Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 17 April 2012

FaCeBooK: KiTa AkaN DaPat PahaLa JikA??


Assalamualaikum hari ini miss honey akan berikan kepada sahabat miss honey sekalian buka ajew FB kita akan dapat pahala.ha so, kita tak mensia-siakan setiap kali kita buka facebook. kita dapat juga beramal sambil berkongsi sedikit ilmu...sahabat-sahabat miss honey nak tau macam mana caranya..ok jom kita bace same2 yek (",)
1. Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat.
--> Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. 
-->Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah.
-->Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

-->TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata.
-->Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. SHARE untuk tujuan perkongsian, atau COPY PASTE status sahabat2 yang baik.

3.Iklankan program2 ceramah2 atau majlis2 ilmu
--> Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang real punya), bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian.
--> Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.

4. Bina Group Famili, Group Utk Berdakwah, Join Group Dakwah, Like Page yg mempunyai unsur Dakwah
--> Alangkah baiknya jika setiap kelurga mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya.
--> Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam.
--> Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.

5. Memberi Komen, pandangan, cadangan dan kritkan yg membina dalam page2 yg berunsur Islam.
--> Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan seolah-olah anda sedang bercakap dengannya.
--> Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain.
-->Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

6. Berbincang, tag2 gambar2 yg bermanfaat
--> Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Tuhan supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

7. LIKE status2 yg berunsur kebaikan
--> Ramai yg tidak menyedari dgn ''LIKE'' status2 baik dapat PAHALA .
--> ini kerana pendakwah2 yang melihat statusnyanya di'LIKE' banyak secara tidak langsung menyokong gerakan dakwah melalui Facebook.
--> Dalam ayat Al-Quran ada menyebut : "Barangsiapa melakukan sesuatu kebaikan walaupun sebesar zarah/kuman tetap akan dikira"

p/s: mudahkan kita nak dapatkan pahala, sambil berfacebook pun kita masih berdakwah, ALHAMDULILAH gunakanlah kecanggihan teknologi kini untuk kebaikan bukan kehancuran.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers