Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 22 November 2011

Surat Cinta Untuk Calon Suamiku (part 1)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatu dan selamat sejahtera... harinie miss honey akan tulis something yg agak PENTING...dlm hidup miss honey....khas buat si dia....(tak tau lagilah siapa insan tersebut...insyallah ada jodoh adalah)

Seorang gadis menulis S.U.R.A.T. C.I.N.T.A. untuk calon suaminya.
walau belum pasti,siapakah gerangan jejaka pilihan ALLAH swt untuknya..
dia yakin,ALLAH akan mengisikan kekosongan hatinya dengan sempurna...

surat cinta untuk calon suamiku (part1)

kepada calon suamiku...
tahukah engkau aku adalah sebahagian dari tulang rusukmu?
mengapa aku diciptakan dari tulang rusukmu yang paling atas serta bengkok..?
tahukah engkau kenapa ALLAH tidak menciptakan aku dari bahagian kepala mu,kaki mu atau bahagian lain?

sebabnya supaya aku tidak terlalu dijunjungmu
supaya aku tidak dipijakmu
tetapi dekat dihatimu untuk disayangi
dan dekat di bahumu untuk kau lindungi
dan janganlah kau cuba meluruskannya,kerna kau akan memecahkannya.
janganlah engkau memarahi atau memaksa aku
jika aku membantahimu
tetapi
nasihatilah diriku
dengan kelembutan bukan dengan paksaaan
jika ada kesalahan dan kekurangan dariku

wahai calon suamiku..
tahukah engkau bahawa Kaum Hawa itu ibarat sehelai sutera?
sangat lembut,halus,cantik
tetapi ia juga mudah tercarik dan terkoyak..

kepada calon suamiku..
ketahuilah engkau..
aku adalah wanita yang tidak mementingkan kecantikkan paras rupa,
bagiku kecantikkan akhlakku adalah harta berharga buatmu yang hakiki..
Ingatlah..
bahawa kecantikan paras rupa itu adalah nafsu
dan kecantikkan akhlak itu adalah taqwa kepadaNYA..

wahai calon suamiku
jadilah engkau seperti matahari didalam hidupku nanti..
sentiasa bercahaya
walau malam menjelma,cahayanya pada bulan tetap menerangi
walau kekadang gerhana melanda..
kecerahannya tetap kembali jua..

wahai calon suamiku,
ketahuilah bukan emas dan permata yang aku mahu
untuk kau hiasi diriku supya aku tampak lebih indah dan berseri-seri
bukan cuma untuk keindahan didunia ini sahaja ,
tapi hiaskanlah bibir ku ini dengan zikirtullah,mentilawah AL QURAN,tahajjud dan witir..
untuk keindahan disisiNYA..

wahai pembimbingku,
jalankan peranan mu menjadi imam keluarga kita nanti
menjadi contoh terbaik kepada zuriat anugerah Ilahi..
menjadi nakhoda didalam layar bahtera pernikahan kita
yang akan membawa kepada keluarga sakinah...
amin..InsyaALLAH


p/s: aku akan sentiasa tunggu kedatangan dirimu dalam hidupku... jika tidak dipertemukan lagi sama-samalah kita tingkatkan CINTA pada ALLAH untuk membentuk keluarga kita yg Sakinah...AMIN


..


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers