Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Rabu, 1 Februari 2012

KELAPA ATAU MUTIARA?




KELAPA ATAU MUTIARA?
Untukmu Wanita...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..

dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..

dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR!!

p/s:perempuan murahan bukanlah dinilai dari wang hantaran yg diberi tetapi.. bagaimana perempuan itu mnjaga maruah nya.. dari pndangan mahupun sentuhan oleh lelaki bukan muhrim..
kredit by: Penjejak Awan


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

4 ulasan:

Makwe Kintan berkata...

...indah...^__^

N'yue berkata...

cukup indah kata puitis i2...
sy nak jd sy :)

hasniza hamzah berkata...

@Makwe Kintan syukran

hasniza hamzah berkata...

@N'yue jadi diri sendiri lebih bermakna , kita tak hipokrit

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers