Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Sabtu, 21 April 2012

SisWi UPSI maut KeRaNa StResS~~BerSaNgKalaH BaiK




Assalamualaikum dan selamat sejahtera seperti yang miss honey janjikan miss honey akan paparkan kisah selanjutnya tentang seorang pelajar upsi maut kerana terjatuh bangunan....nak tau kisahnya..baiklah sahabat miss honey sila bace siswi UPSI maut terjatuh banguan, baiklah berbalik kisah kita yang selanjutnya menurut sumber   ALLAHYARHAMAH Fatimah Mina bt Md Juferi telah mencederakan diri sendiri kerana melalui siasat terdapatnya kesan darah di tingkat empat...lalu mengambil tindakan terjun bangunan....kesahihan cerita ini kita tidak tahu....WAALAHUALAM...
nak tahu ape kisahnya nie miss honey paparkan sikit 


Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.
Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.
Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."
"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.
 ALLAHYARHAMAH Fatimah Mina bt Md Juferi

sahabat perginya dirimu akan kami iringi doa..perjuanganmu akan kami teruskan...semoga kamu ditempatkan dikalangan orang yang beriman

ape2pun bagi miss honey kita kena bersangka baik...sudah tiba ajal ALLAHYARHAMAH dimana, bila adalah ketentuan tuhan...tak perlulah kita nak mengata belakang lebih baik kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat....amin

p/s: berita kredit by berita harian 
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

6 ulasan:

AL AZRUL berkata...

aku sdih baca kisah ni.. ada trbca news ttg ni tdi.. sedih, mmg sedih.. stiap org ada mslh msg2.. doakan yg terbaik buat arwah.. al-fatihah..

hasniza hamzah berkata...

@AL AZRULarwah seorang muslimat....seorng yang agak pandai 3.5...seorang yang baik...tapi kita tak taukan masalah pribadi dia....semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.amin

*Miss Backspace* berkata...

sdeynya bila baca kisah beliau. semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. insyaAllah. Saya pon baru sahaja kehilangan org tersayang pg tadi. Al-Fatihah

japierah berkata...

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek

berumur 22 tahun.. sem 4.. buka pakai baju muslimah tp T shirt hijau..

boleh tekanan saudara mara dia kalau baca akhbar nih.

Allah lebih tau. bersangka baiklah

hasniza hamzah berkata...

@*Miss Backspace*siapa yang meninggal?...saya harap awak bersabar yek

hasniza hamzah berkata...

@japierahkita mendoakan yang terbaik buat beliau

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers