Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Jumaat, 27 Julai 2012

WANITA SEBENARNYA SANGAT CANTIK



Cantik wanita itu ...
Cantiknya seorang wanita itu, 
sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
... Cantik seorang wanita itu, 
sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai isteri merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanitaitu, 
sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, 
sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu,
 sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers