Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Khamis, 19 April 2012

LeLaKi SoLeH IDaMaN WaNiTa



Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang Mukmin yang merindui syahid dijalan Allah
Seorang hambaNya yang sentiasa zikrulloh

Dia seorang lelaki yg berani dan tegas
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa membantuku berjuang fisabilillah

Dia selalu menghibur aku
Dengan alunan ayat2 suci Al-Quran
Dengan zikir2 Munajat
Dengan surah2 rindu yang dihafaznya

Ketika aku terjebak mimpi indah duniawi
Dia menasihatiku supaya mengingat mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dgn buaian cinta dunia
Dia menyadarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan lelah
Matanya penat kerana membaca surat cinta tuhanNya
Suaranya lesu kerana lelah mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat dimalam hari

Dia sentiasa mengingat mati
Baginya dunia ini hanyalah panggung sandiwara semata-mata
Kita hambaNya adalah pemainnya
Hasil keputusan permainan kita akan diputuskan di padang masyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari perbuatan-perbuatan maksiat
Dia senantiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapanya
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi cubaan
Baginya, cubaan-cubaan itulah yang akan menjahit semula sajadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafan diri sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah kehormatan dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan Pemimpin Keluarga
Dia tidak pernah merasa malu mempertahankan Agama Islamnya
Kerana Islam adalah Agama Allah yang benar.

Dia senantiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya yang kekal abadi iaitu Allahu Rabbi

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNya
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers