Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 31 Julai 2011

Dup Dup....mAmpU Ke Miss HoNeY???



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum n hai..hai..
Wah harinie pe pasal plak honey nak mention name honey nie
nak femes ke miss honey nie
hehehe..

tak caya cube tgk TAJUK DI ATAS

ehh ehh nape plak da dup..dup 2 nie

ok lah honey mls nak teka teki nie..mcm My frenzz miss Liyana Nana yg bijak
berteka tukup nie

honey Dup..dup sebab gemuruh + gementar takutlah nak masuk UPSI

honey tgk kwn2 honey dlm group J.U.N.I.O.R UPSI '11 
ramai yg bijak pandai tahap sarjana n ahli falsafah
teroverlah pulak puji...

korang nak tau tak Dup..dup2 bunyi jantung honeylah
wah berdegup kencang

mampu ke honey nie bersaing dengan diorang yg SURE LAH dpt dekan
miss honey dah lah kecik jew orang
nak berhadapan dgn diorang yg pandai + bijak + pintar (adik beradik setiri)
hoeny jadi gemuruh sgt dapat ke honey kawan dekat UPSI 
nak mengharungi 8 sem nanti

hua hua nie nak nagis nie
@___@

Miss Honey cool beb!!! control comel...menyampahlah plak
Insya-Allah hope sume tak da ape2
sume akan berjalan lancar
amin...

p/s:sorry nie luahan hati honey yg sebenar dup..dup...dupp..alah tak berhenti lagi rupanya nie .



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

AHLANWAHSALAM (WeLcOmE) YA RAMADHAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 Assalamaulaikum n hai-hai...
tup..tup..tup dah masuk yek bulan ramadhan kita pada taun nie..
syukur alhamdulilah dikesempatan kali nie honey dapat jgk sambut posa bersama family tersyg
tapi tak taulah 
sempat ke tak beraya pulak
waalahualam
(hehe asal plak teks ucapan kali nie mcm org nak bg ceramahlah pulak keh...keh
bukan ape INSAF seketika)

bila dah masuk bulan posa...makna kata tak smpai sbln lbh lg lah honey nak pisah dgn family
ayoyoooo wacha... sedih gembira.......

entry kali nie honey nak kongsi pasal makna erti kata ramadhan dgn korang n ape khaifiat
kita bersolat terawikh setiap mlm di bulan puasa yek...
hope some dapat secebis pahala n manfaat..

KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


PENERANGAN HADIS 


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 

KELEBIHAN BERTERAWIKH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. 


p/s: sory entry kali nie agak "SKEMA"...hehe karang ps sahur..mata pun macam tukul besi dok terlekat kat bulu mata nie..haha ...pe2 pun honey nak ucap selamat MENGERJAKAN IBADAH ..puasa...take care @____@


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jumaat, 29 Julai 2011

Kolejku:HARUN AMINURRASHID



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 Assalamualaikum and hai-hai..
wah mlm nie honey excited lah pulak nak story mory pasal my new kolej,

KOLEJ KEDIAMAN HARUN AMINURRASHID..
for ur information honey nie bakal penginap kat kolej nie tau..

teruja pun ada almaklumlah katakan 1st time masuk "U"
hehe 

ok alhamdulilah tak lama lg honey bakal menjadi mahasiswi...ha sebut balik..mahasiswi k
bukan mahasiswa UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)
TANJUNG MALIM..

alhamdulilah sekali lg honey nie kome nak tau  org perak yob / yong 
so di pendikkan citer...
mudah lah honey nak balik my village in.............
haha jgn jeles marah k 
honey da RM30 dah blh balik rmh dah beb hehehe
nakal jgk yek honey nie mengata org nie

 kat sini honey nak bg tau sikit kat korang INFO pasal kolej nie
bg new student mcm honey nie

nanti tak lah korang terkejut beruk
buat muka cangung pulak hahaha


KOLEJ HARUN AMINURRASHID

Kolej Kediaman Harun Aminurrashid (KHAR) mengambil nama seorang tokoh kelahiran Sultan Idris Training College (SITC) yang masyhur dalam bidang penulisan iaitu Harun Aminurrashid. Kolej yang pada asalnya terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah ini telah ditubuhkan sejak zaman Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) lagi. Kolej kediaman sulung ini asalnya terdiri daripada empat buah blok yang boleh menampung seramai 600 orang pelajar. Bagaimanapun, berdasarkan kepada keperluan dan perubahan semasa, pada Jun 2005, Kolej Kediaman Harun Aminurrashid dipindahkan ke Taman Bahtera di Mukim Hulu Bernam yang jaraknya hanya 2.2 kilometer daripada Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Terdapat tiga buah blok dan setiap satunya memiliki sembilan aras yang boleh menempatkan seramai 2,758 orang pelajar. Pihak pengurusan menempatkan pelajar lelaki di Blok 2 manakala perempuan di Blok 1 dan 3.
Kolej Kediaman Harun Aminurrashid diketuai oleh seorang Pengetua iaitu Puan Hajjah Zainab binti Othman, dibantu oleh sembilan orang Felo beserta seorang Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah. Selain itu, barisan pentadbiran juga dibantu oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej atau lebih sinonim dengan panggilan JMK.
Pada Julai 2006, JMK telah bersepakat untuk melaksanakan panggilan ‘cikgu’ bagi setiap urusan dalam konteks mencorakkan identiti penghuni KHAR yang bakal menjadi pendidik. Kolej Kediaman Harun Aminurrashid meletakkan harapan agar dapat mengeluarkan produk pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang setanding dengan nama tokoh, Harun Aminurrashid.




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 26 Julai 2011

I GoT aNOThEr My NeW bFf


  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum n hai-hai buat korang hehe
harinie honey nak story mory sikit pasal tajuk di atas
wah teruja nie haha
WHAY???? happy giler nie maa....
mane tak gembira kan honey dapat new my bff hehe
but My bff (ZALIKHA HUSNA, ROSNORSALWA N MOHAMAD)
still my bff jgk
yeah honey rasa nak melompat nie....
wah..wah.....sape nak join angkat kening...
haha

ok berbalik pada tajuk asal 

pada TANGGAL 26/07/2011
honey dapat 3 bff baru hehe
nak tau sape???

hurry up!! honey nak intro pasal depa nie..

ok yg 1stly nie dia
cik kak yg comey nie...hehe
Nur Amira Mohd Ruzki
hehe entahlah honey tak tau lah macam mana blh kenal cik kak nie
mybe when honey join STPM 2010 punya group kot
hahaha
maka disinilah titik permulaan kami berkenalan
and then one day honey frusted giler...
n mulalah honey wat soalan binggung sikit.
"harinie rasa sedih sgt2,susahkan nak cari kawan sejati..sahabat yg blh berkongsi masalah yg blh senang n susah bersama"
ha lbh kurang macam2 lah ayat honey .....
huhu sedihkan
TIBA-TIBA mucul lah miss mira kita nie coment n say "sy nak jadi sahabat awak"
wah2 teruja n happy kot haha
lepas that momentlah kami selalu chat.....
Tol tak miss mira??? kalau betul angkat siku!! hahaha

meh honey show sikit miss mira kesayangan honey k
taraaaaa!!!!!
ok nie lah miss mira honey

 next miss Ekin nie
haha
honey kenal dye when honey bukak penyataan dlm group STPM 2010
"GENG UPSI JOIN SINI"
 wah2 tak sangka lah pulak mis ekin nie join
n paling tak sangka dye 1 kos dengan honey
subjek menghafal lah haha pe lagi kalau bukan sejarah

yg paling syokk kitorang dah janji nak daftar pada masa n hari yg sama
n INSYALLAH kalau da rezeki nak 1 bilik
aminnnn

ehhh..ehh lupa plak nak bagitau name surat beranak miss ekin nie
NOR HASIKIN BT BARDAN

see cantik kan miss ekin nie hehe
senyum lebar beliau....
bakal cikgulah katakan

ok nie last honey nak kenal kan my bff
wah nie time honey n miss mira dok syokk berkasih syg
jgn salah sngka k 
bermesra-mesra menambahkan ikatan persahabatan kami
muncul lah miss Nur Cyma nie jeles
teruja tgk kami nie da ikatan persahabatn yg mesra
dgn rasa berbesar hati nya miss cyma nie request kat kitorang

"honey-za smile , Nur Amira Mohd Ruzki memang sweetlah sukalah tgk persahabatan korang"
 kami pun mulalah invited miss cyma nie untuk jf bff kitorang
alhamdulilah my cyg mayang mis Nur Amira nie dah bg cop mohor mengesahkannya haha
katanya dia syokkkk sampai tak tido mlm....
haha btul ke nie miss mira???

kalau korang nak tau miss Nurul Cyma nie jgk bakal mahasiswi UPSI samelah dgn honey


hehe bertambah bertuahlah honey when enter ajew UPSI dah dapat 2 orang sahabat 1 universiti...

walaupun cyg mayang honey MIS NUR AMIRA honey bakal mahasiswi UM tp dia tetap dlm hati honey k

FRIEND 4 EVER...!!

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 20 Julai 2011

4 Sekawan tetap setia ( 3+1 )


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum n hai-hai ...... wah malam nie cukup syahdu dibawah bulan perindu...ku nyanyikan lagu hanya untuk mu.....apasal lah honey pelik jew yek mlm nie...hurm entry kali nie honey nak cerciter kat korang pasal bff honey...WHAT???? boy freind forever!!!!! not ma best friend forever ma!!! jgn fikir bukan2 k...
  
k honey nak tanya korang da bff tak ......mesti lah da kan tak kan takda pulak...k honey nak intro sikit sal bff honey 3+1.....


ape yg 3+1 nie
jom honey citer...3 girl 1 boy




+


ha korang nampak tak 3+1 hehe

ok mula2
1stly nie bff pertama honey kenal
adalah
ZALIKHA HUSNA


bila honey dah kawan agak lame dgn ika tak lame
ika kenalkan honey dekat bff dye plak
hehe korang nak tau tak saper????

taraaa!!!!

NIE DIA

name dia saper???

tentulah

ROSNORSALWA
name cute dya WA


ha nie lah seorang jejaka idaman melaya antara kami berempat hehe
nak kenen2 ker dgn dyer haha
dialah si penyelamat kami berempat
ala-ala hero gitu

ha nak tau camner honey kenal dgn dia!!!

alkisahnya tersebutlah kisah disebuah kg...
haha mula nak merepek dah nie

ok mamat sorang nie di kenalkan oleh honey oleh bff honey td
ROSNORSALWA
so secara langsung n tak langsung kami pun jd teman jgk
tapi teman tp mesra k....
no secret2

honey dok cer citer nie saper mamat bertuah 2 yek haha
meh kita terjah same2 k


ok name jejaka di atas nie
MOHAMAD
 ha berkenan ker???
sorry nom dye tak leh disiarkan di sini
hehe bg menutup priversy cik abg nie yek

HARAPAN HONEY
biarlah kami sume berkekalan menjadi sahabat
INSYAALAH!!!!
amin..



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 16 Julai 2011

TerKezuTTT VS haPPy Giler!!!







Assalamuailaikum dan Hai Hai buat  bukan islam
HEHE

Ha mesti korang rasa Terkezutt kan bace tajuk diataskan.

Ha tak caya korang bace kat bawah k


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012






No Kad Pengenalan / My Kad : 910130086870
Kategori : ALIRAN SASTERA : STPM 2010
Angka Giliran/No Matrik : SA6211013
Nama : SITI HASNIZA BINTI HAMZAH

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD : AT32
NAMA PROGRAM : PENDIDIKAN (SEJARAH)#
IPTA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
SURAT TAWARAN : http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran
(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)
CATATAN :
1) Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2011.
2) Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN pada atau sebelum 30 Julai 2011.


Hehe UPSI i'm Coming!!!!
tunggu yek



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 14 Julai 2011

nak hadiah dari SyahRidzeah



mai pakat sume datang follow follower honey







ok honey buat entry nie nak join miss ShahRidzeah hehe nak dapat hadiah dari beliau.
kalau korang nak join jomlah
http://www.iniejapunyablog.blogspot.com/

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 13 Julai 2011

Aku Nak Berhijrah~~~ok tak??


Assalamualaikum n selamat sejahtera....hari ini anda bersama honey lagi....
wah wah ayat formal lah pulak honey harinie...ala-ala DJ radio gitu...HA korang bace tak tajuk diatas......
mesti da yang korang fikir honey nak pindah kan...pindah rumah ker pindah sekolah ker..ape2 ajewlah..
ehhh ehhh dah jgn fikir bukan2 maksud honey nak berhijrah2 that means nak berubah dari perkara yg x berapa baik kpd perkara yang lbh baik.....ape yg baik ape yang tak?????

Ok nie yg honey nak story mory kat korang nie...honey berhasrat or dah pasang niat nak jadi lbh alim...wah dasyat bunyi2...naper selama nie honey tak tutup aurat ker???...bkn macam2 lah maksud honey...honey memang dah tutup aurat tapi hasrat honey nak pakai hijab / jilbab pulak or dalam bahasa kampung kita pakai furdah, n baju sume mestilah longgar.....itu hasrat honey tau.....ala2 muslimah sejati gitu


 alangkah indah kalau honey dapat berubah berpakaian macam niekan......Insyaallah dgn izin ALLAH mungkin honey akan jadi macam2 ....AMIN.......

korang rasa honey mampu tak jd macam nie????

tapi honey kena sedar bahawa sekiranya honey dah berpakaian macam2 honey kena jaga percakapan,pergaulan,n jaga yang fardu n tambahkan yg sunat...bukan senang...byk cubaan dan dugaan yg honey kena tempuh untuk kuatkan iman....mampu ker honey jd macam2???? sekali pakai tak blh tanggal....
PAKAIAN MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN SESEORANG..kena jaga betul2 kerana ia turut melambangkan agama n keindahan islam....pakai bukan blh untuk suka2,bukan untuk bermegah2 tapi kerana RAHMAT, Ya Rahman Ya Rahim.....demi menjaga status seorang wanita islam....

Ya Allah,
ingin sekali aku sentiasa beristikhamah kejalanmu,
melakukan ape yg Kau pinta,
menjauhi ape yg Kau larangi,
ingin sekali aku menjadi antara kekasihmu,
yg sentiasa mencintai-Mu melebihi segala-galanya,
yang sentiasa menghargai saat bersama-sama-Mu,
yang merindui saat membaca surat-surat cinta-Mu,

Ya Allah,
ingin sekali aku memakai hijab,
tapi aku merasa keldil dgn-Mu,
layakkah aku untuk menjadi antara kekasih-Mu,
layak kah aku untuk sentiasa mendapat syafaat -Mu,
di mana Nur -Mu sentiasa menerangi kekasihmu,

Ya Allah, 
aku akan berubah demi-Mu,
demi kebahagianku dunia dan akhirat,
demi bertemu -Mu,
di alam yg sana,
Amin Ya Rabbal Allamin..



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 12 Julai 2011

Disebalik 9 julai


 Assalamualaikum...n hai buat yang bukan islam....ha jawab.... tak jawab berdosa
firstly honey nak minta maaf  sebab lame jugaklah tak update blog nie...almaklumlah demam gara2 honey pi BERSIH hahaha...


ok honey tak nak citer panjang malam nie...entah apasal ringan jew tangan honey nak menaip pasal BERSIH nie.....ermm maybe da yg tak berkenan ape yg honey tulis nie...tp sorry this my blog so!!!! suka hatilah honey nak story mory pasal ape kan...??


Mungkin ramai yg tak tau disebalik kisah waktu perhimpunan BERSIH 2.0 hari itukan...yelah korang da yg tak pi..so meh honey nak bergosip sikit pasal hal nie k....nie kisah benar melainkan tiada yg tidak benar...yg dalam berita2 kebanyakkan tak benar jew...nie honey sempatlah snap pic dgn camera honey....so !!! nie original tau




pemuda ini telah ditendang oleh FRU sehingga kakinya patah

ok pic yg kat atas 1st honey dapat ambik..pemuda nie ditendang kakinya sehingga patah???dasyat tak...berita kata.."polis tidak melakukan keganasan kepada org ramai dalam perhimpunan ini" tp pelik kan naper kaki pemuda ini patah...owhhh mungkin dia saje2 bagi patah kaki kot...??!!.berita memang betul...pemuda nie yg tak betul kot....!!



tp kesiankan pandai berita putar alam...bukti dah kukuh naper disorokkan lg...



ok nie pic ke-2 honey dapat ambik tgk tau

ok nie pulak gambar seorang ustaz dari kubu gajah,selama Perak ditangkap waktu perhimpunan2.....name beliau terpaksa dirahsiakanlah yek untuk menutup priversy dia....

ustaz go ustaz

takbir!!! ALLLAHUAKBAR!!!



ok pic nie sorang muslimat ditangkap waktu perhimpunan bersih 2.0...korang tgk selamber ajew kan ...dia ditangkap macam tak da ape2kan.


tp......cube tgk pic kat bawah nie sblm dia ditangkap:


sampai ke longkang dia merayu minta pertolongan..
tapi ape kejadahnya orang2 buat tangan macam2 .....nauzubillah minzalik



 ok nie pulak pic orang ramai yg pergi ker perhimpunan2...ramaikan???nie baru dekat berhampiran puduraya ajew...dalam kosmo kata yg keluar berhimpun 6000 orang ajew...btul ker????!!!macam tak ajew...nie baru dekat puduraya blm lg dekat dataran merdeka,kg baru,kl sentral...nak tipu pun agak2lah yek....

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 6 Julai 2011

NOTA KERAJAAN BANI UMAIYAH


Kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik telah jatuh pada tahun 750M. Abdul Rahman al-Dakhil dan kaum keluarga Bani Umaiyyah ditangkap, disiksa dan dibunuh oleh pemerintah Abasiyyah yang baru. Beliau dan khadamnya, Badr, berjaya melarikan diri dari cengkaman kejam pemerintah yang baru. Mereka berdua telah melarikan diri ke Palestin, kemudian ke Mesir dan seterusnya ke kawasan pantai Maghribi pada 755M.
Sesampainya di sana, mereka telah menetap bersama keluarga berbangsa Badar. Pada awal cadangannya, mereka ingin ke Sepanyol untuk mencari pengaruh dan lari dari ancaman yang mereka hadapi. Oleh itu beliau mengutus khadamnya, Badr, ke Sepanyol untuk mendapatkan sokongan. Badr telah berjumpa dengan ketua kumpulan tentera Syria ( Syamiyyin ) dan Badr berjaya meyakinkan pemimpin-pemimpin tentera tersebut. Mereka bersedia menyambut kedatangan Abdul Rahman al-Dakhil. Badr dan wakil dari Sepanyol iaitu Abdul Ghalib Tamman pulang ke Maghribi untuk memberitahu Abdul Rahman al-Dakhil.
Selepas itu mereka berangkat ke Sepanyol pada bulan September 755M. Pada bulan Mei 756M, Abdul Rahman al-Dakhil dan tentera Syria bertempur dengan tentera suku Qais yang memerintah pada masa itu. Mereka berjaya menewaskan tentera Qais. Selepas itu Andalusia jatuh ke tangan Abdul Rahman al-Dakhil dan diisytiharkan menjadi Amir di Andalus.
Kerajaan Bani Umaiyyah memerintah sendiri dan bebas dari kuasa luar kerana dahulunya kerajaan Islam di Andalus diletakkan di bawah kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik yang mewakilkan kepada gabenornya di Afrika Utara untuk melantik pemimpin atau gabenor di Andalus. Akan tetapi setelah berlaku perubahan itu, maka kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus berada di bawah pimpinan seorang Amir yang akan mencari identitinya sendiri.

1.2 Sistem Pentadbiran

Kerajaan Bani Umaiyyah diperintah mengikut sistem autokrasi iaitu pemerintah mempunyai kuasa penuh. Amir ini bertindak sebagai ketua tentera dan kehakiman. Sejak institusi Khalifah ditubuhkan pada tahun 929M, kuasa dan imej pemerintah lebih ditonjolkan.
Di bawah Amir terdapat seorang Perdana Menteri ( Hajib ) sama fungsinya dengan wazir di kawasan di kawasan timur Empayar Islam.
Di bawah Hajib pula terdapat menteri-menteri yang tugasnya mengendalikan kerja-kerja pentadbiran yang berpusat di Istana Cordova. Di bawah menteri terdapat gabenor ( wali ) yang bertugas sebagai pentadbir wilayah ( kura ).
Orang bukan Islam mempunyai kuasa autonomi di mana mereka mempunyai ketua sendiri tetapi mereka terpaksa membayar jizyah ( cukai perlindungan ) dan setelah itu diserahkan kepada kerajaan.
Mereka juga mempunyai mahkamah dan hakim mereka sendiri. Ulama pula menjadi penasihat kepada Khalifah yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Amir, khususnya dalam bidang agama. Oleh itu sistem pemerintahan Bani Umaiyyah adalah berlandaskan undang-undang Syariah.

1.3 Ketenteraan

Kerajaan Bani Umaiyyah mempunyai barisan tentera yang kuat iaitu sebanyak tiga markas di utara, tengah dan selatan. Al-Hakami ( 796M- 822M ) telah membentuk satu pasukan tentera upahan ( murtaziqah ) yang kuat gabungan tentera Saqalibah ( Slavs ), Frank dan lain-lain ( termasuklah Negro dan Barbar ). Kerajaan ini juga mempunyai tentera sukarelawan yang berperang untuk menegakkan agama Islam. Selain itu terdapat golongan yang ketiga iaitu tentera biasa yang dianggotai oleh semua kaum.
MASALAH YANG DIHADAPI DAN JALAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja Muawiyah dilantik manjadi Khalifah pada 41 H/661 M oleh hampir seluruh umat Islam, pelbagai masalah timbul dan terpaksa dihadapi oleh beliau. Di ketika itu perang saudara baru sahaja berakhir iaitu perang Jamal dan perang Siffin. Kesan daripada perang ini, umat Islam telah berpecah kepada beberapa puak. Di antara puak-puak ini, puak Syiah adalah yang paling berbahaya kerana mereka mempunyai penyokong yang ramai di Iraq dan Madinah.

Di samping itu terdapat juga tokoh-tokoh lain yang berpengaruh daripada keturunan Quraisy seperti Abdullah bin al-Zubair dan al-Husain bin Ali. Satu lagi puak yang merbahaya adalah puak Khawarij yang sudah menunjukkan penentangan terhadap Muawiyah dalam perang Siffin.
Matlamat politik yang sangat kompleks dan berbeza-beza merupakan penghalang kepada satu jalan penyelesaian yang menyeluruh. Berdasarkan pengalaman para khalifah yang terdahulu ianya adalah terbukti benar. Sungguhpun begitu, ia bukanlah penghalang untuk Muawiyah menyelesaikan masalah tersebut. Dengan kesabaran dan kepintaran yang dimiliki oleh beliau, segala masalah tersebut dapat diselesaikan.

Muawiyah telah mengambil langkah dengan mengadakan perbincangan dan usaha damai secara meluas bagi mencapai satu kata sepakat menerusi kompromi tanpa menunjukkan kuasanya sebagai pemerintah. Langkah bijak Muawiyah ialah dengan menunjukkan penghormatan terhadap tokoh-tokoh Quraisy dan tokoh-tokoh lain yang sudah berpengaruh dengan mengekalkan atau mengimbangkan kuasa-kuasa mereka yang sedia ada tanpa menunjukkan permusuhan terhadap mereka. Setiap rancangan kerajaan akan dilaksanakan hanya jika terdapat tentangan atau bantahan.
Langkah beliau yang seterusnya adalah dengan menjauhkan diri daripada kumpulan pemberontak Quraisy di bawah pimpinan Abdullah bin al-Zubair. Hasil daripada tindakan ini beliau telah berjaya melaksanakan rancangannya untuk mendamaikan masyarakat dan sekaligus mengukuhkan lagi pemerintahan Bani Umaiyyah. Seterusnya Muawiyah terpaksa memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah dan Kufah ke Damsyik. Perpindahan ini dianggap penting kerana terdapat sokongan yang kuat terhadap kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik.
Dengan ini pengawalan terhadap urusan pentadbiran pusat mudah dilakukan. Satu angkatan tentera juga telah ditubuhkan oleh Muawiyah yang dianggotai oleh penduduk Syam yang digelar jund. Mereka inilah yang memainkan peranan penting bagi mengawal keselamatan dan keamanan pemerintahan Bani Umaiyyah daripada sebarang ancaman dari dalam atau luar negara.

3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK SELESAIKAN MASALAH PERKAUMAN.

Selepas zaman kebangkitan dan keunggulan yang dialami oleh Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia pada tahun 912M - 976M. Berlakunya pelbagai masalah yang dialami oleh kerajaan Bani Umayyah. Antaranya adalah kerajaan Abbasiyyah yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan Bani Umayyah dan juga masalah perkauman di mana penganut-penganut agama Kristian cuba untuk menyelewengkan akidah orang-orang Islam di Andalusia.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang diambil oleh Abdul Rahman al-Dakhil dan Amir-amir selepas beliau, bagi menyelesaikan masalah puak dan perkauman. Antara langkah-langkahnya adalah menubuhkan satu pasukan tentera yang bertaraf profesional. Pasukan tentera ini kebanyakannya terdiri daripada kaum-kaum hamba yang diperoleh dari utara Pyrenees. Dengan cara ini, kedudukan beliau sebagai Amir adalah lebih selamat kerana tenteranya itu bukan dari rakyatnya. Namun begitu, perkara ini juga telah menimbulkan masalah yang serius kepada Amir mereka kelak.
Selain itu, Abdul Rahman al-Dakhil juga cuba untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan agama menerusi Islam. Ini adalah merupakan langkah jangka panjang yang tidak dapat dilihat kesannya dalam jangka masa yang singkat. Abdul Rahman al-Dakhil juga telah menjalankan dasar pemerintahan yang tegas dan mengambil tindakan serta-merta terhadap sesiapa yang cuba mengugat kestabilan negara. Sebagai contoh yang jelas ialah dalam peristiwa tahun 797M di mana pada zaman Amir al-Hakam I apabila sekumpulan muwalladun yang cuba untuk menentang kerajaan telah dihukum bunuh di Istana Amir di Taledo dan mayat-mayat mereka telah dibuang ke dalam parit. Peristiwa ini dikenali sebagai “Hari Parit”.
Abdul Rahman al-Dakhil juga mendirikan markas-markas tentera yang kuat bagi tujuan mempertahankan negara dari serangan dalam dan luar negeri. Di Saragossa, dibina sebuah sebuah markas tentera bagi menyekat kemaraan tentera Kristian dari arah Pyrenees, terutama dari Perancis. Markas ini telah menjalankan fungsinya dengan berkesan ketika menewaskan tentera Charlemagne pada tahun 778M. Di bahagian tengah, markas tentera Islam berpusat di Taledo. Di bahagian selatan bertempat Merida. Kedua-dua markas tentera ini beroperasi bagi menyekat sebarang ancaman dari dalam dan juga luar negeri.
Mengadakan pembangunan dari segi fizikal dan intelektual serta meninggikan taraf ekonomi negara menerusi projek-projek pertanian dan perdagangan adalah salah satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh Abdul Rahman al-Dakhil. Abdul Rahman al-Dakhil misalnya telah mendirikan sebuah masjid besar di Cordova sebagai pusat ibadat dan ilmu pengetahuan agama. Di samping itu, Beliau juga membangunkan kota-kota besar dan mengindahkannya. Abdul Rahman al-Dakhil telah melakukan pelbagai kemudahan bagi kemudahan rakyatnya. Selepas itu, hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan ini kemudiannya diperluaskan oleh anaknya Hisyam, al-Hakam bin Hasyim dan Abdul Rahman II. Hisyam telah mengindahkan lagi Bandar Cordova dengan bangunan-bangunan yang besar, serta taman-taman yang indah. Di samping itu, beliau memperbaiki sistem perparitan dan tali air bagi memajukan pertanian.
Langkah yang seterusnya adalah dengan melantik pemimpin yang berkaliber. Abdul Rahman al-Dakhil telah melantik anaknya Hisyam sebagai penggantinya, walaupun Hisyam bukan anaknya yang paling tua, Hisyam terkenal sebagai pemimpin yang bijak dari segi siyasah dan peperangan. Di samping itu, Hisyam juga terkenal sebagai seorang yang kuat berpegang kepada agama. Pada zaman beliau, penyebaran agama dan ilmu pengetahuan Islam tersebar dengan meluasnya. Beliau turut mengambil berat terhadap orang bukan Islam iaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Mereka ini dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan bebas turut serta dalam pentadbiran negara. Sikap toleransi yang ditunjukkan oleh Hisyam ini dapat mengurangkan polarisasi kaum yang berbilang agama dan keturunan. Bagi menyatupadukan orang-orang Islam yang berbagai keturunan Hisyam mengamalkan lambang jihad dalam peperangan. Jihad ialah peperangan suci dengan nama Islam, tidak kira bangsa atau keturunan, bagi menentang orang-orang kafir.
Selain itu, Hisyam turut mengadakan beberapa ekspedisi ke bahagian utara Sepanyol. Pertama kali dilakukan pada tahun 793M pada zaman Hisyam bin Abdul Rahman al-Dakhil iaitu ke arah Narbonne. Kali kedua pula adalah pada tahun 841M iaitu pada zaman Abdul Rahman II (822M – 852M). Tujuan ekspedisi ini dilakukan ialah untuk mengukuhkan negara serta mempertahankan kedaulatannya dari diancam pihak musuh dari bahagian utara yang menganut agama Kristian. Walaupun kedua-dua ekspedisi ini dikatakan tidak banyak mencapai kejayaan, tetapi kedudukan pemerintahan Bani Umayyah di Sepanyol pada ketika itu sudah cukup kuat, khususnya selepas kenaikkan Abdul Rahman II pada tahun 822M. Pada waktu ini terdapat kerjasama yang erat antara orang Islam dan Kristian yang hidup di bawah naungan Kerajaan Bani Umayyah. Walaupun masih terdapat pemberontakan kecil yang dilakukan oleh individu tertentu, tetapi ini tidak sedikit pun menjejaskan pentadbiran kerajaan pusat di Cordova. Pemberontakan-pemberontakan itu dapat dipatahkan dengan mudah oleh tentera kerajaan, masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara aman damai ini sudah tentu memudahkan usaha Abdul Rahman II untuk meneruskan projek-projek pembangunan yang dimulakan sejak Abdul Rahman al-Dakhil dulu. Antara projek terbesar yang dilaksanakan oleh Abdul Rahman II ialah projek pembinaan menara-menara lampu di pelabuhan-pelabuhan untuk memudahkan kapal-kapal perdagangan datang berlabuh di pantai-pantai Andalus. Hasil daripada tindakan-tindakan yang progresif lagi adil ini menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan Bani Umayyah. Dalam tempoh ini dan sebelumnya tidak ada satu pun pemberontakan yang bercorak agama terhadap kerajaan.

4.0 ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH DI DAMSYIK
Pada zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyyah inilah telah berlaku pertukaran kuasa dari keluarga Muawiyyah kepada keluarga Marwan b. Hakam pada 683M(64H). Abdul malik ialah khalifah Bani Umaiyyah yang penting dan dianggap sebagai pengasas kedua Bani Umaiyyah . Pemberontakan dan kekacauan yang berlaku sebelum pemerintahan Abdul Malik hampir-hampir menghancurkan kerajaan Bani Umaiyyah tetapi dengan kebijaksanaan Abdul Malik semua musuhnya dapat dihapuskan dan keadaan politik kembali stabil, selepas itu Abdul Malik diganti oleh anaknya al-walid yang telah mengikut jejak langkah ayahnya bergerak memajukan negara dan mengembangkan jajahan takluk hingga ke negara-negara Asia, Afrika dan Eropah. Kekuasaan negara Islam di bawah Bani Umaiyyah amat cemerlang dalam tempoh pemerintahan khalifah-khalifah al-Walid b. Abdul Malik hingga kepada Umar b. Abdul Aziz. Abdul Malik telah menyusun semula pentadbiran negara .

Sistem pemerintahan Rom dan Parsi yang masih kekal di beberapa wilayah telah dihapuskan dan diganti dengan sistem Arab. Gerakan melaksanakan pembukaan Islam adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan dari ancaman luar negeri . Khalifah al-Walid telah banyak melakukan kebajikan dan pembangunan dengan mendirikan hospital untuk orang-orang buta ,penyakit kusta , penyakit bodoh sejak dilahirkan dan lain-lain. Dari sudut keagamaan beliau telah membangunkan masjid dan sekolah-sekolah tinggi di serata wilayah. Dalam bidang pertanian dan perdagangan , beberapa buah terusan dibina dan pedagang Islam juga telah pun membuat perdagangan hingga ke negeri China. Begitu juga bidang pelajaran dan pendidikan di mana kesusasteraan dan kebudayaan telah mencapai kemajuan dalam zaman al-Walid ini.

5.0 ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH DI SEPANYOL
Zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol bermula dari tahun 912M hingga ke tahun 976M iaitu kira-kira 64 tahun dan telah melibatkan dua orang Amir(khalifah) iaitu Abdul Rahman III Al-Nasir(912-961M) dan anaknya, al-Hakam II al-Mustansir(961-976M). Kerajaan Bani Umaiyyah mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek politik , ekonomi , sosial dan intelektual. Semasa pemerintahan Abdul Rahman III keadaan dan suasana negara agak tegang kerana pemberontakan dan penderhakaan berlaku . Tugas utama Abdul Rahman III selepas dilantik ialah mententeramkan keadaan negara bagi menyatupadukan semua masyrakat akibat daripada pemberontakan Ibn Hafsun. Tahun-tahun berikutnya Abdul Rahman mengalihkan pandangannya kepada markas-markas tentera yang mengawal di kawasan yang menjadi rebutan di kawasan sempadan bagi tujuan meletakkan pengawalan sepenuhnya di bawah kerajaan pusat.

5.1 Tentangan Dari Raja Leon
Setelah memerintah dengan gagah selama kira-kira 27 tahun , tiba-tiba pada tahun 939M , Romiro II raja Leon bangun semula menentang Abdul Rahman III . Romiro II di bantu oleh rakannya , Theuda, puteri pemangku raja Navarre telah melancarkan serangan ke atas tentera Abdul Rahman III pimpinan Najdah di Simancas pada 5 Ogos 939M. .Dalam pertempuran itu Najdah terbunuh. Namun begitu , selepas Romiro mati pada 950M telah berlaku perpecahan dikalangan pemimpin-pemimpin Kristian yang menyebabkan mereka lemah dan tidak berdaya lagi untuk menghadapi tentera Abdul Rahman III yang sudah dipulihkan berikutan kegagalan dalam peperangan di Simancas.

Kira-kira selama 27 tahun Abdul Rahman III menghadapi serangan dan peperangan di bumi Sepanyol bagi memulihkan semula kestabilan dan keamanan negara, dan tidak satu pun beliau mengalami kegagalan. Rahsia kejayaan Abdul Rahman III dalam bidang ketenteraan ialah bergantung pada kecekapan dan kelicinannya mengendalikan tenteranya. Dari tahun 961 hingga akhir abad ke-10M kawasan takluk Islam di Sepanyol boleh dikatakan yang terluas yang pernah di capai oleh mana-mana pemimpin Islam di Sepanyol. Pada waktu itu seluruh Semenanjung Iberia terletak di bawah kerajaan Islam Sepanyol , termasuk kawasan barat laut di mana terletaknya kerajaan Kristian Leon.

5.2 Cabaran Dari Kerajaan Fatimiyyah
Setelah setelah musuh-musuh dari dalam dapat ditewaskan , maka lahir pula musuh dari luar yang cuba menggugat kedudukan kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol iaitu kerajaan Fatimiyyah. Kerajaan Fatimiyyah diasaskan oleh ‘Ubaidullah al-Mahdi dari keturunan Muhammad b. Ismail b. Ja’far al-Sadiq yang mengamalkan ajaran syi’ah di Tunisia pada tahun 904M. Kewujudan kerajaan Syi’ah di Afrika Utara menjadi ancaman besar kepada krajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol yang mengamalkan ajaran Sunni. Kaum Syi’ah mengisytiharkan bahawa komuniti Islam harus diperintah oleh seorang pemimpin atau iman yang dilantik dari kalangan Imam Syi’ah (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) dan pemimpin kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol bukan dari kalangan Imam Syi’ah dan harus disingkirkan.

Di Sepanyol ejen syi’ah telah mempengaruhi puak-puak pemberontak , tidak terkecuali pemimpin-pemimpin kaum pemberontak yang terkenal seperti Ibn Hafsun yang memberi laluan kepada kerajaan Syi’ah di Tunisia untuk berkuasa di Sepanyol. Dengan sebab itu Abdul Rahman III cepat-cepat bertindak untuk memadamkan api pamberontakan yang sebahagiannya mempunyai unsur-unsur ajaran Syi’ah. Dalam pada itu beliau cuba mengapi-apikan pemberontakan terhadap kerajaan Fatimiyyah di Afrika Utara , supaya dengan itu kerajaan Syi’ah terpaksa menyelesaikan masalah mereka sendiri sebelum meluaskan kuasa ke Sepanyol.
Kelahiran kerajaan Fatimiyyah di Afrika Utara telah membawa perubahan kepada pemerintahan Bani Umaiyyah iaitu ke atas diri Abdul Rahman sendiri. Buat pertama kalinya beliau mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah atau Amir al-Mu’minin setelah memerintah dengan nama Amir selama kira-kira 17 tahun iaitu pada 317H(929M). Beliau adalah pemimpin pertama Islam di Andalus yang memakai gelaran ‘ khalifah’. Antara sebab-sebab penting ialah untuk mengikut jejak langkah pemimpin kerajaan Fatimiyyah yang menggelarkan diri mereka khalifah.. Sebab kedua ialah status dan dan kedudukan beliau akan menjadi lebih tinggi dan lebih dihormati . Untuk memperkukuhkan kedudukannya sama ada dari segi kebendaan dan kerohanian dengan mewujudkan gelaran baru sebagai tambahan kepada gelaran khalifah iaitu ‘al-Nasr li dinillah’ (pembela agama Allah). Ia diwujudkan bagi melengkapkan kuasa khalifah dalam bentuk duniawi dan ukhrawi. Ia juga bertujuan untuk menyekat pengaruh kerajaan Fatimiyyah yang mendakwa sebagai pemimpin masyarakat Islam di seluruh dunia. Beliau mahu kerajaan Fatimiyyah mengikhtiraf beliau sebagai khalifah kerajaan Islam di Sepanyol. Keadaan ini dirasakan beliau setelah beliau mencapai kejayaan besar di sana.
Abdul Rahman III adalah orang yang yang bertanggungjawab memulih serta memakmurkan bumi Islam di Sepanyol serta menjadi pembela maruah keturunan Bani Umaiyyah dan boleh dianggap sebagai pengasas kedua kerajaan Bani Umaiyyah Sepanyol selepas pengasas pertamanya iaitu Abdul Rahman al-Dakhil. Beliau meninggal dunia pada 16 Oktober 961 ketika berumur 71 tahun. Beliau meniggalkan jasa dan bakti yamg begitu besar terhadap pembangunan agama, masyarakat dan negara di Sepanyol.
Selepas kematian Abdul Rahman III, beliau digantikan oleh anaknya al-Hakam II al-Mustansirbillah. Beliau memerintah selama lebih kurang 15 tahun (961-976M). Beliau adalah seorang yang pemimpin yang sederhana kerana keadaan masyarakat dan negara sudah makmur dan stabil serta membangun dengan pesat membolehkan beliau malaksanakan tugasnya dengan mudah. Oleh itu beliau banyak menyumbang dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan. Tiada perubahan dalam dasar pemerintahan. Malah kedudukan pentadbiran awam dan ketenteraan juga kukuh. Beliau yang sangat berminat membaca dan menyelidik banyak mengumpulkan buku atau kitab sama ada dari Sepanyol atau luar Sepanyol dan dikumpulkan di perpustakaan di Cardova. Oleh kerana itu ramai yang datang mengunjungi Cardova termasuk para ulama’ bagi mendalami ilmu pengetahuan.
Al-hakam II meniggal dunia pada 22 Safar 366 (1 Oktober 976M) setelah memerintah selama kira-kira 15 tahun. Selepas itu keadaan pemerintahan Bani Umaiyyah di Sepanyol terus maju dan makmur sehingga berlaku perubahan mengejut selepas tahun 1000M di mana kerajaan Bani Umaiyyah mengalami kelemahan dan kejatuhan.

6.0 SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
Selepas mengukuhkan kedudukannya di Andalusia, kerajaan Bani Umaiyyah telah berjaya memperlihatkan sumbangan peradabannya sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial dan lain–lain lagi. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuan atau sarjana dan sumbangan yang diberikan mereka secara tidak langsung ia mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol. Sebagai contoh Ibnu Khaldun, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd; masing–masing telah memperlihatkan zaman kegemilangan mereka walaupun selepas kerajaan Bani Umaiyyah, namun nama–nama ini telah menjadi suatu yang sinonim kepada para sarjana barat yang mengagung–agungkan ilmu yang mereka miliki.

Pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, sistem ekonomi yang membangun dan sistematik telah pun diperkenalkan untuk memudahkan lagi rutin harian penduduk di kawasan itu. Selain itu, sistem ekonomi yang diwujudkan adalah lebih kepada kemudahan tanaman untuk diperdagangkan di negara–negara asing. Selain mendatangkan keuntungan ia juga telah menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja bagi para penduduk setempat. Ini menyumbangkan peluang pekerjaan yang banyak dan secara tidak langsung kitaran ekonomi akan sentiasa berjalan dengan lancar, seimbang dan stabil. Hubungan dagangan dengan negara luar juga dipertingkatkan agar dapat mewujudkan satu lingkaran persahabatan antara negara lain. Ini amat penting kerana tanpa usahasama daripada pelbagai pihak maka kestabilan dalam bidang ekonomi tidak akan tercapai.

Antara kegiatan ekonomi yang termasyhur sekali ialah kegiatan dari segi pertanian iaitu kerajaan Bani Umaiyyah telah memperkenalkan sistem pengairan yang teratur dan sistematik. Dengan kewujudan sistem ini maka, ia telah menyebabkan hasil tahunan pertanian semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada masa itu, kualiti hasil yang dikeluarkan amat bermutu tinggi dan turut menghasilkan sayur–sayuran yang segar. Dengan ini secara tidak langsung hasil dalam negara akan lebih banyak dan ianya dapatlah digunakan untuk tujuan yang sama iaitu mengemaskinikan sistem ekonomi yang sedia ada. Antara jenis tanaman yang terkenal pada ketika itu ialah limau, tebu, padi dan kapas. Lazimnya benih–benih tanaman ini dibawa masuk dari negara–negara jiran.

Kerajaan Bani Umaiyyah merupakan kawasan yang paling maju dan membangun dari sektor pertaniannya. Selain itu, kerajaan ini juga turut kaya dengan hasil logamnya. Apabila sektor ini dimajukan dengan jayanya maka ia juga turut menyumbang kepada kemasukkan modal kepada negara itu sendiri. Dengan sistem yang terkini dan maju maka kerajaan Bani Umaiyyah dapat bersaing dengan negara lain dengan mudahnya. Maka dengan adanya sistem yang teratur boleh dikatakan negara Islam adalah pemangkin ke arah kemajuan berikutan dengan beberapa penemuan dari segi ekonomi itu sendiri. Kemajuan ini menandakan bahawa kerajaan Islam pada ketika itu sudah mampu untuk membangun dan berjaya seperti negara–negara yang wujud ketika itu.

6.1 Kebudayaan Dan Intelektual
Sesunggguhnya Kerajaan Bani Umaiyyah amat terkenal dengan pengembangan pengaruh kebudayaan dan turut menjadi tumpuan para intelektual serta telah melahirkan para cerdik pandai yang cukup disegani hingga ke hari ini. Bidang kebudayaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu intelektual, sastera dan seni yang pada masa yang sama telah pun berkembang maju mengikut aliran masing–masing. Berikutan daripada itu kesannya dapat kita lihat hingga ke hari ini dan telah menjadi ikutan para sarjana barat hasil daripada kajian yang mereka buat ke atas buku–buku yang di keluarkan oleh para intelektual Islam. Malah mereka turut mengakui bahawa hasil karya mereka bermutu tinggi hasil dari kajian para sarjana Islam ke atas Al–Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya untuk dikaji dan dinilai isinya .
Jika di kaji dari segi intelektual, bidang yang maju berkembang ialah bidang syariah di mana hukum–hukum agama islam adalah bersandarkan kepada Al–Quran dan Hadith. Ia juga adalah berdasarkan kepada Qiyas dan Ijma’ ulama yang pada ketika itu terdapat pelbagai aliran atau mazhab yang popular di dalam Islam iaitu Mazhab Sunni, Syiah , Khawarij’, Mu’tazilah, Zahari dan Awza’I tetapi mazhab yang selalunya diikuti ialah dari Mazhab Sunni dan Awza’I.

Antara tokoh–tokoh ulama Mazhab Sunni ialah Isa bin Dinor dan Yahya bin Yahya al–Laith; dan selepas itu muncul pula Al–‘utbi. Pada ketika itu, juga ada yang mengikut mazhab iaitu sebagai contoh tokoh Ibnu Hazm mengikut aliran Syafi’ dan Al–Jazis menganut aliran Muta’zilah. Namun bilangan mereka hanyalah sedikit sahaja dan kumpulan ini dan telah pun menjadi penasihat kerajaan dan mahkamah. Aktiviti mereka dianggap penting dalam bidang intelektual dan keagamaan pada zaman Bani Umaiyyah yang kebanyakkanya membuat kajian Islam mengenai Fikah Mazhab Maliki. Ilmu–ilmu agama lain seperti hadis, tafsir dan ilmu kalam turut diperkembangkan dan diajar. Kajian dalam bidang duniawi juga tidak ketinggalan di mana para ilmuan telah pun mengkaji ilmu falsafah, perubatan, astronomi dan matematik iaitu pada zaman Al–Hakam II.
Bidang sejarah dan biografi masih lagi di tempat setempat. Tokoh yang pertama mengaku bahawa beliau adalah seorang ahli Sejarah ialah Ahmad al-Razi. Karya beliau adalah berkisarkan kepada dokumen– dokumen Sepanyol yang berjudul “cronica demoro Rusis”. Sebuah buku para kadi (hakim) di Cordova berjudul “History of the Judges of Cordova” iaitu terjemahan dari bahasa Sepanyol oleh Al-Khuzani . Dalam kesusasteraan pula, Bani Umaiyyah telah banyak melahirkan ramai para saterawan dan penyair. Pelbagai bentuk sajak dan syair dapat diilhamkan terutamanya penyair dari kawasan Timur iaitu Abu Nawas, Abu Al–Atahiyah dan lain–lain lagi. Antara penyair yang terbilang ialah Ibnu Abd al–Rabbih dengan karyanya yang berjudul “Al–iqd al- Farid” (Rantai yang Tiada Taranya ). Beliau dilahirkan di kalangan golongan bukan Arab (Mawla). Manakala puisi Ibnu Hani banyak berkisar kepada politik yang memihak pada kerajaan Fatimmiyah serta menghasilkan sebuah antologi (diwan). Pada zaman akhir pemerintahan Bani Umaiyyah bidang syair telah berkembang dengan lebih pesat lagi. Antara tokoh yang terkenal hingga ke hari ini ialah Ibnu Sina atau Avincenna (Panggilan Barat) yang telah berjaya memaparkan sejarah cendiakawan pada zaman pertengahan. Penghormatan yang diberikan kepadanya amat tinggi kerana telah berjaya mewujudkan sistem sains yang telah bertahan selama beberapa kurun.
Pengaruh Plato dan Aristotle telah banyak mempengaruhi Ibnu Sina dalam banyak perkara dan beliau turut telah membetulkan Aristotle dengan membuat peraturan. Contoh hasil karyanya ialah kitab al-Shifa (kaedah penyembuhan penyakit). Falsafah Islam telah mencapai kepada kemuncaknya dalam zaman Ibnu Rusyd, Ibnu Bajjah dan lain–lain lagi dan pada ketika itu Abd. Rahman telah pun mengambil tampuk pimpinan malah beliau adalah seorang penyair. Kisah–kisah yang berunsurkan binatang dan tauladan telah mula menular dikebanyakan kawasan Eropah dan melahirkan kisah seperti Renard , Bocaccacio dan Chauser .

6.2 Kesenian
Pada zaman perkembangan kesenian Islam di Sepanyol sejak pembukaannya, ianya bolehlah dianggap sebagi tahap pembinaan tamadun Islam di Sepanyol. Dalam jangka masa itu terbinalah masjid besar di Cordova yang mula dibina oleh Abd al– Rahman Al–Dakhil, yang diperluas dan diperindahkan oleh Abd. Al–Rahman II, al Hakam dan al Mansur. Ianya dibina sebegitu rupa sehingga dikagumi seluruh dunia. Kehalusan seni binanya amat menakjubkan sehingga pernah disifatkan sebagai “keajaiban seni bina dunia”. Kos pembinaan adalah sebanyak 80,000 dinar yang berukuran 360 kali 270 kaki. Mimbarnya diperbuat daripada gading dan kayu yang berharga seerta dilekatkan dengan paku–paku emas. Disamping itu juga, ia mempunyai 1000 buah lampu yang di tengah–tengahnya mempunyai air pancut. Selain itu, terdapat juga benteng–benteng pertahanan yang dibina pada zaman Bani Umaiyyah yang menarik seninya, begitu juga dengan alat perhiasan rumah yang diperbuat dari emas, perak, gading kristal dan marmar yang ditemui di Cordova.

6.3 Pendidikan
Islam memandang tinggi terhadap ilmu pemgetahuan sebagai suatu yang amat penting. Hal ini dibuktikan kepada ajaran–ajaran Islam yang berlandaskan kepada Al–Quran dan Sunnah. Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu agar mudah mentadbir alam. Maka, bagi Kerajaan Bani Umaiyyah ilmu pengetahuan merupakan bidang yang terpenting walaupun tiada sistem pendidikan yang percuma namun amatlah digalakkan oleh Kerajaan Bani Umaiyyah. Salah satu komitmen Bani Umaiyyah terhadap penduduknya ialah dengan mendirikan masjid–masjid sebagai tempat menimba ilmu. Penyebaran Islam juga digalakkan yang pada ketika itu ditadbir oleh Abd. Al-Rahman al dakhil. Sistem pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan Bani Umaiyyah terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap rendah yang diajar membaca Al–Quran dan tatabahasa Arab yang di tempatkan di masjid–masjid. Murid–murid juga diajar menggunakan pena dakwat malah guru–guru tidak dibayar gaji tetapi menerima elaun daripada murid–muridnya. Peringkat menengah pula diajar secara persendirian dan tiada sukatan pelajaran yang tertentu. Mereka diajar ilmu Matematik, astronomi dan lain–lain. Mereka yang layak akan diberi diploma atau ijazah manakala di peringkat yang lebih tinggi pula diwujudka secara informal yang dikendalikan oleh Profesor dan berpusat di Cordova serta Toledo, di mana ia merupakan pusat menuntut ilmu terutamanya di kalangan masyarakat barat dan Eropah. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan dan ini termasuklah buku–buku, alat tulis dan lain–lain lagi. Berhampiran dengan Cordova terletaknya sebuah kilang kertas dan ada yang diimport dari negara China.

Namun wujud juga pesaing-pesaing kepada kerajaan Abasiyyah seperti kerajaan Kristian di barat yang telah menyebabkan pendidikan bertambah pesat di Andalusia.


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 5 Julai 2011

Pantun Remaja Kini


Pi mai pi mai tang tu jgk..hari-hari honey tgk macam lah feksyen bin pesen yg makin menjadi-jadi remaja
masa sekarang...huhu adoi pening pala sampai honey
pun tak sempatlah nak ikut tren..asyik terlewat jew...huhu anyway honey da stail honey sendiri
janji tutup aurat hehe....
ala malas arr berleter panjang2 jom kita bace pantun honey jew
ikut koranglah nak bace sambil nak buat nada nasyid ker,marhaban ker or syair
hehe tak pe 
its ok tp cover2 lah same k 



Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Bila hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita berkerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik takyah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman
.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers