik tiba2 pula miss honey kali nie emo lah pulak..sabar yek miss honey kita ketepikan kejab emo2 kejab...ha macam mana sahabat miss honey harinie adakah anda semua sihat..honey sentiasa doakan kesejahteraan kalian semua...

untuk entry kali ini miss honey ingin share something tentang miss honey...ada org mengatakan miss honey hipokrit berpura-pura alim! tersentap miss honey ada hamba allah kata macam itu.... honey tak salahkan hamba Allah tersebut kata macam itu mungkin itu bagi pandangan dia mengenai miss honey...itu pendapat masing-masing...terpulang lah pada mereka...tapi kali ini miss honey betul-betul insaf...tgk balik kesalahan miss honey ape yang miss honey telah buat... miss honey ikhlas menutup aurat.. adakah dengan memakai tudung labuh menunjukkan miss honey nak tunjuk baik depan semua orang..adakah memakai jubah menjadi ukuran kealiman seseorang???? Ya Allah sahabatku semua sedikit pun tak terlintas dalam hati miss honey nak buat macam itu... miss honey pakai-pakaian ikut syariat ikhlas kerana Allah..Miss honey rindu sangat ingin jadi kekasih-Nya.. dalam yang paling penting miss honey tak nak ternoda sebelum masanya.... miss honey tidak tahu siapa bakal suami miss honey...Insyaallah dengan izin Allah . Dia akan tentukan jodoh kami..tetapi miss honey ingin jaga akhlak supaya lebih baik dari semalam.dan esok lebih baik dari hari ini..

 sahabat semua...miss honey bukanlah seorang yang alim...bukanlah seorang wanita yg terlalu muslimah...tetapi setiap hari miss honey akan berusaha belajar dengan tekun untuk kearah itu.. miss honey pun masih belajar sedikit demi sedikit... tak terlintas or terdetik pun walaupun sebesar zarah dlm hati miss honey nak tunjuk baik...

memang tak dinafikan miss honey pernah melalui 'zaman jahiliah' miss honey yakni memakai seluar jean, memakai tudung atas dada, berfesyen perbagai supaya nampak trendy...tetapi itu semua sudah berlalu... Alhamdulilah  Allah telah maembantu dan membuka hati miss honey untuk berhijrah kearah lebih baik yakni mendekatkan diri kearahnya.... tetapi maaflah sahabat semua...miss honey sedia maklum miss honey bukanlah manusia yg maksum sebagaimana Muhammad S.A.W miss honey masih belajar sedikit demi sedikit...jadi miss honey harap sangat jika tidak ada yang berkenan jumpalah miss honey face 2 face.kita bincang same2..Insyallah miss honey sedia mendengarnya untuk kebaikan bersama..tetapi janganlah membawa cerita di belakang dikhuatiri akan timbul fitnah pula di kemudian hari.

sayu hati miss honey bila terdengar khabar angin macam itu...mengucap panjang miss honey...menitis air mata... Ya Allah apelah dosa miss honey..miss honey tak pernah ganggu hal orang...pergaulan pun miss honey jaga.. mungkin diri miss honey masih yang banyak perlu perbaiki lagi..TERIMA KASIH kepada yg sudi kata kepada miss honey macam itu... miss honey hargai sangat2.....

p/s: keimanan seseorang bukanlah diukur berdasarkan pakaiannya tetapi berdasarkan ketakwaannya...jika ada diantara sahabat kalian yang ingin berubah kepada kebaikan bantulah dia sahabat...atau pun diam sahaja sekurang-kurangnya anda akan dapat pahala kerana meredhai sahabat kalian untuk kebaikan...JANGAN dicerca kerna dikuatiri dosa yg bertimbun akan dapat 




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 28 November 2011

Program bicara wanita: seindah Hiasan Dunia


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu dan selamat sejahtera...macam mana dengan iman ukhti wa akhi harinie...masihkan tetap dijalan ALLAH????..miss honey harap kamu semua tetap istiqamah melakukan ibadat ,tanda kecintaan kita pada yang ESA.....almaklumlah iman kita bukan seperti malaikat yang sentiasa istiqamah beribadat dan taat kepada ALLAH...tapi kita manusia punya nafsu dan akal...so gunakan akal untuk mengatasi nafsu ya sahabat semua..

ok kalinie miss honey sediakan intipati khas untuk PROGRAM BICARA WANITA yang dibuat di oleh EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP '11, UPSI pada hari jumaat 25/11/2011 khas buat yang tidak berkesempatan untuk pergi..hope perkongsian kali ini akan memberi sedikit mafaat pada kita semua..
. 
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – (Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.
Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.
Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwasanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya.

Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: “…perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” – (Surah an-Nisa: 34)
Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Sabda Rasulullah bermaksud: Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – (Riwayat Al-Tausi)






。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 27 November 2011

Hafiz Hamidun in UPSI n Sambutan Maal Hijrah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan selamat sejahtera sume sahabat miss honey...ok hari hari minggu miss honey full day da aktiviti...pagi miss honey kena pergi dewan kolej untuk sambutan maal hijrah petang hehehhe da program penulisan kreatif oleh abg Hafiz Hamidun di bangunan E- Learning..dewan konvokesyen, UPSI.... opss lupa miss honey nak tanya ape khabar ya ukhti wa akhi sume hari ini...ALHAMDULILAH...syukur kalau semua sihat sume..itu tandanya sahabat  kasih ALLAH sentiasa bersama kita.

ok 1st thing miss honey nak story pasal ape yg baru miss honey belajar dengan abg Hafiz rupanya penulisan lirik lagu tak lah susah janji kreatif,maksud nak disampaikan orang faham dan tidak melanggar undang2 penulisan lagu ( menyentuh hal politik,kaum, agama or anything yg blh menyebabkab huru hara)..ok berbalik dalam penulisan lirik ada perbagai teknik sebenarnya...sama ada kita tulis lirik dahulu..or kita buat lirik berdasarkan lagu.....hehehhe nak citer panjang2 pun miss honey masih baru n masih berusaha belajar lagi...ape pun 4me..program nie kira ok miss honey dapat belajar sesuatu yg baru...syukran jazilan bebanyak kat abg Hafiz sudi kongsi ilmu untuk peserta tadi n urusetia yg ajurkan program ini...
Abg Hafiz di dewan Konvokensyen UPSI
Ok berbalik pulak cerite miss honey tentang sambutan maal hijrah tadi di dewan kolej miss honey..Kolej Ungku Omar, UPSI..... pengisian pagi tadi mengenai penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke madinah dalam usaha baginda untuk meyampaikan dakwah Islamiah...betapi banyak cabaran yg terpaksa baginda tempuhi termasuk para sahabat baginda ( saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Saidina Omar dan lain2 lagi) bagi menyebarkan syariat islam... lihatlah betapa zaman dahulu mereka berjuang bermati-matian demi islam tetapi kita umat sekarang hanya berjuang dengan nafsu.... tetapi tak semua akn berjaya...nauzubilah betapa jauhnya perbezaan antara kita dengan umat terdahulu...sepatutnya ucapan ALHAMDULILAH sepatutnya kita ucapkan syukur pada ALLAH atas kesenangan yg kita perolehi kini..ok nie miss honey letak 1 pic miss honey..hope da yg puas hati yek sebab miss honey jarang post pic sendiri... bagi muslimah lebih elok kita tidak menonjol sgt supaya dapat megelakkan fitnah ..aminn
miss honey waktu sambutan maal hijrah

p/s: walaupun ape2 yang kita buat pastikan ape yang kita buat dapat  keredhaan mak ayah...walaupun kita jauh dimata tapi INGAT ada yg sentiasa memerhati kita (@_@)




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 26 November 2011

: ahlan wahsalam ya muharam:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sume ya ukhti wa akhi sekalian...miss honey mohon maaf yek ibu-ibu bapa-bapa (merapu jew nie) sbb hari nie lambat sikit update post kat sahabat semua.... maaf kan saya...maaf kan saya( sekali lagu allahyarham P.Ramlee lah plak).....ok berbalik pada bicara asal kita tadi  harinie sedarkan wahai ukhti wa akhi sume yang harinie merupakan awal muharam / 1 muharam..bagi tahun  1433 H...apa yang diperkatakan mengenai H nie....sahabat semua H merupakan simbol kepada hijrah iaitu bermulanya pentarikhan kelender bagi umat islam... diambil semperna penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah bersama kaum Muhajirin Mekah setelah mendapat perintah dari ALLAH S.W.T pada 622 Masihi / 1 Hijrah...... ok yang itu serba sedikitlah yang miss honey boleh kongsi bersama sahabat yg miss honey kasihi sekalian..

 ok yang tadi pasal sejarah hijrah....kalinie miss honey nak tanya kebiasaan ape yek orang akan buat dalam waktu maal hijrah...ha cube teka???...dapat tak???....... ha pandai pun ok kebiasaan nya apabila bakal tiba maal hijrah...umat islam akan membaca doa akhir tahun sebagai tanda penghujung tahun bagi tahun tersebut dalam kelender islam......sahabat sume miss honey nak tanya...dah bace ker doa akhir tahun nie....kalau belum mari kita bace same2 yek
DOA AKHIR TAHUN

MAKSUDNYA:
Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.
Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah


antara kelebihan membaca doa akhir tahun ini ialah:
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya..

apabila tiba awal muharam pula kita disunatkan membaca doa awal tahun sebagai tanda bermulanya tahun baru bagi umat islam
DOA AWAL TAHUN
MAKSUDNYA:


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.
Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.
Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya.
Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu.
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.
PENERANGAN:

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.


Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.


Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)

Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.

Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu, janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam


P/S: Bacaan doa akhir tahun dan awal tahun hanya dibace sekali sekala dalam setahun,,,maka berusaha lah kita membaca doa tersebut kerana tidak pasti lagi doa tersebut akan kita bace lagi pada tahun hadapan..... (",)


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 24 November 2011

: Jangan risau jika belum berpunya:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas halal & haram. Yg penting, dapat.!!

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, inilah realiti hidup remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu wahai sahabat tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.kerana setiap jodoh telah ditentukan oleh ALLAH..firman ALLAH surah an-Nahl ayat 1 "sesuatu yg telah ditentukan oleh ALLAH pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan"


Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting daripada apa yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Lihat matlamat anda, jangan ada yang melencong. Jika mmg dah sampai saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.
Memiliki seorg suami yang soleh atau isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!
Ingat, usaha yg Allah redha sahaja. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.
Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.
Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~
1st Thing 1st:
- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~


p/s: melalui perkahwinan ada tiga cara kearah perkahwinan. pertama berkahwinan atas dorongan syaitan ( melakukan maksiat ditangkap atau mengandung anak luar nikah dan terpaksa kawen)..kedua berkahwin atas dorongan jin ( seseorang lelaki / perempuan menggunakan ilmu sihir dgn bantuan jin dan mereka berkahwin... ketiga perkahwinan yg dimuliai ALLAH (mereka bertemu kerana ALLAH, lelaki masuk meminang dan terus berkahwin,setelah diyakini itu adalah jodoh mereka selapas melakukan istiqarah)  mana satu pilihan kita...pilihan ditanganmu sahabatku (@-@)




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jika aku Jatuh Hati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan selamat sejahtera....hari macam mana kehidupan sahabat miss honey....miss honey harap ya akhi wa ukhti berada dlm keadaan limpah kasih sayang-Nya

kali nie post miss honey masih bertemakan percintaan dalam islam yang menuntut kita untuk menjaga perhubungan berlandaskan syariat islam supaya tidak tergelincir dilandasan yang sebenar disamping serba sedikit memberikan kita kekuatan dan motivasi (sharing is caring) tak gitu??


Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan untukku mencintaimu.

Ya muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
izinkan aku menyentuh hati,
seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu,
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu. 

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALLAH,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada-Mu
AMIN...............

video

P/s: Doaku...moga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman kerana tapak iman itulah yg menemukan cinta yg selama ini hilang... semoga cinta yg dicari telah ditemui dan ALLAH meletakkan kita dibawah payung rahmat-Nya..




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 23 November 2011

Surat Cinta Untuk Calon Suamiku (part 2)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan selamat sejahtera.....macam mana kehidupan
kalian wahai akhi wa ukhti ku sekalian...diharap sentiasa berada dalam keadaan Keredhaan Ilahi...
harinie miss honey akan wat entry sambungan  SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU (PART 1) ok kalinie kita sambung part 2...harap sume sudi bace yek...


surat cinta untuk calon suamiku (part 2)
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Kepada calon suamiku…
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur karana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

Wahai Calon Suamiku…
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Disini aku diajar untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak.
Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
Kadang aku bertanya-tanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku. namun aku tahu jawabannya. Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingat-Nya kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian Insya Allah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu, menemani harimu.

Calon suamiku…
Entah dimana dirimu sekarang. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak.
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya kesia-siaan yang akan kau dapati.
Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku…
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan ibuku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak disyurga cukup aku yang menjadi ketua bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.
Aku ini orang yang amat cemburu. Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; “Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan sihat nan cantik, Dia beri aku ulat berbulu. Aku sempat kecewa dan menyalahkan ALLAH. Betapa tidak adilnya ini.
Namun kemudian kaktus itu berbunga, sangat indah sekali. Dan ulatpun tumbuh dan berubah menjadi kupu-kupu yang teramat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi Allah memberi apa yang kita perlukan.”
Aku yakin kaulah yang keperluanku, meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suamiku yang di rahmati Allah…
Apabila hanya sebuah perkahwinan menjadi perahu pernikahan kita, takkan kunamai dengan perkahwinan derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.
Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah SWT.

Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu ketika mekar menghiasi taman. Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku…
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kini kuhadapi. Kelak saat kita tengah bersama, maka disitulah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
                                                                                  
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
p/s:buat calon suamiku, binalah imanmu agar kamu layak menjadi imamku nanti (",)

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 22 November 2011

Surat Cinta Untuk Calon Suamiku (part 1)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatu dan selamat sejahtera... harinie miss honey akan tulis something yg agak PENTING...dlm hidup miss honey....khas buat si dia....(tak tau lagilah siapa insan tersebut...insyallah ada jodoh adalah)

Seorang gadis menulis S.U.R.A.T. C.I.N.T.A. untuk calon suaminya.
walau belum pasti,siapakah gerangan jejaka pilihan ALLAH swt untuknya..
dia yakin,ALLAH akan mengisikan kekosongan hatinya dengan sempurna...

surat cinta untuk calon suamiku (part1)

kepada calon suamiku...
tahukah engkau aku adalah sebahagian dari tulang rusukmu?
mengapa aku diciptakan dari tulang rusukmu yang paling atas serta bengkok..?
tahukah engkau kenapa ALLAH tidak menciptakan aku dari bahagian kepala mu,kaki mu atau bahagian lain?

sebabnya supaya aku tidak terlalu dijunjungmu
supaya aku tidak dipijakmu
tetapi dekat dihatimu untuk disayangi
dan dekat di bahumu untuk kau lindungi
dan janganlah kau cuba meluruskannya,kerna kau akan memecahkannya.
janganlah engkau memarahi atau memaksa aku
jika aku membantahimu
tetapi
nasihatilah diriku
dengan kelembutan bukan dengan paksaaan
jika ada kesalahan dan kekurangan dariku

wahai calon suamiku..
tahukah engkau bahawa Kaum Hawa itu ibarat sehelai sutera?
sangat lembut,halus,cantik
tetapi ia juga mudah tercarik dan terkoyak..

kepada calon suamiku..
ketahuilah engkau..
aku adalah wanita yang tidak mementingkan kecantikkan paras rupa,
bagiku kecantikkan akhlakku adalah harta berharga buatmu yang hakiki..
Ingatlah..
bahawa kecantikan paras rupa itu adalah nafsu
dan kecantikkan akhlak itu adalah taqwa kepadaNYA..

wahai calon suamiku
jadilah engkau seperti matahari didalam hidupku nanti..
sentiasa bercahaya
walau malam menjelma,cahayanya pada bulan tetap menerangi
walau kekadang gerhana melanda..
kecerahannya tetap kembali jua..

wahai calon suamiku,
ketahuilah bukan emas dan permata yang aku mahu
untuk kau hiasi diriku supya aku tampak lebih indah dan berseri-seri
bukan cuma untuk keindahan didunia ini sahaja ,
tapi hiaskanlah bibir ku ini dengan zikirtullah,mentilawah AL QURAN,tahajjud dan witir..
untuk keindahan disisiNYA..

wahai pembimbingku,
jalankan peranan mu menjadi imam keluarga kita nanti
menjadi contoh terbaik kepada zuriat anugerah Ilahi..
menjadi nakhoda didalam layar bahtera pernikahan kita
yang akan membawa kepada keluarga sakinah...
amin..InsyaALLAH


p/s: aku akan sentiasa tunggu kedatangan dirimu dalam hidupku... jika tidak dipertemukan lagi sama-samalah kita tingkatkan CINTA pada ALLAH untuk membentuk keluarga kita yg Sakinah...AMIN


..


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

:JoDohKanLah Aku:


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...ahlanwahsalam harinie para sahabat kerana sudi mencemar duli singgah blog miss honey...miss honey harap sume sahabat honey berada dalam keadaan sihat sejahtera.... hari miss honey dapat some request dari sahabat miss honey nak satu puisi gile2 sikit.bg menjaga hati ukhti nie miss honey bt jgak..tapi honey harap sahabat miss honey yang lain jangan wat mcm sajak mcm nie tau...tak baik.......ok dengarlah yek




Ya Tuhan ku.. kalau dia memang jodohku,

jodohkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,

Jodohkanlah jugak...

Jika dia tidak berjodoh denganku,

maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,

jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,

jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,

biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,

jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,

putuskanlah!

Jodohkanlah dengan ku....

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

biar dia itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan

kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...

Amin.....

p/s: memg susah untuk kita lepaskan orang yg kita sayang tapi percaya lah jika ada jodoh takkan kemana



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 21 November 2011

Cantiknya Seorang Muslimah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum n selamat sejahtera sume sahabat miss honey harie...macam mana kehidupan hari ini???..miss honey doa kita sume masih dalam rahmat ILAHI..harini mis honey want to share puisi khas untuk muslimah ....supaya kita terus istikhamah ke jalan ALLAH.....AMIN.



Awalnya aku tak percaya diri,
Dengan pakaian yang tertutup rapi,
kawan-kawanku berkata aku tidak trendy,
tapi abi dan umi  berkata aku cantik sekali,

wahai sahabatku yang sentiasa bermimpikan sanjungan,
cantik sahabatku bukan bererti buka-bukaan,
cantik tak bermakna selalu berdandan,
cantik tak bermakna selalu mendedahkan,
dan cantik tak bermakna kita seorang pujaan.

Kuhulurkan jilbabku hingga terasa damai hatiku,
Kulonggarkan pakaianku,
sehingga tertutup seluruh tubuhku,
Ku tundukkan pandanganku pada lelaki bukan ajnabi,
Demi cintaku padamu Ya Rabbi,
dan ku berbisik didalam hatiku,
semoga Engkau berbahagia melihatku,
Supaya aku sentiasa menjadi kekasihmu di sana.

Andai semua orang memahami,
cantik lahir bukan ukuran,
tapi cantik hati memikat semua orang
yang menjadikan budi pererti keutamaan,
seperti sunnah rasul yang dicontohkan

p/s: untuk menjadikan diri seorang muslimah sejati tidak susah, tapi untuk sentiasa beristiqamah perlukan kekuatan dalam diri sendiri yg bergantung pada amalan kita seharian

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 19 November 2011

wahai HatiKu..La TahZaN....Ya allah Ku Puhon PadaMu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...mis honey tak ada ape yg nak diceritakan sgt setiap org pasti ada yg terluka..
sebagai hambanya saya jgk tidak terkecuali....
ya allah maafkan atas kekhilafanku
jika ini hukumanmu pada..
akan kuterima dengan seadanya.




p/s: La tahzan!!! Innallah hama a'na...... ya allah aku sentiasa mengharapkan ketabahan dariMu


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers