Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 25 Disember 2011

Warkah Buat Muslimah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat miss honey..hari ini miss honey tak nak story panjang kerana siang tadi kepenatan tlg mak ...almaklumlah cuti study week miss honey wat kerja tlg maklah... BTW buat sahabat miss honey semua miss honey tetap tinggalkan sahabat semua dengan  something yg blh jadi panduan kita....




Duhai Gadis …
Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…
Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.
Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.
Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.
Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

P/S Kredit by hamba ALLAH semoga menjadi perkongsian kita bersama @_@



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 19 Disember 2011

Dia teTap dihati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua sahabat miss honey semua... 1st of all miss honey nak minta bebanyak kemaafan kerana dah lame tak update new entry untuk sahabat honey semua yek.....miss honey harap sahabat miss honey semua berada dlm keadaan dalam Rahmat-Nya...INSYALLAH..

kali ini miss honey rasa perlu untuk kongsi 1 my feeling untuk sahabat honey semua....its about my heart...amboi macam dasyat jew dengar kan..padahal tak pun 

nie mengenai some1 dalam life miss honey... entahlah miss honey tak tau nak mulakan cerita macam mana...tapi ape yang miss honey tahu miss harap ALLAH akan memberi miss honey kekuatan untuk bersabar dan akan terus menunggunya.....miss honey tak blh paksa dia untuk terima saya dlm hidupnya...tapi ape yg blh miss honey lakukan padanya ialah setiap kali lepas solat nama dia akan miss honey sebut semoga ALLAH memberkati kami dan akan menjodohkan kami...TAPI!!! kalau dah tak ada jodoh miss honey tetap redha...hanya-Nya yang lebih mengetahui hamba2nya...mungkin  ada hikmahnya

walaupun setiap kali dia kata dia tak layak untuk miss honey..miss honey tak pernah pun nampak kekurangan yang ada padanya....Nauzubillah semoga ALLAH menjaga hati kami berdua... ape2 pun Insyallah dia tetap dihati miss honey @-@



p/s: diharap jodoh berpanjangan

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 3 Disember 2011

@ Tip keTika Berurusan Dengan Ajnabi @


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Alhamdulilah kalinie miss honey dapat sedikit info dan nasihat untuk berkongsi dengan sahabat miss honey semua....miss honey harap semoga akhi wa ukhti miss honey dapat memanfaatkannya yek

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...
1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

p/s:Muslimah Sejati dibibirnya tiada nama lelaki, dibibir lelaki tiada namanya, dia tak suka memandang , dan tak suka dipandang

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 1 Disember 2011

.: Miss HoNey HipokriT:.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan selamat sejahtera sahabat.semua...maaf jika miss honey ada buat salah kepada sahabat semua... :( ...aik tiba2 pula miss honey kali nie emo lah pulak..sabar yek miss honey kita ketepikan kejab emo2 kejab...ha macam mana sahabat miss honey harinie adakah anda semua sihat..honey sentiasa doakan kesejahteraan kalian semua...

untuk entry kali ini miss honey ingin share something tentang miss honey...ada org mengatakan miss honey hipokrit berpura-pura alim! tersentap miss honey ada hamba allah kata macam itu.... honey tak salahkan hamba Allah tersebut kata macam itu mungkin itu bagi pandangan dia mengenai miss honey...itu pendapat masing-masing...terpulang lah pada mereka...tapi kali ini miss honey betul-betul insaf...tgk balik kesalahan miss honey ape yang miss honey telah buat... miss honey ikhlas menutup aurat.. adakah dengan memakai tudung labuh menunjukkan miss honey nak tunjuk baik depan semua orang..adakah memakai jubah menjadi ukuran kealiman seseorang???? Ya Allah sahabatku semua sedikit pun tak terlintas dalam hati miss honey nak buat macam itu... miss honey pakai-pakaian ikut syariat ikhlas kerana Allah..Miss honey rindu sangat ingin jadi kekasih-Nya.. dalam yang paling penting miss honey tak nak ternoda sebelum masanya.... miss honey tidak tahu siapa bakal suami miss honey...Insyaallah dengan izin Allah . Dia akan tentukan jodoh kami..tetapi miss honey ingin jaga akhlak supaya lebih baik dari semalam.dan esok lebih baik dari hari ini..

 sahabat semua...miss honey bukanlah seorang yang alim...bukanlah seorang wanita yg terlalu muslimah...tetapi setiap hari miss honey akan berusaha belajar dengan tekun untuk kearah itu.. miss honey pun masih belajar sedikit demi sedikit... tak terlintas or terdetik pun walaupun sebesar zarah dlm hati miss honey nak tunjuk baik...

memang tak dinafikan miss honey pernah melalui 'zaman jahiliah' miss honey yakni memakai seluar jean, memakai tudung atas dada, berfesyen perbagai supaya nampak trendy...tetapi itu semua sudah berlalu... Alhamdulilah  Allah telah maembantu dan membuka hati miss honey untuk berhijrah kearah lebih baik yakni mendekatkan diri kearahnya.... tetapi maaflah sahabat semua...miss honey sedia maklum miss honey bukanlah manusia yg maksum sebagaimana Muhammad S.A.W miss honey masih belajar sedikit demi sedikit...jadi miss honey harap sangat jika tidak ada yang berkenan jumpalah miss honey face 2 face.kita bincang same2..Insyallah miss honey sedia mendengarnya untuk kebaikan bersama..tetapi janganlah membawa cerita di belakang dikhuatiri akan timbul fitnah pula di kemudian hari.

sayu hati miss honey bila terdengar khabar angin macam itu...mengucap panjang miss honey...menitis air mata... Ya Allah apelah dosa miss honey..miss honey tak pernah ganggu hal orang...pergaulan pun miss honey jaga.. mungkin diri miss honey masih yang banyak perlu perbaiki lagi..TERIMA KASIH kepada yg sudi kata kepada miss honey macam itu... miss honey hargai sangat2.....

p/s: keimanan seseorang bukanlah diukur berdasarkan pakaiannya tetapi berdasarkan ketakwaannya...jika ada diantara sahabat kalian yang ingin berubah kepada kebaikan bantulah dia sahabat...atau pun diam sahaja sekurang-kurangnya anda akan dapat pahala kerana meredhai sahabat kalian untuk kebaikan...JANGAN dicerca kerna dikuatiri dosa yg bertimbun akan dapat 




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers