Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Jumaat, 28 Jun 2013

Izinkan saya berzina Pakcik!





Izinkan, izinkan saya berzina dengan anak pakcik please 




Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

;; ALLAHUAKBAR :')

3

* gambar selepas akad nikah, mudah lagi dipermudah, teguhlah dalam pendirian agama 



* kebanyakkan pasangan ( lelaki ) yang tidak punyai kekuatan untuk kearah perkahwinan, sila BATALKAN hasrat untuk mengenali siapa pasangan anda, anda tempah KELEMAHAN dan DOSA 

akan tetapi pasangan yang terus menerus ke arah perkahwinan, tahniah , bantuan Allah swt kepada kamu akan terus menerus, yakinlah, pelihara diri untuk masa depan yang lebih romantis dan diredhai Allah swt

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Bila Aku Berbicara Tentang Cinta




Ya Allah….
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang menjadi sebahagian hidupku
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi untuk-Mu
Dan mengetahui bagi siapa dan untuk siapa ia hidup,
Sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang yang memiliki hati bijak bukan hanya otak yang cerdas,
Seseorang yang tidak hanya memujaku, tetapi dapat juga menasihatiku bila salah,
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan karena kecantikanku, tetapi karena hatiku,
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa dihargai sebagai seorang wanita kala berada di sisinya,
Aku tidak meminta seorang lelaki yang sempurna,
Namun aku meminta seorang lelaki yang tidak sempurna sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

---------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah….
Buatlah aku menjadi seorang lelaki yang dapat membuat seorang wanita bangga
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,
Bukan mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikanlah aku mata-Mu, sehingga aku dapat melihat banyak hal dalam dirinya
Berikanlah aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata bijak dan pemberi semangat,
Sehingga aku selalu dapat mendukungnya setiap hari
Berikanlah aku bibir-Mu, dan aku akan selalu tersenyum kepadanya
Kami bersyukur kepada-Mu yang telah mempersatukan kami
Telah memberi kami seorang yang dapat melengkapi hidup kami menjadi sempurna
Dan Engkau mempertemukan kami pada waktu yang tepat,
Yang akan membuat segalanya indah pada waktu yang Engkau tentukan.

----------------------------------------------------------------------------------
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu
-----------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
Telah bersatu salam dakwah pada-Mu,
Telah berpadu dalam membela syariat-Mu,
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalan-jalannya,
Penuhilah hati kami ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar,
Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakkal di jalan-Mu..

-----------------------------------------------------------------------------------
Aku adalah bintang terang
Melintas di antara ribuan cahaya
Aku adalah matahari
Hangatkan jiwa yang beku
Andai kau tau
Tubuhku disiram kasih sayang
Ku bagi hangatnya
Lihat aku…
Bahasa hatiku terdengar merdu
Senandung berirama
Terdengar dari puncak bahagia

Persembahan hati satu dari kesetiaan diri
Dituang dalam cawan cinta
Diteguk para bidadari
Bila kau teguk isi dari cawan itu
Maka mereka menuntunmu ke taman bunga
Aku di sini, ada untukmu
Raihlah daku, kau akan rasakan betapa aku sayang kamu
Tatap mataku, lihatlah di dalamnya terdapat cinta

----------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah, andai Engkau berkenan, limpahkan kepada kami,
Cinta yang menjadikan pengikat rindu antara Rasulullah dan Khadijah Al-Qubro,
Yang Engkau jadikan mata air kasih sayang antara Ali r.a dan Fatimah Az-Zahra,

Ya Allah, andai hal itu layak bagi kami, maka cukuplah doa kami dengan redha-Mu
Untuk jadikan kami sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat..
Saling menjaga kehormatan di kala jauh..
Saling mengingatkan di kala senang..
Saling menguatkan di kala susah..
Saling menyempurnakan dalam ibadah..
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..

Ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini
Sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu

Ya Allah…
Aku tidak meminta orang yang sempurna,
Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna,
Sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu

Seorang yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seorang yang membutuhkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 13 Jun 2013

Ditangkap Khalwat Budak Sekolah Selama Perak?sekolah mana?






MERUJUK KERATAN AKBAR  SINAR HARIAN

10 Jun 2013

KULIM - Polis menahan tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan, berusia di antara 16 hingga 17 di dalam pondok rehat di Taman Tasek Kulim kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika ditahan ke semua terlibat berada dalam keadaan gelap manakala pelajar perempuan berkenan dilihat sedang baring di paha teman lelakinya.

Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar.

Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali.

“Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya.

"Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu.

"Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri,” katanya.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, dari kenyataan diambil keluarga pelajar perempuan mendapati dia sering keluar bersama teman-teman dan enggan mendengar nasihat keluarga.

“Saya berpendapat sekiranya ada dalam kalangan remaja perempuan bawah umur terutama pelajar sekolah terlibat dalam perhubungan sosial sehingga menjejaskan maruah mereka, saya cadangkan supaya mereka dinikahkan dari terus melakukan zina.

"Ibu bapa boleh membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak perempuan mereka. Dengan cara ini saja mereka berada di laluan yang betul dan belajar erti tanggungjawab,” katanya.

p/s: Nauzubillah terkejut miss honey dengar berita ni..Ya ALLAH moga mereka ini diberi hidayah. muda lagi dik oii..panjang lagi masa depan. semua yang adik wat ni nikmat sementara aja..memang adik kalau nak diikutkan rasa sayang semua orang sayang pada hamba ALLAH yang lain. sayang, cinta itu adalah lumrah adik. namun harus disalurkan di jalan yang betul, kalau tidak adik akan menyesal di kemudian hari. pentingkan pelajaran dulu dik. kalay tak sayang dekat diri adik pun. sayanglah dekat bakal2 anak adik yang bakal nak lahir.zuriat korang mesti perlu jadiinsan yang terbaik, sebelum jadi terbaik mereka juga memerlukan ibu bapa yang baik bagi memimbing mereka.. sekolah Selama , Perak?? mengucap miss Honey..harap sangat bukan budak Sekolah Dato' Haji Hussein. sekolah kebangga miss honey dik.selama 7 tahun miss honey sekolah2 INSYALLAH nak berbakti menjadi pendidik di situ juga. adik jangan cemari nama sekolah dik..akak sedih sangat =(

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 12 Jun 2013

Orang Selama Temui ajal di Kebun Pisang





12 Jun 2013
SELAMA – Seorang pekebun terkejut apabila menemui mayat warga emas di kawasan kebun pisang berdekatan pemancar Digi, di Redang panjang satu kilometer dari rumah mangsa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Hasan Awang, 71, ditemui pekebun berkenaan yang kebetulan berada di kawasan itu dan terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Seperintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan masih lengkap berpakaian, selain mempunyai parang panjang di sisi sebelah kanannya ketika mayat ditemui.

Menurutnya, difahamkan mangsa mati mengejut akibat serangan jantung ketika menebas di kebun miliknya.

“Kami mendapati masih ada kesan semak yang ditebas mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Wan Jamil berkata, mangsa tinggal di Perumahan Awam Redang Panjang dan dimaklumkan kali terakhir dilihat jiran pada Ahad lalu ketika menghadiri satu majlis kenduri pada waktu tengah hari.

Jelasnya, mangsa dipercayai keluar ke kebun berkenaan pada waktu petang selepas menghadiri kenduri.

"Mangsa ke kebun dengan menunggang motosikal dan diletakkan berhampiran sebuah pondok.

“Malah difahamkan mangsa sebelum ini pernah mengalami strok dan sakit jantung,, Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Wan Jamil berkata, mangsa tinggal berseorangan selepas kematian isteri manakala anak-anak tinggal berasingan selepas mendirikan rumah tangga.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat,” katanya.

AL-FATIHAH

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 11 Jun 2013

Bicara tentang hati



Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah.  Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.
Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit.  Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan.  Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya, dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Surah Yusuf 12:53).
VIRUS DOSA
Seumpama penyakit lahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati.  Ada virusnya yang tersendiri.  Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.
“Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati tidak secara mendadak.  Ia akan merosakkan hati secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat.  Kejahatan itu bukan satu kebetulan.  Ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan lahan, tahap demi tahap.
—————————–
ADA EMPAT TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI MANUSIA

1.     Rasa Bersalah Dengan Dosa
Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.  Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.  Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini).
Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah.  Kesalnya bukan main.  Sesalnya sungguh merimaskan.  Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusa seolah olah berperang dengan dirinya sendiri.
2.     Rasa Biasa Dengan Dosa
Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa.  Rasa bersalah tidak akan datang lagi.  Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang.  Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi.  Alah bisa tegal biasa.  Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa
3.     Rasa Seronok Dengan Dosa
Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan.  Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.  Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.  Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati.  Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah.  Bagi dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh didalam hati.
4.     Jadi Pembela Kepada Dosa
Nafsu tidak pernah puas.  Kehendaknya tiada batas.  Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.  Usahanya tidak pernah kendur.  Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.  Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat.  Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.
Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si “toxic people” ini sebagai sesuatu yang indah, seronok, dan menguntungkan.  Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta.  Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah.  Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.
Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Isra’ 17:72)
————————
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT HATI
Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya.  Rasullullah SAW menjelaskan hati itu bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak.  Simpang siur dan turun naiknya begitu unik.  Kekadang ia sihat dan baik  bagaikan fitrah asalnya.  Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.
Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit?  Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.
Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).
Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak.  Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa  kita telah “tercabut”.
Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain.  Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit.  Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.
JALAN MUJAHADAH
Hati yang sakit wajib dirawat.  Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat.  Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).
Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa.  “No pain, no gain”.
Itulah hukumnya.  Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.  Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah.  Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.
Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)
Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati.  Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini.  Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.
Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :
“Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
———————————————–
MARI KITA PERINCIKAN TIGA KAEDAH INI:
1.     Membaca Al-Quran
Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan.  Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya.  Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.  Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)
Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri.  Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri.  Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.
Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh.  Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)
Bagi mereka kehidupan adalah sempit.  Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya  menjadi sesat.  Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)
Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.

2.     Mendirikan Solat
Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat.  Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:
“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa.  Sebagai perbandingan, pakar pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan kepada orang yang kita sayangi, percayai atau hormati.  Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.
Ini dibuktikan secara saintifik.  Kajian menunjukkan manusia perlu didengar kata-kata dan rintihannya seperti ia memerlukan makanan.  Kata mereka, bila didengar ini akan melegakan perasaan rasa resah yang ditanggung.  Bijak pandai ada mengungkapkan “The first duty of love is to hear”- tugas cinta yang pertama ialah mendengar.
Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan.  Apa lagi jika kita solat, ini beerti kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.
Bukankah antara satu nama Allah SWT ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya.  Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.
Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.
3.     Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan mengingati mati.  Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati.  Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.
Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).
Jadilah insan yang bijaksana sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasullullah SAW, yakni mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.  Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah SAW hidup bahagia, tenang dan aman disamping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.
Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah.  Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran.  Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.  Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh.
Persediaan menghadapi mati menyebabkan ktia lebih produktif dan aktif dalam hidup! Sebaliknya melupakan mati akan mematikan hati.
sumber: Majalah solusi



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers