Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 24 September 2013

ALLAH sedang menguji diri ini.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Khaifahaluka sahabat miss honey...
rindu bertemu dan bersua sama-sama sahabat
mengikatkan lagi ukhwah persahabatan antara kita sebagai sahabat..


ALHAMDULILAH miss honey masih berada dalam keadaan sihat sejahtera.
mengenai topik miss honey hari ini " ALLAH SEDANG MENGUJI DIRI INI"
entah kadang -kala hidup kita banyak sangat cabaran dan dugaan yang terpaksa kita lalui,
serngkali merasakan ujian bertimpa-timpa...
macam-macam masalah yang menghuni diri ini..
apabila miss honey berbicara soal pelajaran...
entahlah pelajaran miss honey makin lama makin menurun....
daripada seorang pelajar yang bersemangat belajar kepada yang biasa-biasa aja...
miss honey kadang kala terlalu mengikut sangat dan melayan perasaan yang tidak sudah-sudah...
sebagai seoarang pelajar tajaan BIASISWA miss honey sepatutnya setiap kali semester WAJIB!! mengekalkan pointer, namun sebaliknya yang terjadi pula...
YA ALLAH terasa sangat lemah diri ini , apabila pelajaran mula terabai , apabila diri mula-mula menyebuk kan diri dengan perkara yang tak sepatutnya,,
apabila rakan-rakan tanya pointer malu miss honey nak beri tahu....sebab miss honey tahu kawan-kawan miss honey semuanya lebih baik....
kenapa yek???
sebab mereka mengutamakan apa yang penting dahulu..
tidak mencampur aduk semua sekali..
harapan miss honey biarlah semester ini miss honey dapat dekan,,,, INSYALLAH..rindu sangat pencapaian di masa dulu..
SAHABAT miss honey amat memerlukan bantuan kalian untuk diri ini terus bangkit dari kelalaian ini.
miss honey perlukan pembakar semangat..
ya kadang kala diri ini terasa amat lemah kerana sering kali bersendirian,
sebab itulah hidup dalam berjemaah adalah semanis-manis UKHWAH kan sahabat kan...



apabila miss honey berbicara mengenai JODOH...
wah JODOH, bagi mereka JODOH adalah perkara yang manis,,
namun bagi miss honey JODOH merupakan perkara yang pahit untuk ditelan...
kenapa apa yek??
mungkin hati ini sering kali di kecewakan.hancur hati ALLAH sahaja yang tahu...
hati ini sering di main-miankan dan ditinggalkan begitu sahaja..
kadang-kala tiada guna pula,
namun, MASYALLAH miss honey perlu beristifar semua yang terjadi ada hikmahnya,
tetapi miss honey perlu yakin dengan hikmahnya.
kadang kala juga miss honey sering kali menyalahkan diri ini kerana sering sahaja mudah lembut hati dan patah hati...
mudah benar menyayangi insan lain...
sepatutnya miss honey perlu ambilnya sebagai pengajaran bahawa perkara ini dimurkai dan larang agama..
jangan mudah jatuh hati pada bukan muhrim dan jangan cepat mempercayai kaum adam ini....
pertahankan hati ini dengan perisai agama..JADI MUJAHIDAH SEJATI, dan yang paling penting need ISTIQAMAH...
kerana apa ???
sebabnya Dunia ini Syurga bagi yang tidak beriman dan penjara bagi yang beriman..
MUJAHIDAH itu amat payah kerana SYURGA itu amat INDAH.
jadi diri ini harus bersabar..
YA ALLAH bantulah miss honey supaya dapat beristiqamah kejalanmu YA ALLAH..
dan yang paling penting "JANGAN MEMBERI CINTA SEBELUM TIBA MASANYA"
KERANA CINTA umpama buah, buah yang belum masak ranum jika di jolok pada pokoknya pasti akan cepat busuk dan tak boleh makan, namun jika buah itu gugur sendiri apabila tiba masanya.
pasti sedap di makan..
kadang kala juga,sejujurnya miss honey kadang kala tidak suka akan pergi majlis perkahwinan.. entahlah mengapa diri ini sukar untuk menerimanya..
sedangkan majlis perkahwinan merupakan salah satu majlis yang mendapat rahmat ALLAH jika majlis itu memenuhi syariat yang di patuhi.
mungkin ini kerna hati ini terlalu luka dan sukar di ubati.
hanya ALLAH sahaja dapat menyembuhkannya

apabila miss honey di utarakan mengenai kerja..
rakan-rakan miss honey sering kali bertanya...
"tak penat ke kerja, siang pergi kerja,sampai malam,,dalam masa yang sama juga turut pergi kelas, aktiviti persatuan tetap masuk, tak kesian ke kat badan2"
miss honey hanya mampu tersenyum
sayang semua... penat dan letih merupakan lumrah kita sebagai mahkluk ALLAH...
tipulah jika miss honey kata miss honey tak penat kan...
hanya ALLAH sahaja tahu penatnya apabila terpaksa melakukan semua sekali dalam satu masa..
tapi miss honey kena INGAT!!!! its ur choice. so STOP dari complain yang bukan-bukan...
so miss honey buat aja.
salah satunya paling utama miss honey nak belajar hidup berdikari dan tidak mengharapkan duit ibu bapa. ada masa tolong juga bu bapa dengan perbelanjaan rumah
yang keduanya... di sebabkan hati miss honey terlalu hancur dan tidak mahu memikirkan cinta... Miss honey ambik keputusan untuk sebukkan diri dan melakukan kerja sehingga miss honey terlalu lelah untuk memikirkan perkara yang melibatkan perasaan...
thats why kadang kala kawan-kawan miss honey nampak miss honey macam anti lelaki or cinta..
ahhh biarlah mereka dengan pandangan mereka..
sejujurnya miss honey sudah penat melayan kerenah manusia

NOW!!! apa yang paling penting, miss honey akan kerja keras sambil study...lupa masalah yang melibatkan hati.. ahhhh lupakan miss honey u can do it
gengam ijazah!!!! balas jasa parent dulu...kalau bab calon suami...alah tak payah fikir sangat lah. kalau tak ada di dunia di akhirat kan ada...moga-moga bertemu jodoh yang baik-baik sahaja.
tipulah kalau miss honey kata miss honey tak ada perasaan nak bercinta..
of couse dear i have too.... namun miss honey nak bercinta dengan encik suami miss honey aja...
kerana cinta sebelum kawen adalah lakonan berlaka..
betul tak???
tapi calonnya???siapa yang rasa nak memperisterikan diri miss honey moh cepat-cepat masuk meminang. insyaALLAH jika itu jodoh kita, miss honey terima (wah macam ayat offer diri pula-saja gurau aja yek, dont make it seriously)
miss honey
INGAT SETIAP UJIAN ADALAH TANDA ALLAH SAYANG PADA HAMBANYA...


Surah Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

p/s: plezz bantu miss honey dengan tinggalkan komen anda di bawah....
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

1 ulasan:

Fz27 berkata...

jangan lah sedih....

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers