Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 29 Mei 2012

WaHaI gAdISkU sAYanG cInTaiLaH CiNtAnYa







WAHAI GADISKU SAYANG CINTAILAH CINTANYA
Wahai gadis,
Cinta sejati, bukan dari mata turun ke hati…
Tetapi hati turun ke mata…
Kerana hati yg mengawal mata bukan mata yg mengawal hati…
Masakan raja mengawal rakyat bukan rakyat mengawal raja…
Wahai gadis,
Dikahwini perempuan itu atas empat perkara…
Harta, keturunan, rupa dan agama…
Tetapi kahwinilah atas dasar agama…
Nescaya kamu akan mendapat segalanya…
Wahai gadis,
Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja…
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika…
Bencilah yg engkau benci itu sekadar sahaja…
Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika…
Wahai gadis,
Cintailah sesiapa sahaja…
Asal wadahnya cinta Allah…
Hati tidak resah…
Jiwa tidak akan gelisah…
Jauh terhubung rindu…
Dekat terikat padu…
Wahai gadis,
Jika engkau mencintai seseorang biarlah kerana Allah…
Sesungguhnya mencintai Dia merupakan cinta yg hakiki…
Cintailah Allah yang Maha Mencintai…
Kalau cintai Dia biarlah rindu untuk bertemu…
Jika cintai Dia biarlah suka apabila disuruh…
Wahai gadis,
Kita tidak boleh mencintai orang lain…
Sebelum mencintai diri sendiri…
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri…
Sebelum mencintai Allah!
Hakikatnya hati ini milik Allah jua…
Kerana Dia-lah pencipta segala hati…
Wahai gadis,
Tidak payah bersentuhan tangan…
Kerana mereka sudah bersentuhan hati…
Tidak payah berbalas kerlingan mata…
Kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa…
Mereka itu adalah suami isteri yg berkasih sayang berlandaskan Ilahi…
Wahai gadis,
Denai, langit dan gunung…
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan…
Pada limpahan nikmat selaut indah…
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penuh teratur…
Mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur?
Wahai gadis,
Seringkali engkau memburu nikmat…
Tetapi ingatkah engkau akan Pemberi nikmat?
Cintailah yang memberi nikmat…
Dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikanNya…
Itu tandanya engkau seorang yang bersyukur…
Wahai gadis,
Ingatlah dikau akan suatu perkara…
Hidup tanpa cinta…
Ialah hidup tanpa cita-cita…
Cinta yang terbaik…
Ialah cinta yang bertalian dengan cita-cita…
Ayuh!!! Jadikan cita-citamu sebagai cinta…
Wahai gadis,
Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh…
Tetapi Tuhan mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza…
Jadi…
Janganlah dikau bersedih dan merendah diri akan rupa paras mu…
Kerana kecantikan yang abadi terletak pada akhlaknya…
Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya…
Wahai gadis,
Sesungguhnya pada wanita yang bertaqwa itu…
Terkumpullah segala keindahan dan kebenaran…
Kekayaan pada lapangnya hati…
Rupawan pada indahnya budi…
Bangsawan pada kerendahan diri…
Yang sering sujud di telapak Ilahi…
Wahai gadis,
Yang tidak bisa pecah dek pukulan arus kehidupan…
Cintailah seseorang itu…
Jika falsafah pandangan hidupnya…
Sesuai dengan kamu…
Wahai gadis, cintailah cintaNya!

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 27 Mei 2012

CuKuPlAh Aku MeNcInTaInYA DaLaM DiAm





Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
 P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jumaat, 25 Mei 2012

WahAi mUsLiMahkU



WAHAI MUSLIMAHKU..

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…. 
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar, 
Riasnya indah lagi memukau, 
Lentuknya tertib lembut gemalai, 
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar, 
Serba sempurna akhlak gemilang. 
Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu, 
Yang sangat sempurna dari yang sempurna, 
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya, 
Yang menjadi peneman paling utama, 
Yang sangat memukau melebihi segalanya. 
Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 
Ratu bidadari pada dunia fana ini, 
Isteri solehah gelaran di beri, 
Tiada tertanding akhlak dan pekerti, 
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi, 
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami, 
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi. 
Wahai Muslimah ku tahukah dikau… 
aku mengidam bertemu dengannya, 
Hanya mengharap pada Ilahi, 
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi, 
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya, 
Agar syurga menjadi imbalannya, 
Supaya hajatku menjadi terlaksana. 
Wahai Muslimah ku tahukah dikau.. 
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku, 
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah, 
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana, 
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini …… 
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….
InsyaAllah….

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

SuRat cInTa DarI TuHan




"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".

Sepucuk Surat Dari Tuhan

Saat kau bangun dipagi hari, Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada Ku, 
walaupun hanya sepatah kata, 
meminta pendapat Ku atau bersyukur kepada Ku atas sesuatu hal indah yang terjadi di dalam hidupmu kelmarin, 
tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri
untuk pergi bekerja. 
Aku kembali menanti. 
Saat engkau sedang bersiap, 
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa Ku, 
tetapi engkau terlalu sibuk.
Di satu tempat, 
engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apa – apa pun. Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. 
Aku berpikir engkau ingin berbicara kepada Ku tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk mendengarkan gossip terbaru. 
Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. 
Dengan semua
kegiatanmu, 
Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepada Ku.
Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke sekeliling, 
mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada Ku, 
itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. 
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara kepada Ku dengan lembut sebelum mereka makan,
tetapi engkau tidak melakukannya. 
Tidak apa - apa.
Masih ada waktu yang tersisa, 
dan Aku berharap engkau akan berbicara kepada Ku, 
meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan - akan banyak hal yang harus kau kerjakan. 
Setelah beberapa hal tersebut selesai engkau kerjakan, 
engkau menyalakan television, 
Aku tidak tahu apakah kau suka menonton television atau tidak, 
hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, 
tanpa memikirkan apa pun hanya menikmati acara
yang ditampilkan. 
Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepada Ku. 
Saat tidur Ku fikir kau merasa terlalu letih. 
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, 
kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tak lama kemudian. 
Aku
Tidak apa - apa karena mungkin engkau tidak menyadari bahwa Aku selalu hadir untukmu. 
Aku
telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. 
Aku bahkan ingin mengajarkanmu bagaimana bersabar terhadap orang lain. 
Aku sangat mengasihimu, 
setiap hari Aku menantikan sepatah kata, 
doa atau fikiran atau syukur dari hatimu. 
Baiklah... 
engkau bangun kembali dan kembali Aku akan menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberi Ku sedikit waktu. 
Semoga harimu menyenangkan.

Yang selalu menyertaimu setiap saat,

ALLAH SWT.

-Sekadar renungan, dalam hari2 yang telah berlalu, 
adakah setiap saat kita mengukir nama Allah dalam hati kita? 
a
tau kita sebenarnya sudah lama terlupa bagaimana untuk menghidupkan kembali hati yang sentiasa merindui Allah sepertimana Dia yang sentiasa merindui rintihan hamba-hambaNya.... 

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

awak Maafkan Saya Yek





Ya ALLAH.. 
Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya, 
tidak membawa KEBAIKKAN padanya, maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka.. 
Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya.. 
maka Kau jauhkanlah aku darinya.. 
Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya, 
maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA… 
amin ya rabbal alamin... 
Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, 
maafkan aku.. 
Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, 
maafkan aku.. 
Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, 
maafkan aku.. 
Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU.. 
Ya Allah, ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU.. 
andai pernah diriku menjadi PUNCA jauhnya seseorang hamba daripadaMu, 
AMPUNIKU ya Allah..


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

MamPuKaH Aku mEnjAdi WaNitA SoLehAH SePeRti MeReKa???



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah & Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan kejalan fisabilillah,
Susah & senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan & penderitaan,
Tidak sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku,
Melihat Pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah, taat dengan ayahnya,
Yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah,
aku ingin intip serpihan sabar,
dari catatan hidup Siti Sarah...
tabahkanku,,
setelah ummi Nabi Ibrahim,
mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Diterik padang pasir,
pengharapan hanya pada Allah,
itulah wanita Siti Hajar...

MamPuKaH Aku mEnjAdi WaNitA SoLehAH SePeRti MeReKa???

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Buat Bakal Imamku




~BUAT CALON IMAMKU~

untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat..

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita 
di dunia dan di akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu 
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini yang ku pinta.
______________________________________

Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yang lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.

Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...
Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..

Amin ya Rabbal Alamin...

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jumaat, 4 Mei 2012

AlhAmDuLLiLaH sYuKuR



Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat miss honey...
hehhehheh sayang koramg...rindu korang rindu sesangat sahabat miss honey semua...
yeahhhhh....horayyyyyyyyyy
wah miss honey gumbira..gembira .....gombira nampak...
wahhh
teruja kot...happy kot...rasa terlepas  beban...

hehheehhe you know whay???
of couse u dont know (bi tungang langang hehhe)
mesti sahabat miss honey tertanya-tanya kan napelah miss honey happy sesangat kan

sahabat miss honey...
lepas nie bolehlah miss honey lepaskan gian nak tulis blog...
tulis bebanyakk sampai lebam biji matakan...

like.like...likelahhh korang..

baiklah miss honey nie asyik nak gelat ajew yek
oklah yang buat miss honey syukur alhamdullah sesangat adalah sebab..
jeng....jeng...
1.



2.


3.


ok STOP!!!!
my all asgment all ready done...
wahh teruja kott

bayangkan masuk minggu ke-11 sem nie miss honey dah siapkan semua asgment lecture bagi
fuyooooo seronok sgt boleh enjoy n tumpu pada last exam ajew hhehhehe

tak sia2 miss honey bersengkang mata tak tido 2 minggu
alhamdulilah semua dah sattle...tapi kena cver untuk last exam nanti 
miss honey rasa sem nie miss honey betul2 tergugat..
adakah miss honey akan dapat dekan...
???
huhuhuh 4 this sem i am not sure 4 that...
redha

last sem dengan this sem tak sama...

pe2pun enjoy  keep ur smile (^_^)
p/s: alhamdulilah dapat juga balik kg tgk mak abah....tak ape penat sikit janji dapat tgk senyuman mereka..



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers