Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 31 Januari 2012

---> Cara Hidup Muslimah Sejati (^^,)





1.TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS
Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2.TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG 
 Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3.TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK
Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4.TIDAK BIADAB DALAM BERKATA
Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5.TIDAK BERKATA SIA-SIA
 Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6.TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI
 Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7.TIDAK MENGADA-NGADA
 Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8.TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN
Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9.TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG
 Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
_________________KEMULIAAN SEORANG WANITA BUKAN PADA RUPA TAPI SIFAT DAN KELEMBUTANNYA....................

Hasniza Hamzah

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 30 Januari 2012

KeTiKa HaRuS mElEpASkaN cInTa





Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…


Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. …..

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.


Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?

dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu

yang memberatkan punggungmu?

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain

dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)


Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum

mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan

kurniaNYA dan belajar daripadanya …

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

BAnTuLaH kAum AdaM wAhAi HaWa


Assalamualaikum ini adalah karya asli miss honey bacelah yek (@_@)

seindah hiasan dunia,
ialah wanita solehah..yang menjadi perhiasan dunia..
yang dijaga baik..yang sentiasa disembunyikan
supaya harga (maruahnya) sentiasa bernilai tinggi...
tidak semua lelaki ajnabi akan dapat melihatnya..
hanya benar2 layak sahaja dapat memiliki perhiasan ini..
kerana ALLAH akan sentiasa memelihara HARTANYA YANG BERHARGA....
hanya kekasihnya yang benar-benar layak sahaja dapat memilikinya..
supaya harta-Nya sentiasa akan bersinar dan bermutu tinggi..

Wanita solehah akan sentiasa menjadi perhiasan dunia yang bernilai
terutama bagi suaminya..
yang akan menjaga aib dirinya, hak suaminya sahaja yang dapat memiliki dan maruah keluarga serta agama..
yang akan sentiasa menjadi perhiasan bagi kebanggaan suami..
bukan mendatangkan fitnah kepada lelaki ..
yakni wanita yang sentiasa membuka aib, hak suami ( aurat) di hadapan lelaki ajnabi
ini akan menjatuhkan maruah suami..

wanita solehah,
akan sentiasa membantu kaum Adam
untuk menjaga iman mereka,
supaya umat Islam dapat dilahirkan dan dikenali di dunia,
maka dakwah secara perlakuan peribadi dapat disebarkan..
bukan yang akan meruntuhkan iman lelaki...

wahai wanita solehah..
sayangilah kaum Adam... kerana kaum Adam juga termasuk adik beradik lelaki kamu, ayah kamu dan kaum kerabat lelaki kamu..
kasihanilah mereka ukhti,
benarkan mereka merasai zat ALLAH yakni syurga.
benarkan mereka merasai nikmat hidup di Syurga dan dunia dengan aman..
jagalah aurat mu, jagalah maruah mu...supaya tidak menyeksa kaum Adam
Sayangilah mereka sahabat
kerana mereka juga Saudara seIslam kita
Benarkan kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH..
Sahabat bantulah mereka...bantulah mereka...jangan beban kan mereka dengan dosa yang kita lakukan...


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

hAtIkU sUNyI


Assalamualaikum semua sahabat miss honey.... Ya ALLAH hati miss honey rasa sunyi sgt entahlah kenapa...rasa perlukan someone yg akan mengubati yg akan temani miss honey..tapi sampai sekarang miss honey masih belum menjumpai lagi insan yg yg dicari...Ya ALLAH tabahkanlah hati hamba-Mu unutk melawan perasaan ini =)..

sesungguhnya rasa rindu, disayangi dtgnya dari ALLAH ... hanya kitalah yg perlu menjaganya (^^,)

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jumaat, 27 Januari 2012

TuNaNg Vs NikAh (",) Miss Honey NaNgis!!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat all miss honey punya reader...ok today miss honey akan story mory sikit pasal diri miss honey...actually miss honey nie kalau pergi kenduri or meminang mesti miss honey nak nagis......kenapa yek??? bukan miss honey tak suka org bertunang or berkahwin...suka sangat2..tapi ialah diri miss honey nie yg akan sedih sbb miss honey takut untuk hadapi semua nie..benarlah kata2 dalam hadis Rasullulah yg mengatakan bahawa " jika seorang umatnya telah mendirikan rumah tangga maka lengkaplah sebahagian agamanya" maknanya di sini untuk mengambil keputusan untuk berkahwin bagi seseorang individu tersebut bukanlah mudah kerana kita bukan sahaja menginginkan perkahwinan di dunia malah turut kekal hingga ke akhirat..di dalam mengambil keputusan untuk berkahwin seseorang individu tersebut mestilah akan mengambil beberapa kreteria yang perlu di teliti mengikut syariat2 yg telah di ajar oleh agama seseorang terutama agama islam... dalam islam pemilihan jodoh perlulah meneliti beberapa perkara seperti pegangan agamanya, dari keturunan yang baik-baik, sempurna sifatnya, sihat fizikal dan tubuh badan, mempunyai harta dan mempunyai paras rupa. Daripada semua perkara yang diteliti tadi pegangan agamalah yang akan menjadi keutamaan kerana pegangan agama akan mendorong seseorang untuk memiliki kesemua ciri-ciri yg telah di sebutkan tadi...

Seperkara lagi apabila seseorang individu memilih untuk berkahwin ...maknanya secara tak langsung mungkin tidak dialami semua orang tetapi sesetengah orang  terpaksa mengecewakan hati orang lain yg ingin turut bersamanya...dalam memilih semua ini pasti ada hati yang akan kecewa....jadi seseorang itu perlulah pilih yng tepat....apabila berbicara soal TuNaNg VS NikAh miss honey akan nagis kerana miss honey mempunyai pengalaman yang agak pahit ...... dalam kes berkahwin...sebenarnya miss honey pernah menyimpan perasaan kepada seseorang sepupu sendiri  tetapi apalah daya beliau sudah berkahwin...miss honey agak kecewa...tetapi dalm bab bertunang miss honey alami pada hujung tahun lepas.....orang yg miss honey cintai n sayangi sudah bertunang .....maknanya miss honey sudah tidak berhubung lagi dgn si dia...Ya ALLAH memang perit apabila seseorang yg kita harapkan telah menjadi dan memilih insan lain disisinya... tapi apakah daya miss honey hamba-Nya lemah perlu redha dan pasrah sahaja...mula2 miss honey tak terima kenyataan..tapi lama kelamaan miss honey perlu juga terima hakikatnya kerana itulah tanda ALLAH sayang pada hamba-Nya....



Di sini miss honey akan berikan sedikit info mengenai bertunang / meminang
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.  
p/s: doakan miss Honey dapat jodoh yang baik yek (",)

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 24 Januari 2012

TuNnGu Dan LiHaT lll SaPeR cAlOn Nya?? lll


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum harinie semua pembaca miss honey dapat bace ape yg kisah benar miss honey...ewah2 ala ala2 KISAH BENAR LAH PULAK...dulu surat nie mis honey tujukan untuk some1 dalam hidup miss honey... (^^,) nak tahu siapa???? bacelah kisah miss honey dengan si dia DI SINI....tapi itu semua sudah berlalu...jodoh ajal maut semua ditentukan ALLAH ....sudah ditetpkan bukan jodoh kami tak apelah...miss honey yakin ada hikmahnya..... btw...agak2 sapelah yek yg akan jadi calon seterusnya???? miss honey pun tak tau.......aikk miss honey sebut surat ape plak nie... nak tau jom bace


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.........
dear calon suamiku,
Apa Khabar imanmu hari ini?,
sudahkah harimu dimulai dengan ucapan syukur kerana dapat melihat dunia yg fana ini kembali,
sudahkah air wudukmu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang menjadi tanggunganmu,
katamu cinta, kasih sayang tak perlu sentiasa diungkap....
hati yang bergetar akan menjawab segala yang tersirat...
hanya surat untukmu yang mampu ku kirim buat penganti diri...
agar rinduku padamu dalam menuju sebuah kebahagian sentiasa terus mekar..
Wahai calon suamiku,
tahukah engkau betapa ALLAH sangat Mencintaiku dengan dasyatnya....
pada ketika ini aku ditempa dan dibentuk dalam meniti alam dewasa...
agar lebih bijak dalam menempuh sebuah kehidupan bersamamu kelak...
meskipun kadangkala keluh kesah, putus asa, air mata menemani diriku...
kerana katamu aku masih muda dalam meniti sebuah keluarga yang sakinah...
namun akan ku cuba agar diri ini lebih baik agar bisa menjadi 'hawa-mu'...
Kadang-kala aku sering tertanya-tanya mengapa ALLAH menguji tepat terus ke hatiku,
YA ALLAH pedih yang teramat tak terungkap dengan kata-kata....
seolah-olah diriku kian goyah , kian hilang punca.....
hanya diriku sahaja yang bisa memujuk hati ini...
kerana dirimu belum bisa disisiku lagi..
Namun kini aku tahu jawapannya,
ALLAH tahu dimana tempat yang paling tepat agar sentiasa aku mengingati-Nya,
sentiasa kembali mencintai-Nya....
agar setiap kelelahan, tangisan, kepedihan, dan kesulitan membuatkan bibirku sentiasa membisik kalimah-Mu
ya ALLAH..... ya ALLAH....bantulah diriku....
Ujian demi ujian membuatkan aku lebih teguh... sehingga tibanya saat kitakan bersatu..
agar dirimu bangga menjadikan diriku suri dihatimu...
Buatmu calon suamiku,
entah dimana dirimu sekarang,
entah apa yang tengah dirimu lakukan...
ingin sekali aku menjerit memanggilmu untuk aku bisa tahu semua itu...
namun aku tetap yakin.... ALLAH akan menjaga dirimu kerana ALLAH turut mencintaimu
sebagaimana DIA mencintai diri ini...
aku amat yakin kini ALLAH sedang melatih dirimu...
agar menjadi mujahid yang teguh...
hingga aku akan turut bangga memilikimu kelak...
apa yang ku harapkan padamu hanyalah kejujuran..
walaupun mungkin kadangkala madahmu umpama racun menjalar disanubari...
keikhlasanmu dalam menerima ku amatlah diharapkan...
kerana jika kecantikan yang kau impikan dan harapkan padaku...
jawapannya pasti sia-sia akan kau miliki..
Aku masih haus dalam mencari ilmu,
aku tidak pernah lelah dalam menjadi mujahidah pencari setia....
Namun berbekal ilmu yang sedikit ku miliki kini...
aku sangat berharap dapat menjadi isteri yg solehah yang menjadi perhiasan kebanggaanmu..
Wahai calon suamiku,
saat kini aku menjadi asuhan ayah dan bondaku,
tak lain doaku pastinya menjadikan diriku anak yang solehah,
agar diriku menjadi tabungan mereka di akhirat...
namun kelak pabila aku menjadi milikmu...
aku amat mengharap menjadi pendamping dirimu sebagai isteri yang solehah
agar aku kelak sentiasa kekal menjadi bidadarimu didunia dan diakhirat
untuk mendamping dirimu yang soleh..
calon suamiku yang disayangi,
sepertimana dirimu tahu aku pencemburu yang berat,
tapi kalau ALLAH dan Rasullulah lebih kau cintai, daripada diriku,
aku rela kerana bahagia, aku berharap begitu pula diriku sepertimu...
aku yakin engkaulah untukku...
meskipun dirimu nanti bukanlah orang yang kuharapkan memiliki semua impianku..
Calon suamiku yang dirahmati ALLAH,
apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,
takkan kunamakan gubuk itu gubuk derita,
kerana disitulah bermulanya markaz dakwah kita berdua....
akan menjadi indah apabila kita hiasi dengan cinta dan kasih...
ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam hasil pernikahan kita,
bantulah aku untuk mendidiknya dengan harta yang halal,
dengan ilmu yang kita miliki dengan ketakwaan kita yang perlu mereka contohi
terutamanya dalam mendidik mereka kejalan ketaatan kepada ALLAH..
Calon suamiku yang dirindui,
bunga akan indah pada waktuya,
iaitu ketika masih mekar menghiasi taman,
maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baik mungkin dalam menyambutmu dalam hidupku,
kini aku semakin menjadi yang terbaik....
miskipun aku tahu aku bukanlah umat yang terbaik...tetapi sekurang-kurangnya aku menjadi terbaik disisi mu
Calon suamiku,
inilah sekilas harapan yang aku garapkan dalam rangkaian kata ...
seperti mana kata orang..
tak semua yang dirasa dapat diungkapkan dengan kata-kata
itulah yang kini ku hadapi,
ketika saat kita tengah bersama, maka disitulah kau akan memahami diriku,
sama seperti aku cuba memahami dirimu kini..
Bersabarlah calon suamiku,
Doaku selalu..agar ALLAH memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu...
semoga ALLAH selalu menjagamu ,
agar tidak tersentuh yang bukan mahram mu,
miskipun sekadar hujung kuku,
agar kau bisa mempersembahkan dirimu sebaiknya untuk ku,
sepertimana diriku hanya untukmu...
sekadar ini sahaja coretan buatmu calon suamiku,
salam cintaku buatmu
wasalam
calon isterimu: Honey-za Smile( Hasniza Hamzah)
p/s: doa miss honey biarlah miss honey dapat jodoh yg mampu menjaga dan membimbing miss honey di dunia dan akhirat...yg berlalu biarlah berlalu

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 19 Januari 2012

KiSaH GuRu DaN MuriDnYa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


dalam sebuah kelas..
Seorang ibu guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil. guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat kapur ini, maka berkatalah “Kapur!”, jika saya angkat pensil ini, maka berkatalah “Pensil!”
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat
antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat
kapur, maka sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka katakanlah
“Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kikuk, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kikuk. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang hak itu hak, yang bathil itu bathil. Kita begitu
jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mula dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang susah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”
“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Pfham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Faham guru…”
“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.
“Ini ada Qur’an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa menginjak karpet?”
Murid-muridnya berpikir.
Ada
yang mencoba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet. “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-nginjak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuatlah pondasi yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tiangnya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, Almari dikeluarkan dulu satu persatu, baru rumah dirobohkankan…”
“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghantam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”
“Kenapa mereka tidak berani terang-terang menginjak-nginjak, ?” tanya murid- murid.
“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah
Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sadar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.
“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jumaat, 13 Januari 2012

Tahniah Mr. Sepet!!! anda ke 100



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum harinie miss honey rasa happy sangat sebab followers blog BISIKAN HATI MUSLIMAH sudah mencecah 99 orang...so miss honey akan cari siapakah yg bertuah akan menjadi followers yg ke 100.... Alhamdulilah Mr.Sepet sudah berjaya...terima kasih sahabat...Insyallah sama2 lah kita berkongsi pengalaman, cerita, dan sebagainya supaya kita mencapai kemajuan bersama..Insyallah


p/s: segala keburukan dtg dari saya...segala kebaikan dari ALLAH...



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

8 pEtANdA dIA jOdoH kAMU.... aGak- aGak aDa Tak???


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum n ape khabar sahabat miss honey semua..aikkk???? miss honey nie setiapa kali post mesti tanya khabarkan mcm tak da ayat lain jew.... heheheehe sabar ukhti wa akhi ku sekalian...miss honey syg sangat kamuuu semua mestilah miss honey akan tanya kesihatan kan...semoga kamu semua baik2 sahaja  (@_@)

kali nie khas for sahabat honey semua miss honey akan berikan 8 Petanda "si Dia" jodoh kamu...insyallah jika diizinkan ALLAH ...... ini hanya sekadar petanda ajew...kalau da persamaan ALHAMDULILAH baguslah.... TAPI kalau tak da....berdoalah kerana soal jodoh dan mati hanya ALLAH sahaja yg mengetahui.... Jom Bace!!!

 Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Petanda 1 Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2 Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destinasi kebahagian kamu...

Petanda 4 Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5 Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apa pun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6 Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7 Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkan nya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujur nya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
p/s: soal jodoh adalah ketentuan Tuhan..sekirannya kita tak berjodoh dengan si dia..bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menjadi salah seorang insan dihatinya





。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 8 Januari 2012

Beza Cinta, Sayang, Suka dan Minat (",)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua sahabat miss honey hari....khaifahaluka??.....ana alhamdulilah sihat... harinie miss honey akan story mengenai bagaimana kita untuk mengetahui sama ada individu yg kita kenali diketegorikan pada tahap mana...sama ada cinta??, atau sayang?? atau sekadar hanya suka sahaja ataupun minat... baiklah post kali ini miss honey akan kongsi bagaimana kita hendak kenali perkara ini


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya hendak dia tahu.. dan kita sedaya upaya tidak mahu menyakitkan hatinya. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun kadang kala si dia buat tak tahu)




Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suka padanya apabila dia tidak pernah menyakitkan dan menyinggung hati kita…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


p/s: Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…





。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers