Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Rabu, 29 Mei 2013

Apa harus aku buat ni!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

apa khabar sekalian
minggu depan miss honey dah ada imtihan
doakan miss honey dapat pointer lebih baik dari sem lepas yek
harap dapat 3.5 keatas lagi kalau boleh nak 4.00 tapi ermmmm boleh ke???
hehehhehe berangan pula.

baiklah malam nie miss honey sempat tulis sedikit entry untuk di kongsi bersama korang
malam ni miss honey ada taklimat kursus bagi kemasukkan pelajar diploma ambilan julai
huhuhuhu
baiklah miss honey  macam biasa akan story sedikit pasal citer miss honey
macam korang pernah tau miss honey ada masalah kan...
erm tak tau apa masalahnya...
baiklah baca entry DI SINI.
Miss honey betul-betul buntu
di saat si dia meninggalkan miss honey
miss honey cuba kuat untuk teruskan hidup
miss honey selalu tertanya tak layak ke miss honey untuk dia
untuk menjaga hati miss honey
miss honey sudah tak contact dia dah
kenapa??
entahlah miss honey rasa dengan cara tersebut lebih baik untuk jaga hati miss honey
tipulah kata tak rindu kan
rindu tapi hanya mampu doa kat ALLAH moga ALLAH lindung si dia.
Family miss honey dan family dia pujuk untuk tenangkan hati miss honey supaya sabar
mak si dia cakap akan jumpa si dia untuk bincang hal ini
family miss honey pula cuba bawa bincang dengan dia
tapi saat ini dia tak pernah respon
cuba dia ada cakap kat miss honey dia akan kawen dengan miss honey
bagi diri miss honey pula
memang miss honey tak berhubung lagi dengan dia
miss honey diamkan aja
Family dia suruh miss honey sabar dahulu mereka akan pujuk dia...
tapi bagi miss honey mungkin miss honey akan dapat dia kembali,
tapi hati dia bukan untuk miss honey dah
memang miss honey sayangkan dia
tapi miss honey sayangkan ALLAH lagi
miss honey nak sangat berhubung dengan dia...
tapi miss honey takut ALLAH marah
miss honey tahu ALLAH sayangkan miss honey
bila miss honey selalu berhubung dengan bukan mahram 
ALLAH akan tarik orang tersebut untuk kita ingat ALLAH balik
tipu lah kalau miss honey cakap miss honey tak rindu
orang yang kita sangka akan menjadi perlindung kita 
tiba-tiba ada perempuan lain
hancur berkecai hati miss honey
family miss honey cuba pujuk miss honey untuk jodohkan miss honey dengan seorang ustaz di tempat miss honey
seorang ustaz yang baru balik dari mesir dan mengajar di sebuah sekolah agama
berumur dalam 24 ke 25 beza 2 or 3 tahun sahaja dari miss honey
maaf miss honey tak pernah jumpa, tengok atau tahu siapa ustaz tersebut
mak miss honey dah cuba kenalkan miss honey dengan ustaz tersebut
ustaz tersebut pun sudah ada nombor miss honey kerana mak miss honey suruh kenal-kenal dulu
tapi saat ini kami tak pernah berhubung
dan yang paling penting
miss honey tak ada hati untuk menjalinkan ustaz tersebut
entahlah miss honey buntu

miss honey sayangkan si dia lagi
sebab sayang miss honey diamkan diri dan tak berhubung dengan si dia
miss honey cuba nak dekatkan diri dengan ALLAH
miss honey nak jadi isteri solehah jika dia setuju untuk kami berkawen
tapi macam mana kekasihnya???
miss honey hanya mampu senyap dan diam aja
tidak pernah gangu hubungan mereka...

makin miss honey cuba nak dekatkan hati dengan ALLAH 
makin banyak pula lelaki yang datang untuk meminang miss honey
tapi maaf saudara semua
saya seorang yang setia
tidak mampu melupakan seseorang dengan mudah

Ya ALLAH AKU BUNTU!!!
apa harus miss honey buat
minggu depan ada IMTIHAN untuk akhir semester pula


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

1 ulasan:

hasniza hamzah berkata...

BANTULAH MISS HONEY

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers