Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Khamis, 23 Ogos 2012

Raya 2012 dengan kengkawan


Hai ASSALAMUALAIKUM dan hai-hai
sorry 2 , 3 hari ini miss honey sebuk beraya
baiklah malam ini miss honey akan update gambar raya ke -5 bersama kawan-kawan tadi
nak tahu ???jom tengok








p/s: macam mana raya korang best tak???

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 16 Ogos 2012

biar betul...bayi di awet..??



p/s: bayi ini dikatakan dilahirkan dan hanya sempat hidup beberapa bulan...disebabkan keunikkan mereka para saintis mengambil keputusan untuk mengawet bayi tersebut bagi dijadikan bahan kajian mereka..

credit by:Gilakah aku???


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Hukum Pakai Inner


p/s: pemakaian inner masih dikatakan menampakkan aurat kerana inner bersifat ketat dan mengikut bentuk badan...sedangkan aurat wanita termasuk juga lengan tangan mereka....


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Artis Mana makan pizza nie???


Assalamualaikum Hai-Hai..
ayat macam biasakan
malam ini miss honey akan cerita pasal pizza....hehehhhhe
cer tengok gambar kat atas..
sedapkan....
ha nak tak???
jom lah miss honey belanja korang bace entry ni yek

artis mana yang makan pizza nie..
glamour ker???
pizza pun nak wat cerita ker???

dah...
dah....
tak payah buat spekulasi jom kita tengok artis kat bawah nie yek sayang??



la miss honey rupanya artis2 ingatkan ape tadi..
hehehhehehehehe apa macam 
artis nie pun boleh tak???
baiklah taknak touching-touching dan marah-marah tau
senyum sokmo!!!
bye...bye 
assalam

p/s: tertiba entry kali ni macam kes perasan lah pula...hehhehehhe




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

☎ Korang Tolong Miss Honey Jab...boleh???


Assalamualaikum dan hai-hai
korang miss memerlukan bantuan korang sangat-sangat yek...
kenapa??
miss honey baru buat akaun twitter!!!
huhuhuhu miss honey betul-betul ketinggalan zaman nie...
wahhh giler kentang nie....
malu nak menyorok kat mana nie!!
ape-ape pun miss honey amat memerlukan bantuan korang untuk follow twitter miss honey...
miss honey tak tahu nak follow korang macam mana...

sayang miss honey tak???
kalau sayang tolong yek kawan-kawan...

k bye-bye

p/s: nak sambung balik menyorok sebab malu ◕‿◕
 

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 14 Ogos 2012

Hari ke-2 di AKEPT


Hai assalamualikum dan selamat pagi semua..
macam mana puasa korang pada hari ini..
puasa tak???
ahaksss sape tak puasa angkat kening sikit miss honey nak tengok
eceh-eceh miss honey nie macam nampak lah pula yek...

baiklah entry bagi hari ini miss honey akan citer kat semua reader yang sudi bace blog miss honey yang tak seberapa nie pasal hari ke dua miss honey di AKEPT...
Ha korang masih tak tau lagi ape itu AKEPT...
adoii sayang tak tahu lagi ape itu akept??
bace entry miss yang >>INI <<...

Baiklah hari ke-2 di sini miss honey pada mulanya dia jar teknik berblogging
miss honey malas lah nak cerita panjang lebar mengenai ini...
ha apa??? korang nak tahu juga ker???
baiklah miss honey takkan akan kecewakan harapan korang yek...
kalau nak tahu juga jom terjah >> SINI <<
selepas itu kami di ajar pula mengenai teknik bagi memajukan diri dan berani berhadapan dengan masyarakat
ha nak tahu macam mana permainan kami???
hanya dengan menggunakan sebiji kentang dan sebatang penyedut minuman kami dikehendaki mencucuk batang penyedut minuman tersebut sehingga menembusi kentang.
wahh mulanya miss honey rasa agak susah....
tapi jangan tak tahu dengan kita menutup ruang udara di salah satu lubang penyedut minuman
udara akan mampan dan tidak boleh keluar...ini akan menghasilkan tekan menyebabkan penyedut minuman tersebut lebih keras dan mudah untuk mencucuk
wahhh..wah miss honey nie macam cikgu sainslah pula....
tertiba ajew cikgu sejarah bertukar cikgu sains...

so ape pengajaran dari permainan ini ialah kita kena yakin dengan sesuatu
ha ini bertepatan dengan kita punya kepercayaan
IMAN...ILMU...AMAL.


fuh...fuh...miss honey dah lapar..
dah dekat nak berbuka dah nie...
baiklah nantikan entry miss honey yang berikutnya yek sayang







。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 11 Ogos 2012

Teknik berblogging di AKEPT


Hai Assalamualaikum hari ini miss honey telah mempelajari teknik membuat blog yang baik
nak tahu siapa yang sudi mengajar miss honey hari ini.
ha inilah En. kacak bertiga yang sudi mengajar miss honey
nak tahu siapa
sebelum itu korang terjah dulu blog mereka
hehheehhheheh

inilah dia En. Syed Syahrul Zariri...nak tahu siapa beliau moh kita ke blog beliau http://syedsyahrul.blogspot.com/
En. Kacak yang ke dua yang sudi mengajar hari ni ialah En. Shafiq http://jbfoodclub.com/
( ha ini lah pengajar yang sudi mengajar miss honey hari ini)

baiklah ape yang mereka mengajar miss honey hari ini.
 baiklah mereka mengajar macam mana nak menjadi blog yang baik..
banyak juga yang miss honey belajar..

rupa-rupanya untuk pengetahuan korang sebelum ini miss honey hanya tahu untuk menulis hanya boleh publish di blog sahaja...

rupa-rupanya macam-macam lagi
contohnya kita boleh menulis di WordPress.com dan tumblr
wahhh rasa kecik pula miss honey..tapi memang kecik pun hehhehe
banyak betul benda yang miss honey tak tahu rupanya...

hope lepas nie dapatlah miss honey menulis dengan lebih baik yek...insyallah...Mudah-mudahan
Amin





。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jumaat, 10 Ogos 2012

Malam di AKEPT 10/8/2012


Assalamualaikum dan Hai-hai 
macam biasa miss honey suka sangat update my blog hehehhe
bab tutorial untuk blogger...insyallah miss honey akan usahakan wat yang terbaru yekk..
apasallah malam ni ayat touching pula...
tippp....tippp...tukar mood jab

yeahhh hai kawan..
ha barulah ceria sikit hehehhe
baiklah susana malam di akept amat tenang
macam biasalah mula-mula tepat pukul 7.25 mlm kami semua berbuka puasa
wahhhh yamieee sedapnya....
tengok sana nak...tengok sini nak...
miss honey rasa nak makan semualah pula (nafsu syaitan dah2)
tapi miss honey just sempat makan nasi ajew....
hohoho yang lain dah tak leh masuk.
nasib baik yang lain tak ambik lagi
kalau tak mesti kes membazir pula hahhahha....

nak tengok tak ceria tak time berbuka kami

jom miss honey tunjukkan
(tunggu masa nak makan aje)


lepas makan kami semua cepat-cepat nak bersiap nak solat magrib pula...
hohohoho takut tak sempat pula.....

tapi sebelum solat semetara nak tunggu insyak sempat lagi snap-snap picture
hahhha ape loh nak jadi nie.....



kemudian dalam pukul 9.35 kami selesai melaksanakan solat terawikh bagi malam ramadan ke 22.

cepat-cepat bergegas ke dewan akept

di sana kami dilatih oleh MyPartner

hehhehe aktivitinya nak tau apa???

BAK SINGGIT..!!!

penat sangat dok main aci ligan ...
fuhhh kanan fuhh kiri sempot ....
apa-apa pun stail enjoy...

pulun ligan..
mai sana mai sini...
rupanya aktiviti ini bertujuan untuk mengetahui intergriti kami
sama ada jujur or tidak..
alhamdulilah nampaknya semua DUTA jujur belaka..
ha inilah yang baru dikatakan DUTA yang ikhlas membantu masyarakat bukan ambil kesempatan..

baiklah miss honey dah mengantuk...tunggu entry hari ke-2 disini lagi yek
salam sayang












。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Syarifah Sofea di halau dari disko!! ape hal nie??



Hai Assalamualaikum dan salam ramadan semua...
ha korang tau tak ape hot post yang tengah bermain di minda semua blogger hari ini...
of couse dear pasal Syarifah Sofea nie ha!!!
Syarifah Sofea Syed Hussein, 27 tahun... beliau start mula berhijab pada bulan Julai 2012 baru-baru ini
kenapa???
alah kak yong... pak uda..pak tam... semua oiii dia kena halau dari Disko!!!
kenapa dia pi Disko kalau dah bertudung nie??
betul ker nie???
iye betul kata syarifah Sofea korang nak tau??
nah miss honey ambik petikannya dari SINI

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.
“Masa itu saya tahu kenapa orang memandang, sebab saya pakai tudung. Tetapi saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya kepada mStar Online pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran di Saloma Bistro di sini, Rabu.-mstar
 tapi yang pelik di sini kenapa kak pah Sofea ni pergi disko??
beliaukan dah berhijrah...
takkan lah saja-saja nak pergi dan tengok wat lawatan macam YB kot kan....
or memang sebelum nie beliau sudah terbiasa pergi disko???
dan apabila berhijah pakai tudung ini, beliau berangapan pergi disko tak ape janji tutup aurat dan tidak minum-minum...

tapi mujurlah itu sebelum kak pak Sofea kita ini belum betul-betul memahami agama...
ALHAMDULILAH sekarang beliau sudah mula melatih diri menjadi wanita muslimah
TAHNIAH Syarifah Sofea ...

Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.

“Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini ‘kosong’ tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

“Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.

“Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, anak kelahiran Liverpool, England ini berkata, dia berhasrat untuk menjadi ibu sepenuh masa tetapi tidak bermakna mahu meninggalkan terus dunia seni.

owh rupanya begitu ceritanya.....sekarang beliau sudah menjadi muslimah islam yang baik

p/s: ramai orang dari kita memakai tudung, tapi sedikit pula daripada kita  cuba memakai tudung yang dipakainya bagi menutup hati  dan nafsu mereka.





。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Hai Kami dah Tiba di AKEPT



Hai Assalamualikum ....
hohohoho cocopie.....
aikkk tertiba pula sebut makanan nie
sabar miss honey puasa......tahan iman
keh...keh....
baiklah kali ini miss honey nak cerita sikit pasal AKEPT
Ha????
ape itu AKEPT??
apa??? korang tak tahu...
moh miss honey nak berleter sikit
AKEPT (Akedemik Kepimpinan Pengajian Tinggi) di Nilai...
wah...wahhh...best oiii....
dapat belajar sesuatu yang baru n dapat kenal ramai kawan-kawan
hope miss honey dapatlah kawan baru yek di sini
disamping di beri latihan menjadi Duta Universiti fokus Luar Bandar NBOS 4
nak tengok muka toya miss honey dan kawan-kawan
mehh kita terjah sama-sama

(muka semangat sebelum bertolak dari UPSI)

(cuba korang cari miss honey)

(ala-ala bas VVIP banyak tempat kosong kan??)

(bilik penginapan miss honey ...woiiii syok oiii)

(kami baru habis buat test..mak oii soalan....hurmm)

malam nie kisah lain pula,nantikan

p/s: jom miss honey nak pi berbuka siapa nak ikut...angkat kaki sendiri hehhehe









。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 9 Ogos 2012

Berkat 21 Ramadan✿ Alhamdulilah




Assalamualaikum dan Hai-hai
miss honey in the house..
amboi..
ahoiiii...
gembira betul miss honey yek pagi2 jumaat nie...
nak tahu kenapa...
hehheheehhehe


SYUKUR ALHAMDULILAH 
kepada ALLAH kerana 
miss honey berjaya mendapatkan biasiswa KPM
apa itu biasiswa KPM?
biasiswa KPM ini adalah biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia
biasiswa ini dikhaskan untuk mahasiswa yang mengambil perguruan...

Miss honey cikgu apa yek...
ha nak tau???

INSYALLAH 
miss honey bakal guru Sejarah n ekonomi..
jauhkan beza dari subjek membaca dengan mengira...
tapi apa-apa pun...
itulah cabaran bagi miss honey
untuk semester hadapan miss honey akan berjaya mendapatkan keputusan yang lebih baik..

MOHON pada ALLAH...

baiklah miss honey sedang bersiap ke nilai pula,
untuk kursus menjadi Duta Universiti bagi NBOS 4..
baiklah salam sayang buat korang semua....
{。^◕‿◕^。}
 



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 6 Ogos 2012

Tutorial : Membuat Tab Menu Comel di tepi Blog




Assalamualaikum dan Hai..Hai....
Hari ini miss honey akan ajar korang buat Tab Menu yang simple 
Tapi sangat menarik...
Tak percaya??
Miss honey sendiri pun menggunakan Tab Menu nie tau..
yang bestnya dengan menu tab tersebut ada effects-5 deg...
ape itu affects-5 deg nie benda yang senget bila cursor menyentuh tajuk tersebut.
macam dibawah ni ha..


nak tengok??
 baiklah miss honey akan tunjukkan dekat korang k

Cantik tak..??
kalau suka jom ikut step miss honey ajarkan yek 

1.Mula-mula macam biasalah korang kena Sign in blog > Dashboard > Template > Edit HTML
2. Dah?? Kemudian korang tick Expand Wadgets > Ctrl +f (serentak)
3. korang copy code dibawah ini dan paste di kotak find.

 Code Tab Menu:
]]></b:skin>
4. Dah..korang copy dan paste Code dibawah ini pula pula sebelum code ]]></b:skin>
/* LIST #8 */
#list8 { }
#list8 ul { list-style:none;}
#list8 ul li { font-family:Georgia,serif,Times; font-size:18px;margin:1px; }
#list8 ul li a { display:block; width:80px; height:28px; background-color:#000000; border-right:10px solid #FFFFFF; padding-left:40px;
text-decoration:none; color:#FFFFFF; }
#list8 ul li a:hover { -moz-transform:rotate(-5deg); -moz-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
-webkit-transform:rotate(-5deg); -webkit-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
transform:rotate(-5deg); box-shadow:10px 10px 20px #000000; }

Backgroud : warna pada kotak (ikut kesukaan korang)
Border: (kotak kecil kat tepi) boleh tukar right or left
Transform rotate: ( ukuran sengit bila cursor menyentuh) boleh tukar jadi 6, 7, 8
#000000 : tukar colour ikut korang suka [code warna]  >> SINI <<

5. Kemudian korang kena cari code nie pula (tekan ctrl+f serentak untuk cari code)
</body>
6. dah jumpa?? baiklah copy dan paste code dibawah ini sebelum code </body> tadi
<div style='display:scroll; position:fixed; top:150px; left:-40px;'>
<div id='list8'>
<ul>
<li><a href='URL BLOG'>Home</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
</ul>
</div>
</div>

warna Ungu : letak URL korang sendiri (http://www...............)
warna Pink : Letak tajuk (ikut suka korang)
position fixed : adjust tinggi tau 

7. dah buat??...try buat dulu k...dah siap..PREVIEW dulu dan SAVE kalau tak menjadi tanya yek =)









。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selamat Datang Intake UPSI september 2012/2013





Assalamualaikum dan salam sejahtera..
macam biasalah miss honey akan mulakan sesi entry kita pada kali ini dengan ucapan salam dahulu
jawab jangan tak jawab yek..
tak jawab dosa...!!!

entry kali ini miss honey akan fokuskan pada pengambilan student baru
UPSI ambilan september 2012/2013

tadi miss honey saje lah buka fb....
amboi ramainya adik-adik nie nak tahu pasal UPSI
yek
memg kelakarlah miss honey bace
GOOD JOB korang
bagus sangat sekurang-kurangnya ilmu pengetahuan korang bertambah
dan  jalinan dengan senior n junior akan bertamba mesra mudah-mudahan..
INSYALLAH..

ACTUALLY ....
miss honey buat entry kali nie khas untuk korang
tanda penghargaan korang kerana berjaya menempatkan diri di UPSI.....
tepuk tangan untuk diri sendiri yek.... =)

macam2 soalan yang di tanya pada miss honey ehheheh
waktu  miss honey mula masuk pun macam2 juga serba serbi nak tanya
nak tau???

jom miss honey akan terangkan serba sedikit ..
PTPTN saya tak lengkap macam mana nak isi tak tahu takut salah pula
jwpn: jgn risau yek kalau tak tahu isi jew mana tak tahu.yang tak tahu..nanti minggu orientasi akan ada taklimat dari wakil PTPTN time2 boleh tanya dan isi
PTPTN nie nak kena pos kan ker lepas isi??
jwpn: tak payah nanti ada wakil PTPTN akan datang semak n mereka akan kutip by hand.
WPP itu apa??? nak kena tunaikan ke tak??
jwpn: WPP nie Wang Pendahuluan Pelajaran...korang boleh guna duit nie untuk beli persiapan barang-barang nak masuk u or nak beli apelah2 termasuk nak bayar yuran pengajian..WPP akan diberi dalam bentuk cek kalau nak guna tunaikan kalau taknak boleh poskan balik benda2 kat PTPTN...
tapi diingatkan bila korang dah tunaikan WPP nie nanti setiap sem duit ptptn korag akan di potong sedikit tau..bagi mengantikan WPP korang guna2
kenapa tak boleh mohon biasiswa JPA...habis nak mohon biasiswa apa?
jwpn: korang tak boleh mohon JPA sebab biasiswa2tak terbuka untuk UPSI..di UPSI kita da biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)
macam mana nak mohon..
jwpn:  nak mohon kena ada result sem sebelumnya, makna kata korang boleh mohon start sem 2..TAPI biasisa nie tak dibuka untuk semua kursus...nak mohon kena dapatkan pointer 3.5 dan keatas dan lulur 2 temuduga (ujian bertulis dan interview)

itulah serba sedikit persoalan ...banyak lagi yang tanya...tapi dok larat dah deh miss honey nak menaip

sebagai bakal mahasiswa UPSI korang kena tahu link nie tau

untuk tahu segala pasal upsi maklumat n pengumuman..
nak tahu result korang nanti
MYSIS
Bahagian akedemik UPSI
UPSI AKEDEMIK

Pesanan miss honey
 nanti pandailah korang jaga diri jangan lupa daratan n jangan lari pada pegangan agama, ikut kawan-kawan yang boleh membantu kita di dunia dan akhirat

p/s: kalau korang da pe2 soalan nak tanya lagi...sila lah komen or tanya k...insyallah miss honey akan jawap kalau miss honey tahu ...take care dear {。^◕‿◕^。}
 





。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 5 Ogos 2012

tak sabar nak jumpa mereka :Kursus for Duta Universiti



Hai ASSALAMUALAIKUM
hari ini miss honey tak bercadang nak tulis tutorial blog or  islamik
JUST today 
miss honey nak cerita sikit-sikit mengenai jadual kursus..
HAH kursus ape???
Kursus for Duta Universiti NBOS 4
so entry kali ini just miss honey fokus kepada 
duta-duta yang bakal mengikuti latihan tersebut..
miss honey tak bercadang nak tulis panjang pasal pengisian dalam kursus tersebut
yang itu bukanlah kepakaran miss honey..

ok lets go sayang
ape yang miss honey nak story adalah mengenai 
perkara yang tersirat
ape yek???
baiklah melalui program kali ini miss honey dapat kita dapat menjalinkan silaturahim antara duta-duta dari negeri lain
kita dari pelbagai bidang dan universiti diharap kita dapat sama-sama menjayakan program kali ini, secara tak langsung matlamat kira bagi memajukan kawasan luar bandar dan menjadi agen antara kerajaan dan luar bandar dapat dilaksanakan dengan jayanya
miss honey tahu senior-senior dalam DU nie ramai yang berpengalaman so, miss harap mereka dapat berkongsi ilmu dengan junior macam miss honey yang serba serbi tak tahu (ececeh merendah diri tahap gaban lah pula)
kali ini kita semua duta-duta dapat  berpuasa dan berbuka same-same.....wah its realy OWESOME!!!
bukan senang kita nak dapat peluang macam nie????
yang paling penting  miss honey betul-betul tak sabar nak jumpa kamu semua ;)
senior-senior yang miss honey kenal as kak hajar, abg sham,abg syafarees, kak farah, kak dayah, kak dila, dan ramai lagi...korang memang terbaik..
dan ucapan yang tak terhingga  buat puan Dayana (Puan D), dan kak Lisa yang bertungkus lumus bagi menjayakan program yang kita akan sertai kali ini

wah entry ni ala-ala wakil rakyat nak bagi ucapan aluan pula...
ehh mana ada tau just kadang-kadang suka sangat nak tulis pasal korang semua..

pasal latihan di AKEPT nanti nantikan miss honey tulis di entry yang lain yek...
nantikan .......

nah bagi yang tak dapat jadual nie sila lah korang terjah bawah...nie puan D dan kak Lisa yang bekerja keras untuk kita semua yang buat kan.....

(tekan gambar untuk lebih jelas)

tetiba pula rasa nak upload gambar adik-adik group 13
program educate malaysia di gopeng siri 2
hehhheh 







。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 2 Ogos 2012

Sebab Lelaki perlu memilih guru sebagai isteri



6 Sebab Kenapa Seorang Lelaki Perlu Memilih Seorang Cikgu Menjadi Isteri


1. Hidup Berjadual.



Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.



5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.



6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.



7.10 pagi : Sampai sekolah.



7.30 pagi : Mula kelas.



10.10 pagi : Rehat



10.30 pagi : Masuk kelas lagi.



2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?



Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.



Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)



Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam



Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.



Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama



Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?



Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.



Nak bagi markah, ada skema jawapan.



Pakaian ke tempat kerja, ada etika.



Nak tanda kertas, ada garis panduan.



Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.



Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.



Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.



Bila boleh nak menipunya.



Nak berpeleseran?



Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?



Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”



Gila kau.



Mana nak sempat lupakan suami begitu?



Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan



Semua kerja ada tekanan.



Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.



Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?



Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.



Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.



Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.



Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.



Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.



Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.



Aku : Kau nak yang macam mana?



Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.



Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?



Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.



Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?



Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.



Aku : Amboi kau.



Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.



Aku : Kenapa?



Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)



Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.



Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.



Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.



Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”



Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!




Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.




Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers