Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 17 April 2012

Jubah Maksiat


harinie miss honey akan meyentuh sedikit mengenai jubah pada masa kini. seperti mana kita sedia maklum, jubah sudah menjadi satu tren yang baru untuk di gayakan bagi setiap wanita. jubah sekarang bukan macam jubah dahulu.sarat dihiasi dengan manik, labuci supaya nampak cantik dan gah....ha betul tak ape miss honey katakan... jubah sekarang sudah hilang erti sebuah nilai jubah yang sebenarnya. jubah dipakai untuk menutup aurat kerana sifatnya yang longgar dan tak mengikut bentuk badan. febrik kainnya yang tebal. bagi melindungi  nampak tubuh badan.. memilih warna yang gelap supaya tidak menarik perhatian ajnabi...tetapi malang sekali ape yang berlaku kini...cuba sahabat-sahabat miss honey tengok sekeliling...situasi sekarang..adakah pemakaian jubah seperti yang di syariatkan???

Ramai yang mengenakan jubah utk majlis2 atau kegunaan harian sekarang ni.
 TAPI, JUBAH bukan bermakna ia pakaian HALAL/TUTUP AURAT jika SENDAT. Ia tetap menjadi HARAM sekiranya tidak SEMPURNA tutupan aurat walaupun nama pakaian tu JUBAH sekalipun.

Tujuan asal Jubah adalah untuk MENGURANGKAN dan menghalang kesan seksual dari aurat tubuh wanita ke atas pandangan NAFSU SYAHWAT kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya...apalah gunanya pemaian jubah jika tudung yang dipakai atas dada sehingga menampakkan bentuk dada. ada juga wanita sekarang yang memakai jubah tapi YA ALLAH make u nya tambah tebal dimata....letak celak tebal2...celak bila dipakai menjadi sunat kerana menerangkan mata tapi jika sampai atas kelopak mata letak mcm burung hanti tebal2....sahabatku ia akan menjadi fitnah




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers