Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Sabtu, 29 Disember 2012

Nak bertudung labuh??bagaimana caranya



“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]

Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru ‘dipanggil’ pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3:
1.      Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah.
2.      Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali ‘terpikat’ dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.
3.      Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.

Baiklah kali ini miss honey akan berikan tips bagaimana bagi memulakan untuk memakai tudung labuh.secara jujurnya ini dari pengalaman miss honey sendiri.dahulu miss honey pakai tudung dan shawl lilit juga. tapi ALHAMDULILAH sekarang dah berbeza. nak tahu macam mana jom baca di bawah

  •     Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
  •    Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah
  •      Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
  •      Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
  •     Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
  •       Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
  •      Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
  •      Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? 
  •       Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
  •        Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.
Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.
Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.

p/s: miss honey ada menjual tudung sarung bidang 60 buatan miss honey sendiri siapa nak bolehlah inbox FACEBOOK MISS HONEY...

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Mengapa kita ditemukan dengan orang yang salah



ASSALAMUALAIKUM DAN HAI-HAI
dalam minggu nak exam sempat lagi miss honey update blog...
baiklah tadi miss honey ada berbicara mengenai Bagaimana seorang muslimah nak mengenali bakal suami...opss tak baca lagi?? baca SINI.

Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan yang miss honey boleh berikan kepada yang berlaku kepada anda..
  • 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada RASA SYUKUR DENGAN KETENTUANNYA
  • 2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat MENJADI PENILAI YANG BAIK.
  • 3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH.
  • 4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • 5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
  • 6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat MENGUTIP PENGALAMAN yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • 7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • 8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • 9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Cara seorang muslimah mengenali bakal suami


Nak kenal bakal suami atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya.


Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?


Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.

p/s: selamat menghayatinya...dipetik dari kata-kata Ustazah Fatimah Syarhah


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 22 Disember 2012

Hey!! Korang betul tak nie....


ASSALAMUALAIKUM dan Hai-Hai
baiklah malam nie miss honey akan show picture pasal pengalaman sebagai student terutamanya yang belajar di universiti

ada yang pernah buat, mengalami tak benda macam nie....

hhahahha baik korang engaku cepat...










p/s: sorry tak tulis panjang..mata asyik mengantuklah pulak...bye ASSALANUALAIKUM


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sebab perlu kawen awal



Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.

Ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda. Salah satu alasan mereka,ingin mengelak dari perbuatan maksiat dan terkutuk.Kepada pembaca blog aku sekalian, aku tulis artikel ini bukan bermaksud aku ingin berkahwin pada usia yang muda ye. Haha! Entry ini merupakan pandangan aku terhadap kahwin muda ini. Mungkin juga boleh dijadikan sebgai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada mamat-mamat ataupun minah-minah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.

Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!


Antara sebab kenapa perlu kahwin muda


1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T



9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh


Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.


Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..


11.Dapat menantu perempuan cepat.

Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita..

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Hukum mencukur / cabut bulu kening



bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah S.A.W. yang menjelaskan hukumnya.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri. 

Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan. 

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan. 

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu." 

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. 

Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah. 

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka(kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. 

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya. Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah. 

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah. 

Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening. Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul. 

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias. 

Harus diperhatikan di sini ayat yang 'diboldkan'itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’. 

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin : Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda, 

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124) 

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut. 

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. 

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah. 

Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita. 

Wallahu‘alam.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Salah Wanita Kah???



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 19 Disember 2012

Fahamilah diriku



Mereka kata aku USTAZAH kerana aku sentiasa bertudung labuh..

Mereka kata aku SOLEHAH kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...




TAPI..
Jauh di sudut hatiku,
Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI..

Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN..
Kadangkala aku TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
SEBAK HATI tatkala aku terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku? ='(


Allah, Allah, Allah, Allah

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

KURSUS DUTA YSS KE VIETNAM,KEMBOJA DAN LOAS


ASSALAMUALAIKUM dan Hai-hai
sekali lagi kita bertemu dalam segment merapu meraban miss honey....
hehheeh tak adalah miss honey melawak ajew...baiklah

kali ini miss honey akan story pula cerita miss honey kena ke KURSUS YSS bagi pemilihan misi ke Vietnam...
kursus kali ini miss honey jumpa ramai sangat student yang hebat2 dari pelbagai Universiti yang turut sama hebat....'

ada yang bekas MPP, PENGERUSI KELAB, MPP, dan macam 2 lagilah

wah...wahh memg hebat2 kalian....patutlah korang terpilih untuk ke kursus ni yek....
almaklumlah korang akan terpilih bagi mewakili student universiti keluar negara bagi menjalankan
misi sukarelawan terutamanya bagi negara-negara dunia ke-3....dalam program ini yang di sertai oleh lebih kurang 40 orang pelajar universiti akan dipilih untuk ke beberapa misi ke luar negara seperti vietnam, loas dan kemboja

buat pengetahuan kawan-kawan dalam kursus ini miss honey jumpa ramai orang hebat2....
contohnya miss honey jumpa WAN HAZMAN....korang kenal tak WAN HAZMAN nie...

tak kenal??? alah janganlah bagi malu miss Honey...
baiklah miss honey akan cerita serba sedikit mengenai si dia nie.....WAN HAZWAN kalau korang nak tahu beliau merupakan pencentus idea kepada kad diskaun siswa 1 Malaysia yang korang guna sekarang ini..
untuk maklumat korang juga, beliau merupakan bekas YDP MPP KEBANGSAAN.....ha??? hebat bukan...
yang paling menarik lagi mengenai beliau, walaupun sebuk sebagai pelajar yang aktif tapi akedemik boleh gred dengan pointer 3.93......wahhhh miss honey rasa nak menjerit dengan.....hebatnya budak nie....
kalau miss honey...ermmmm jawabnya...............??????????????//

nak tengok rupa WAN HAZMAN.. nah ini dia...


baiklah selain itu juga miss honey dapat juga jumpa ramai lagi orang hebat2....
nak tahu tengok bawah yek...

\

nak tengok sarapan miss honey???

jangan terkejut sudah yek...





baiklah miss honey saje nak tunjuk kat korang plak gambar kitorang sepanjang program hehhehe..

tertiba plak sakit kepala..adoi........k lah nak blah dulu..

bye ASSALAMUALAIKUM






。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

FORUM SEJARAH di Universiti Malaya



ASSALAMUALAIKUM DAN HAI...HAI


hari ini entah apa mood miss honey...
semua yang terlintas dalam hati miss honey akan miss honey update dalam blog miss honey

baiklah tertiba sekali lagi miss honey teringat pasal 
FORUM SEJARAH di UM
forum ini diadakan dengan kerjasama  UM, UKM, UIAM, UPSI..
forum ini telah di adakan pada 15/12/2012..

wakil panel yang dipilih berdasarkan setiap tahun iaitu tahun 1, 2 dan 3....

so, nak dipendekkan cerita miss honey mewakili UPSI bagi menjadi ahli panel bagi tahun 2,,,,,
wahhh wahhhh seronok bangat...untuk pengetahuan korang, 
ini adalah kali ke-2 miss honey mewakili PERMAS (Persatuan Mahasiswa Sejarah)
bagi forum untuk ke UM...(Buat muka riak dan Bangga)

hahhahahahah dah-dah tak payah nak riak sangat lah miss honey oiii
nanti ALLAH murka,... apapun tak dapat...

baiklah pada kali ini miss honey akan kena bentangkan forum bertajuk
"sumber lisan satu solusi atau kontroversi"

ha mencabar tak???hehhehehehe

bagi miss honey sumber lisan akan dianggap sebagai satu solusi jika kita mengambil pendekatan sebagai salah satu penyelesaian dengan mengambil pandangan ramai pihak. seperti mana yang kita sedia maklum sumber lisan tidak dapat tidak akan ada sumber tokok tambah, jadi bagi memastikan sesuatu benda tersebut sahih, kita perlulah mengambil pandangan dan sumber dari pihak yang bertentangan, maksudnya kita ambil pandangan semua pihak..baru kita kaji sama ada bertepatan atau tidak dengan dokumen, surat perjanjian atau apa-apa sahaja yang membantu kajian kita.....
jika menjadi kontroversi pula bila kita hanya mengambil pandangan sebelah pihak sahaja dan kita bias serta membuat pengadilan moral..bagi memastika sesuatu sumber itu tepat atau tidak kita perlulah buat kritikan dalaman dan luaran

nak tengok tak gambar kami sepanjang program...moh terjah sikit..








baiklah
ASSALAMUALAIKUM




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

apa themes blog miss honey 2013


ASSALAMUALAIKUM...selamat sejahtera

wah pagi2 nie miss honey bangun tidur ajew...
pusing kanan, pusing kiri,
ukur keliling rumah tak tahu baat apa...
inilah kalau gara-gara asgment dah tak ada nak kena buat..
btw tertiba miss honey terfikir apa tema miss honey untuk tahun baharu yang tak lama lagi nie...

tahun 2013.
mestilah ada perubahan kan kat blog miss honey....
tapi apa yek ahhhhh tension nyerr...
miss honey ingat nak tukar colour blog..
asyik blog miss honey, pink, puple...warna yang sama ajew macam warna tema bilik miss honey plak....

so, tertiba ajew ini menjadi asgment miss honey yang terbaru..
tapi tak bestlah kan kalau sorang-sorang ajew buat benda nie...
jom tolong miss honey memikirkan colour miss honey patut jadikan themes tahun 2013....
bagi mengantikan tema tahun 2012 nie...



plezzzz help mee........
sikit info
  • miss honey tak suka letak gambar sendiri sangat, mcm blogger lain miss honey suka letak gambar cartoon terutamanya yang muslimah cute miut
  • miss honey cintakan kelembutan...tak suka warna pink TAPI semua barang miss honey pilih akan warna PINK....hahahahha otak dah senget
  • umur miss honey tahun depan 2013 dah 22 tahun, so korang kena lah fikir yang sesuai dengan umur miss honey
  • miss honey suka yang islamiksikit tapi still lagi nak yang cute,comel,hahhahaha
k lah nak fikir asgment baharu nie...

k tatata

ASSALAMUALAIKUM

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

SAYA DAH ADA ANAK....ALHAMDULILAH


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera....

ALHAMDULILAH ...SYUKUR ALHAMDULILAH...bertambah lagilah zuriat keturunan tok wan ku....
miss honey dah selamat bersalin...anak lelaki....
wah2 comel tak nak tengok tak jab eakkkk..
nie miss tunjukkan gambar si kecilku selepas mandi...


ha comel tak si kecil miss honey nie.......

rasa bahagia sangat dapat baby baharu.....geram sangat nak gigit kaki dia......
alah tak cantik pula miss honey tunjuk gambar dia tak berbaju...
adoi malu... aurat...aurat...baby malu....

tarar kejab yek kita tengok gambar dia berbaju plak yek...
ala tomey-tomey anak mummy nie


ha comel kan...

AIBBB....mana ayah nya???

ermmmmm...ermmmmm..
ayahnya tak ada....

wahhhh malu-malu...
apalah miss honey nie...miss honey lupa miss honey mana kahwin lagi...
macam mana boleh terkeluar seketul baby plak...

nie sah senget sekejab otak miss honey nie...

HAHHAHAHAHAHAH (gelak jahat lagi)
kalau korang nak tahu inilah anak sedara miss honey...

apa macam comel tak.....
siap bebedak sejuk lagi...
hahahhaha moga-moga miss honey dapat anak comel macam nie...
fuhh kanan fuhhh kiri....
aminnnnn...

k lah sampai di sini sahaja miss honey berceloteh...
jumpa lagi


ASSALAMUALAIKUM

P/S: mesti korang herankan kenapa miss honey tak bagi tahu korang nama baby nie kan...hahahha nak bagi tau macam mana nak bagitau miss honey sendiri lupa nama anak sedara sendiri....biul betul punya mak sedara....anak sedara sendiri pun boleh lupa...nasib kaulah baby...hehehehe






。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers