Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Isnin, 30 Januari 2012

BAnTuLaH kAum AdaM wAhAi HaWa


Assalamualaikum ini adalah karya asli miss honey bacelah yek (@_@)

seindah hiasan dunia,
ialah wanita solehah..yang menjadi perhiasan dunia..
yang dijaga baik..yang sentiasa disembunyikan
supaya harga (maruahnya) sentiasa bernilai tinggi...
tidak semua lelaki ajnabi akan dapat melihatnya..
hanya benar2 layak sahaja dapat memiliki perhiasan ini..
kerana ALLAH akan sentiasa memelihara HARTANYA YANG BERHARGA....
hanya kekasihnya yang benar-benar layak sahaja dapat memilikinya..
supaya harta-Nya sentiasa akan bersinar dan bermutu tinggi..

Wanita solehah akan sentiasa menjadi perhiasan dunia yang bernilai
terutama bagi suaminya..
yang akan menjaga aib dirinya, hak suaminya sahaja yang dapat memiliki dan maruah keluarga serta agama..
yang akan sentiasa menjadi perhiasan bagi kebanggaan suami..
bukan mendatangkan fitnah kepada lelaki ..
yakni wanita yang sentiasa membuka aib, hak suami ( aurat) di hadapan lelaki ajnabi
ini akan menjatuhkan maruah suami..

wanita solehah,
akan sentiasa membantu kaum Adam
untuk menjaga iman mereka,
supaya umat Islam dapat dilahirkan dan dikenali di dunia,
maka dakwah secara perlakuan peribadi dapat disebarkan..
bukan yang akan meruntuhkan iman lelaki...

wahai wanita solehah..
sayangilah kaum Adam... kerana kaum Adam juga termasuk adik beradik lelaki kamu, ayah kamu dan kaum kerabat lelaki kamu..
kasihanilah mereka ukhti,
benarkan mereka merasai zat ALLAH yakni syurga.
benarkan mereka merasai nikmat hidup di Syurga dan dunia dengan aman..
jagalah aurat mu, jagalah maruah mu...supaya tidak menyeksa kaum Adam
Sayangilah mereka sahabat
kerana mereka juga Saudara seIslam kita
Benarkan kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH..
Sahabat bantulah mereka...bantulah mereka...jangan beban kan mereka dengan dosa yang kita lakukan...


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers