Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Rabu, 13 Jun 2012

Jangan di kau bersedih





Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar..
Mengapa hati ini terpaut pada insan yang diciptakan..
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan, lebih suci dan utama terkorban diabaikan..
Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan..
Sehingga mencemari keimanan kugadaikan..
Sedangkan nun di sana perjuangan memerlukan pengorbanan perwira dan srikandi yang setia..
Itulah bahananya cinta pada dunia, memusnahkan cinta hakiki Ilahi..
Memberi kekecewaan di hati sanubari..
Berapa ramai insan yang mendamba pada dunia..
Keremajaannya dipandu angan-angan palsu..
Terpesona jiwanya dan terpudarlah imannya..
Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian..
Oh Tuhan.. kurniakanlah ke hadratMu pengharapan..
Pimpinlah hambaMu ini agar tidak terpedaya lagi....
Kekadang hati merintih derita..jiwa menangis sedih..akal mengeluh letih..sakit otak mengenang kenangan yang perit sehingga terhapus memori yang indah..
Namun..hakikat hidup takkan berubah..dan masa tak akan berputar lagi..yang perlu diubah adalah diri kita yang menghadapinya..
Hati kita memilih jalan, akal kita mengatur langkah dan iman meluruskan arah..
Moga kasih Allah sentiasa bersama kita..
Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia disisimu..bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada penyelesaiannya..bila tidak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya…



Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
adakala kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata..
syukurlah kiranya ada yang menyakitimu kerana dia mengajarmu erti tabah..
syukurlah kiranya ada yang tidak memperdulikanmu kerana dia mengajarmu berdikari..
syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu kerana dia menghebatkanmu untuk terus bangun lagi..
syukurlah kiranya ada yang menyiksamu kerana dia mengajarmu kesabaran dan ketabahan...
Ya Allah..banyak sekali impianku, namun dosa yg menggunung membuatkan hamba malu bermohon padaMU..Ya Rabb, Kau amat suka hambaMU yang berdoa padaMU..hamba akan terus memohon padaMU..moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan yang telah Kau takdirkan untukku.. dan moga hamba sentiasa redha dengan suratanMU walaupun ia bercanggah dari keinginanku, kerna Kau yang mencipta diriku, pasti Kau tahu YANG TERBAIK buatku


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Koleksi Mutiara kata


Saat jiwa mula rapuh oleh penatnya dunia, berwudhulah lalu mendekat padaNya. Saat mata mula silau oleh kilauan dunia, pejamkanlah lalu ingat padaNya. Saat ujian mula datang bertubi menimpa, bersabarlah lalu tawakkal padaNya. Syukuri semua yang diberikan olehNya. Sekecil apapun ia. Sentiasa menjaga Wudhu agar jiwa merasa terawasi.

Cintailah Allah lebih dari engkau mencintai apapun. Cintailah RasulNya lebih dari engkau mencintai dirimu. Dan cintailah saudara seimanmu sama seperti engkau mencintai dirimu sendiri. Sungguh rugi orang yang lebih mencintai dunia yang sementara dan lupa akan akhirat yang kekal abadi. Jadilah anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati..

Yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati..
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asalkan perjuangannya ada matlamat..
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana srikandi dengan silam yang kelam..
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi..
Itulah ketentuan sejak azali…


Hidup ini susah kita nak DUGA..kadang kala kita rasa DEKAT dengan SESEORANG tu, tapi sebenarnya JAUH..walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN nya, belum tentu HATI nya kita dapat SELAMI.. mungkin kita boleh buat dia KETAWA tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA..bila dia MENANGIS, kita sangka kita dapat MEMUJUKNYA..walhal, KEHADIRAN kita LANGSUNG TAK DISENANGI..rencah dunia, kita takkan tahu siapa KAWAN dan LAWAN sehingga sampai kita JATUH TERSUNGKUR, adakah tangan DIHULURKAN atau kita DITINGGALKAN.. renungkan..moga ALLAH rahmati HATI kita..



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

WaRKaH CinTa DaRi AyAh DaN IBu




Di saat mereka menjengah usia tua....
dimana kita untuk membalas jasa???

~Warkah Cinta dari Ibu dan Ayah~

Wahai anakku, 
Bila ibu dan ayah meniti usia senja, 
kami berharap engkau anakku
memahami dan bersabar dengan karenah orang tuamu.

Bila ibu dan ayah pecahkan pinggan atau 
menumpahkan sup di atas meja. 
Janganlah engkau anakku memarahi, 
menengking org tua ini 
kerana hati tua ini mudah benar terasa. 
Ketahuilah, mata ini semakin kabur pandangannya dan kami tak terniat melakukan sedemikian. 

Anakku, 
Bila ibu dan ayah dimamah usia 
telinga ini semakin hilang pendengaran. 
Jika telinga tua ini tidak dapat mendengar 
kata-katamu dengan jelas, 
kami merayu janganlah engkau anakku memanggil diri ini PEKAK! 
Ulanglah semula kata-katamu seperti kami terjerit-jerit memanggilmu sehingga tekak terasa perit 
ketika engkau tidak mendengar.

Wahai anakku,
di usia senja begini ibu dan ayah selalu mengalami lemah lutut.
bantu dan pimpinlah tangan ini seperti kami memimpin tangan kecilmu ketika engkau bertatih,
janganlah engkau berkata 'ibu ni lembab!' '
ayah ni terhegeh-hegeh!'. 
Maafkan kami kerana meyusahkanmu.
Di usia ini jua,
ibu dan ayah selalu berbicara tersekat-sekat 
seperti cd cetak r0mpak.
janganlah engkau berasa bosan atau jemu mendengarnya seperti kami mendengar kata-katamu yang pelat sewaktu kecil.
setiap patah yg engkau katakan menghiburakn hati ini..

Wahai anakku, 
maafkan ibu dan ayah jika tubuh tua ni berbau busuk dan menyesakkan hidungmu. 
Bukan kami ingin membiarkan tubuh tua ini berbau dan kotor.
ketahuilah saat air dingin membasahi kesejukkan mencengkam, tubuh ini mudah benar berasa lemah dan jatuh sakit. 
Sewaktu engkau kecil anakku, 
engkau taknak mandi kerana engkau mengatakan air sejuk.
kami terpaksa tawaf sekeliling rumah hanya semata-mata mengejarmu untuk memandikan tubuhmu.
ingatkah engkau anakku kenangan itu?

Anakku,
Jika engkau ada masa lapang, 
ibu dan ayah berharap engkau dapat meluangkan masa untuk berbual dengan kami untuk menghilangkan rasa kesunyian ini. 
Cukup hanya seminit itu sudah memadai kerana kami tau dan amat memahami bahawa engkau 
sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluargamu. 
Tentu tiada masa melayan dan mendengar cerita orang tua ini. 
Namun ingatkah engkau anakku 
sewaktu engkau sudah petah berkata-kata, 
ibu dan ayah selalu mendengar celotehmu dan dengan penuh semangat engkau bercerita tentang sahabat, 
tentang cikgu & pelajaran yang baru engkau ketahui dan cerita tentang teddy bear.
tanpa rasa bosan ibu dan ayah setia mendengar malah terhibur.

Wahai anakku, 
bila ibu dan ayah sakit dan hanya mampu terlantar di katil,
kami berharap engkau dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
ibu dan ayah mohon maaf bila kami terbuang air kecil. 
Kami tak sengaja untuk berbuat sedemikian anakku.

Hidup ibu dan ayah tidak lama anakku,
mungkin hari ini adalah hari terakhir bagi kami menghirup udara. 
Bila izrail menjemput,
kami berharap engkau berada disisi.
engkau megenggam erat tangan ini memberi kekuatan menghadapi sakaratul maut.
tanpa jemu engkau membisikan kalimah 'la ilaha illallah'.

Jangan engkau runsing anakku,
segala kesalahanmu akan kami ampunkan.
bila ibu dan ayah bertemu dgn Al-Khaliq kami akan membisikan padaNya agar merahmatimu... 
Terima kasih atas kesabaran dan kasih sayang yang engkau curahkan selama hidup ini.
Ketahuilah anakku engkau adalah permata di hati kami.

_____________________________________________

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Juzuk : 21 Surah : LUQMAN  Surah No. : 31      ayat : 14


_____________________________________________


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri

Juzuk : 4 Surah : AN-NISAA' No. Surah : 4 Ayat : 36

____________________________________________

Cinta yang pertama perlulah mencintai Allah, 
kemudian mencintai Rasul,
seterusnya mencintai jihad dan
seterusnya pula adalah mencintai kedua-dua ibu bapa...
_______________________________________________

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ku PoHoN CiNtA DaRi-Mu




♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥

Aku tidak marah
Aku tidak cemburu
Kerana aku tahu
Kamu bukan hakku
Kadang-kadang
Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa
Sungguh senang utk aku jatuh cinta. 
Dan memang tidak dinafikan disaat ini 
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu
Aku teringin kau megetahui 
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yg lebih mengetahui 
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini
Sedangkan DIA yg menjadikan hati 
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu
Tapi sekali lagi
Kau milik ALLAH
Bukan milikku
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku
Dan cukuplah aku mencintaimu 
Dalam diam dari kejauhan 
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH
Mungkin saja rasa ini ujian
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan

Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku 
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan

Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. AL-HAKIM)

Amin ya rabbal Aalamin...

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers