Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Rabu, 30 Oktober 2013

Tips nak dapat Jodoh




"TIPS MENUNGGU DAN MENJEMPUT HADIRNYA JODOH"
  • 1. Jangan fokus pada siapa yang harus dipilih. Tapi fokus melakukan perubahan diri yang lebih baik agar pantas mendapatkan jodoh yang baik.

  • 2. Jangan menginginkan seseorang menjadi seperti yang kita harapkan. Tapi bagaimana kita boleh menjadikan diri seperti orang yang kita harapkan.

  • 3. Berusaha mempersiapkan diri untuk siap lahir batin serta berani menghadapi pernikahan  jika sewaktu-waktu jodoh telah hadir.

  • 4. Berusaha untuk tidak patah semangat dan trauma terhadap masa lalu yang kurang menyenangkan. Bukalah lembaran baru yang lebih baik mulai hari ini dan untuk hari-hari selanjutnya.

  • 5. Menjalin hubungan persahabatan dan persaudaraan sebanyak-banyaknya. Akan lebih baik jika banyak bergaul dengan sahabat yang baik. Siapa tahu jodoh kita berada di antara mereka.

  • 6. Jangan terburu-buru menilai atau memberi kesimpulan kepada seseorang itu tidak layak bersama kita. Keraa sejatinya jodoh itu akan hadir atas ridha Allah. Sedangkan kewajiban kita hanya berikhtiar.

  • 7. Jangan terlalu risau dengan usia. Di usia berapapun menikah tetap baik jika kita mampu mempertanggungjawabkan pernikahan tersebut di hadapan Allah. Bagi pasangan, keluarga besar serta masyarakat.

  • 8. Teruslah beriikhtiar dan berdoa. Kerana doa bisa mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin sesuai kehendak-Nya.
Ya Allah..Dekatkanlah jodoh orang yang membaca status ini.Tenteramkanlah hatinya.Lapangkanlah dadanya.Bahagiakanlah hidupnya.Luaskan rezekinya.Mudahkan segala urusannya.Kabulkan cita-citanya.Jauhkan dari segala musibah.Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar serta kemungkaran.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 29 Oktober 2013

Dilema Dosa Silam




Terkadang dosa silam melemaskan kita..dosa silam menyebabkan kita terfikir pantaskah kita menghuni syurgaNya nanti..syurga Allah luas..neraka Allah juga luas..siapa penghuni bagi syurga dan neraka yang luas itu..? Layakkah kita ke syurga..atau tergelincir ke pintu neraka.
Tatkala memikirkan ganjaran dan balasan Allah nanti..timbul pula rasa takut,gerun dan bimbang..kerana setiap apa yang pernah kita lakukan di dunia ..kebaikan sebesar zarah dan kejahatan sebesar biji sawi sekalipun akan dinilai nanti. Ini menggamit rasa perit dan pedih di hati kerana dosanya menggunung dan pahala pula hanya boleh dikira..Allahurabbi..
Terfikir juga di dalam hati kecil ini..kalau mati esok macamana nak hadapi soalan dalam kubur selepas ahli keluarga meninggalkan kubur kita dan kita pula berhadapan dengan si malaikat..? Apa persediaannya..apa jawapannya.. memang tak terbayang di akal peristiwa yang menuntun rasa GERUN di sanubari..roh ini meninggalkan jasad pada satu saat yang telah ditetapkan..tidak cepat sesaat ,tidak lambat sesaat.. ;"(
Jadi untuk menghilangkan keresahan ini,kita hadapi hari2 esok dengan persediaan mantap dan istiqomah dalam penghijrahan muslim muslimah sejati..jadikan hati ini rindukan syurga dan takutkan neraka. Lelahkan diri ini dengan zikir dan istighfar..biar kemanisan ibadah itu dapat dirasa dan di hayati dengan penuh keinsafan. Serikan malam2 kita dengan doa dan harapan kerana Allah menadah keampunan kita,menanti hamba2 nya berdoa penuh kekesalan.
Hiasi diri kita dengan cahaya iman,penampilan yang berbeza dari yang biasa2 kepada yang lebih terjaga. Dari berbaju pendek kpada berbaju labuh,dari bertudung pendek kepada bertudung labuh,dari bersolek tebal kepada solekan wudhu,dari terdedah lengan dan kaki kepada bersarung sempurna. Jaga diri kita dengan pakaian taqwa kerana itulah sebaik2 pakaian. Sekurang2 nya kita tidak disoal tentang aurat bila ditanya nanti kerana sedaya upaya kita jaga sebaiknya.
Buangkan rasa malu kita atas pandangan manusia,bukan pandangan mereka yang kita takutkan tapi pandangan Allah lah yang paling utama. Dahulukan Allah dalam tindak tanduk kita..pasti kita selamat dalam kepincangan dunia. Apa jua kata2 perli mereka,kita balas dengam senyuman..tunjukkan akhlak islam yang sebenar dan doakan mereka juga memilih jalan yang sama.
Tanamkan rasa sabar dalam meniti hari2 yang penuh cabaran kerana terlalu banyak fitnah yang menanti di luar sana. Walaupun sudah ditutup indah terpelihara ,ujian Allah tetap ada untuk hamba2 yang disayangiNya. Terimalah segalanya dengan berlapang dada..asalkan kita tidak berpaling dari kebenaran. Ujian untuk menguji keimanan. Ujian untuk menambah darjat seseorang hamba. Teruskan berhijrah dan perbanyakkanlah kebaikan agar kita akhirnya tergolong dalam penghuni SYURGANYA..

♡♥ KASIH SAYANG ALLAH UNTUK HAMBA YANG CINTA KEPADANYA♡♥
 
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Teguran ALLAH begitu indah




Hati ini merasakan payah menerima teguran..bukan tidak sukakan kebaikan tapi kurang senang dengan kritikan..maka disitu pujuklah hati..aku terasa pedasnya teguran kerana aku yang memakan cili itu..! Akulah yang menjadi sebab mereka menegur..cuba renungkan diri..lihat dari kaki ke atas,apa yang aku sarungkan..apa yang aku pakai..apa yang aku pamerkan dalam akhlakku.. ;")

Tidak ada salahnya merenung diri..atau boleh juga dikatakan muhasabah diri..mereka menegur kerana bimbang kita terus hanyut dengan kehebatan dunia mengalunkan kemewahannya..mereka menegur kerana mahu kita menjadi lebih baik dunia dan akhirat..mereka menegur kerana sayangkan kita..sayang kita wanita muslimah mawar2 mekar bakal bidadari syurga..bukan mahu merendahkan kita..walau ada diantaranya sangat kasar caranya,tapi cuba kita lihat asbab dan punca kita ditegur.. ;")

Sebenarnya kita kena bersyukur,kerana Allah yang menggerakkan hati seseorang untuk menyedarkan kita. Kita harus bersyukur kerana kita telah dipilih Allah daripada jutaan manusia yang masih lalai dan leka! Panjatkan juga kesyukuran kita kerana kita TERASA dengan teguran itu bererti kita tahu dimana salah kita..betulkan..?

Perbaikilah diri kita,jangan dilihat masa lalu..biarkan ia terus tenggelam bersama memori hitam kita dulu..padamkan dosa yang lalu,jernihkan ia dengan rintihan nasuha kita kepada Allah Rabbul Izzati..jika dulu kita pernah berdosa,kini kita lenyapkan dengan perganda pahala..jika dulu kita jahil agama,perbanyakkan dengan majlis ilmu..jika dulu kita berpakaian biasa2 saja,perindahkan dengan pakaian taqwa..jika dulu kita sentiasa lagho dan lupa,peringtkan dengan mendekatkan diri dengan orang agama..sebab ilmu tidak akan bergolek jika tidak dicari,ilmu tidak datang menyembah jika tidak dikejar..

Sama2 sahabat ..kita lakukan yang terbaik untuk diri kita..

BERHIJRAHLAH KE JALAN YANG ALLAH REDHA♡♥♡♥

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Malu itu Iman



Malu itu sebahagian iman


Wahai wanita..
kenapa begitu mudah kamu menayangkan kecantikkan susuk tubuhmu.?
Kamu rela dilihat sesiapa sahaja dalam keadaan auratmu tidak ditutup sempurna?
Milik siapa sebenarnya dirimu..?
Adakah kamu begitu murah nilainya dan boleh membiarkan kamu ditonton lelaki2 yang bukan mahrammu..?
Nilaimu begitu tinggi..Rasulullah saw menaikkan darjat wanita setingginya..namun kamu pula berusaha seboleh2nya untuk menjatuhkan pula sebawah2nya..
Kamu berperilaku seperti wanita jahiliyah..menampakkan auratmu..berbaju ketat menunjukkan bentuk tubuhmu.berbaju jarang menampakkan pakaian dalammu malah kulit badanmu..Allah.. ini sungguh memalukan...memendekkan tudungmu tidak menutupi dada..bersolek secantiknya sedangkan kamu tidak boleh berhias cantik bila keluar dari rumahmu..berusaha mencari busana2 yang ketat dan mewah sedangkan tudung pula jarang dan menampakkan auratmu..sedangkan Mahal harganya!!
Tapi kamu sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kelihatan cantik dan menarik..untuk siapa..?? 

Untuk apa..?? 
Sedangkan kamu tidak mendapat apa2 manfaat darinya..hanyalah kesombongan dan dosa berkali ganda...tiada hikmahnya..kamu hanya menggalakkan ribuan mata memandang penuh dosa dan noda..
Keadaanmu sungguh menyedihkan..sungguh merugikan kerana tiada apa pun hikmah disebalik kecantikan sebegini..hanyalah lautan kesengsaraan dalaman dan luaran..jauhkanlah semua itu saudariku..hijablah auratmu saudariku.. bukan balutan ketat yang yang hanya mengundang pandangan mata2 berdosa..bertaubatlah ..mohonlah keampunan dari Allah..
Usia tidak menjamin kita..tapi amalan bermula akil baligh penentuannya..siapa kita dulu,kini dan nanti..?
Amatlah rugi keadaannya jika masih sama dan tiada erti..umur yang dibazirkan dengan dosa...kemana tujuan kita..??
Begitu banyak persoalan inginku tanyakan...begitu banyak kebimbangan di fikiranku kerana aku bimbang nanti kita sama2 tidak terlepas dari hukuman azab Allah jika tidak memberi peringatan sesama kita..sedangkan aku dan kamu tahu hukumnya..
Insaflah wanita..kita hidup bukan selamanya..kita hidup menanti sebuah pengakhiran abadi ..pilihan kita penentuan sebenar samada menjadi penghuni SYURGA mahupun NERAKA.

~JADILAH WANITA YANG INDAH DI MATA ALLAH~

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 14 Oktober 2013

Bulan 10 bulan malangku


Assalamualaikum dan salam sejahtera
alhamdulilah malam ini miss honey bersempatan untuk buat entry baru lagi
baiklah kalau time malam aje
korang perasan tak entry miss honey mesti sedih-sedih
wah kenapa yek...
ermmm mungkin lumrah mood miss honey kot..


baiklah berbalik pada tajuk entry kali nie
wah sedih benor pula miss honey yek..
kenapa yek miss honey kata bulan 10 bulan malang miss honey..
eshh miss honey napa nie???
baiklah sayang-sayang miss honey
miss honey cerita lah sedikit bagi pengajaran dan renungan kita bersama...

Wahai sekalian rakyat jelata nak tahu kenapa??
ulan 10 tahun lepas ...my admire yang miss honey kenal dari sekolah yang pernah kata nak melamar miss honey nak kawen...
Ya ALLAH sabar,
tak ada jodoh kot....
tahun nie isteri dia dapat baby pula!!!
OK sabar itu rezeki mereka...
tapi yang tak boleh tahan bulan 10 nie...
yakni esok hari  raya haji....orang lain pula ,
sepatutnya yang jadi bakal tunang miss honey bertunang dengan orang lain pula...
Ya ALLAH kecewanya hati..
boleh korang faham perasaan miss honey macam mana.
aisshhh Ya ALLAH ...
UJIAN ALLAH
Itulah di zaman jahil dulu punya cerita
bercinta sebelum kawen tak bawak kemana..

sekarang nak mulalah dah tak percaya golongan guys nie..
malas dah nak simpan perasaan or admire siapa2..
Now,
 tekad miss honey nak tumpu pada perjuangan Islam aja...
dengan cara miss honey sendiri..
soal jodoh,
biarlah ALLAH tentukan,
kalau ada,adalah
kalau tak ada...tak apa,
sekurang-kurangnya miss honey dah mujahadah dalam menghadapi semua ini.
hope miss honey boleh terus tabah
INSYAALLAH
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 13 Oktober 2013

Tips berhijrah


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baiklah pada hari ini miss honey nak kongsi dengan semua tentang tips sebagai seorang wanita untuk berhijrah menjadi wanita muslimah, wanita penghuni syurga, idaman setiap jejaka..
jom ikut tips di bawah:


Bila hati da terdetik mula nk berhijrah..
  • ⊙Mulakan sikit-sikit dulu untuk perubahan dan penampilan..
  • ⊙Kurangkan pemakaian make up..klu bole tinggalkn bila keluar rumah
  • ⊙Mulakan dengan tudung bidang 50,55
  • ⊙Bila dah biasa labuhkan lagi ke bidang 60
  • ⊙Jgn jadikan alasan pandangan org pada kita..tekadkan niat
  • ⊙Biarkan bersusah2 bertudung labuh melakukan sebarang pekerjaan..  itulah mujahadah..(sidai kain,sapu luar rumah)
  • ⊙Pilihlah jubah @ blouse yang longgar dari potongn badan plus terlalu banyak jubah dipasaran yg tak menepati syariat (itu bukan jubah tp maxi!)
  • ⊙Biasakan berstokin bila keluar rumah,sekolah,tempat kerja
  • ⊙Pakai sarung tangan utk mengelakkn aurat lengan terselak
  • ⊙Beristighfarlah bila dlm perjlanan dan bila lapang
  • ⊙Sentiasa berdoa selepas solat semoga Allah tetapkan hatimu kearah yang lebih baik 
 berusahalah..kamu sedang menuju syurgaNya
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sikit berubah, terus Istikhamah


SIKIT2 BERUBAH..LAMA2 JADI MUDAH :')


Alhamdulillah kini lebih ramai artis perempuan berhijrah. Bermula daripada Irma Hasmie, kemudian Diana Amir, Anna Rafali dan Yatt. Semoga mereka dan muslimah yang berhijrah istiqamah dalam penghijrahan mereka. Tidak terkecuali saya. Ingin saya berkongsi bagaimana saya berhijrah pada entri kali ini. Berhijrah daripada terus bergelumang dengan kemungkaran.

Saya pasti mereka yang berhijrah ini masing-masing ada kisah silam yang kelam lagi gelap gelita yang seboleh-bolehnya mereka mahu mendelete memori hitam itu dalam hidup mereka. Namun begitu, sebenarnya kisah silam yang kelam lagi gelap gelita itu berguna untuk mereka renung semula kesalahan yang mereka tidak mahu ulangi pada masa akan datang. Ia akan membuat mereka berasa benci dengan memori hitam itu lantas tekad agar tidak kembali ke dalam kancah kemungkaran.

Saya juga seperti mereka. Ada kisah silam yang tidak mahu saya buka semula. Biar Allah dan saya yang mengetahui tentangnya. Saya sangat bersyukur setelah disapa oleh-Nya agar kembali ke jalan kebenaran yang diberkati oleh-Nya pada masa kini.

Memori hitam itu berlaku tatkala saya berada dalam tingkatan 2. Entah mengapa ketika berada di tingkatan 3, saya tekad untuk berubah dan menjauhkan diri daripada kelompok yang membawa saya kepada kemungkaran. Ada sapaan hidayah yang kecil terdetik dalam hati ini. Saya berdoa pada-Nya agar dapat pindah ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan saya dapat pindah ke sekolah menengah teknik di Melaka.

Di kala tahap hijrah pertama saya mula konsisten, namun ketika tingkatan 5, saya tersungkur semula. Saya menjadi semula diri saya yang dahulu setelah bertemu dengan kelompok yang sama. Suatu hari setelah lama dalam kelompok itu, saya disapa semula oleh-Nya.Saya rasakan satu perasaan benci yang sangat pada diri saya yang telah menjadi seperti dahulu.

“Apa yang aku lakukan sekarang? Bukankah kau ingin berubah?”

Saya rasa benci sehingga terbenci kelompok itu yang buatkan saya terus menghindarkan diri daripada mereka walaupun mereka mencari saya. Saya diamkan diri apabila mereka bertanya. Tahap hijrah kedua saya bermula apabila saya dapat masuk sebuah kolej matrikulasi teknikal di Pahang. Alhamdulillah Allah permudah saya untuk berhijrah ke negeri lain.

Ketika mula orientasi lagi, pelajar baru dikehendaki pakai stokin, dan 3 pin pada tudung. Fasi yang kendalikan orientasi ketika itu kebanyakkan bertudung labuh dan memakai stokin. Mereka menetapkan syarat memakai stokin dan 3 pin pada tudung sepanjang orientasi berlaku. Sejak daripada itu, saya mula serasi dengan memakai stokin dan handsock tiap kali keluar.

Sejak daripada itu, saya mula menjinakkan diri dengan Al Quran, pergi berjemaah di surau. Ada seorang sahabat yang sefikrah yang selalu menemani saya. Dia juga kian serasi memakai stokin. Kami banyak luangkan masa bersama. Andai ada masalah, dia yang menjadi tempat luahan hati saya.

Suatu ketika saya nampak sehelai tudung labuh berwarna putih. Tudung itu sudah lama saya beli ketika di Terengganu cuma masih belum kuat untuk pakai ketika itu. Namun, saya pakai sahaja tudung itu pada suatu hari. Mula-mula rasa pelik sebab rasa tudung itu sangat labuh sebab saya terus beli bidang 60.

“Apesal tudung aku labuh sangat ni?”

Masa itu tergesa-gesa nak pergi ke suatu tempat, jadi pakai sahaja namun masih belum konsisten. Di kala saya orientasi dulu, saya cuba merapatkan diri dengan seorang kakak bertudung labuh. Dia menjadi tempat luahan saya dan saya sering mendapatkan dorongan dan sokongan daripada dia agar saya terus istiqamah dengan hijrah ini.

Tahap ketiga hijrah saya pula bermula tatkala saya masuk universiti di Shah Alam. Saya suka melihat kakak-kakak bertudung labuh. Ada satu persatuan islamik di sana. Saya sertai dengan niat dapat merapati mereka. Pada mulanya agak sukar untuk sebatikan diri dengan mereka oleh sebab ketika itu saya masih belum bertudung labuh jadi saya memahami keadaan itu.

Melalui seorang kakak bertudung labuh, saya menjinakkan diri dengan tudung labuh bidang 60 dan mula memakai semula tudung labuh berwarna putih bidang 60 saya. Saya mulakan dengan bidang 50, on-off dengan tudung biasa dan lama-kelamaan saya konsisten memakai bidang 60.

Alhamdulillah sehingga sekarang, hasil 3 tahap hijrah saya, saya konsisten bertudung labuh bidang 60, stokin dan handsock. Apa yang ingin saya sampaikn, berhijrahlah secara sedikit dan istiqamah kerana itu lebih baik dan Allah suka.

Tahap Penghijrahan Saya :

1. Memakai stokin
2. Memakai handsock
3. Memakai tudung labuh bidang 50 serta mula menjinakkan diri memakai baju muslimah
4. Memakai tudung labuh bidang 60

Semoga bermanfaat. Tekad saya seterusnya adalah berniqab apatah lagi sekarang, sahabat berniqab saya semakin ramai. Oleh sebab dulu, saya pernah berniat. InsyaAllah masanya semakin hampir. Semoga dipermudah terutamanya sang pemilik tulang rusuk izinkan saya berniqab setelah berumah tangga. Aamiin.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Indahnya Penghijrahan


Indahnya penghijrahan 



Dulu saya sempoi'pakai jeans,tshirt lengan pendek,tudung saiz kecik.. :"(

Dulu saya rase xde salahnya pakai macam ni..bukan bogel pown... :"(

Dulu saya selalu ditegur oleh ibu,abang2 dan kakak tentang pemakaian saya (seksi dan seksa sbb ketat)walaupun saya mmg ada keluarga dengan basic agama yang kuat.. :"(

Dulu saya sangat benci mendengar orang2 yang menegur tentang aurat...dalam hati saya...jgn sebok hal orang boleh tak..? Buat hal senirik..kubur lain2 :"(

Satu hari saya dan 2 orang lagi kawan perempuan bersiar2 kat tepi pantai.. sronok dapat keluar bersama..free dan release..pemakaian saya dan kawan2 mmg masih begitu cuma lebih teruk lagi..saya buka hijab ;"(

Di tepi pantai sambil menikmati keindahan senja...tiba2 datang deruan ombak yang kuat menerpa ke arah kami..! Seolah2 ada kuasa yang menarik begitu kuat sekali..tak terdaya saya melawan tarikan ombak itu....yang saya ingat saya sudah berada di tengah laut..terkapai2 saya dan tercungap2 bernafas setelah ombak laut sedikit tenang.. mujur saya pernah mengikuti kelas renang..saya melihat 2 orang kawan saya sudah tiada di sisi saya..di mana pula mereka? Saya menjerit sekuat hati memanggil nama mereka...Allah..bantulah aku...saya menangis semahunya dan cuba berenang ke daratan..memang tiada siapa di situ.. ;(

Di mana kawan2 saya..? Saya cuba berlari mencari bantuan tapi saya sangat lemah ketika itu..saya nampak dari jauh ada beberapa orang kelibat manusia. Saya rebah dan tidak ingat lagi apa yang berlaku...

Apabila sedar,saya sudah berada di hospital dan ibu,abang2 dan kakak saya juga ada di situ... Ibu memeluk saya dan meminta saya bersabar kerana 2 orang lagi kawan saya hilang di lautan dan pihak bomba dan penyelamat masih meneruskan usaha pencarian..namun sampai sekarang kedua2 sahabat saya masih belum ditemui ..

Saya teramat sedih dengan musibah ini...lama saya berfikir..mengapa Allah memilih saya untuk ujian ini..?
Kata abang..berhijrahlah dik..Allah sedang menunjukkan kuasaNya kepadamu..bersyukurlah kerana Allah masih memberimu peluang menginsafi diri..doakan kedua2 sahabatmu agar ditempatkan dikalangan org2 soleh..kamu ambillah hikmah disebalik musibah ini..

Allah..saya tidak mampu mengeluarkan apa2 bicara..setelah banyak dosa yang saya lakukan..Allah masih bagi ruang untuk saya berubah..Allah kuasaMu sungguh tiada tandingan..
Aku sombong dan bongkak dengan nikmatMu selama ini.. layakkah aku diampuni...astaghfirullah...
Tangisan saya makin lebat ..saya bangun dari katil dan terus berwuduk dan solat..ibu tersenyum gembira kerana saya telah berhijrah sepenuhnya..ya Allah.. ;"(

Kini ..saya bertudung labuh sebab saya nak jaga setiap inci aurat saya yang telah saya bazirkan kepada mata ajnabi saya selama ini ;")

Kini saya lebih selesa berjubah longgar dan besar supaya tubuh saya tidak lagi menjadi tumpuan para jejaka :")

Kini saya mengenakan sarung tangan agar aurat lengan saya tertutup sempurna ;")

Kini saya berstokin agar kaki saya tidak lagi dpt ditonjolkn secara percuma kepada bukan mahram saya ;")

Kini saya telah berkahwin dan mempunyai suami yang sentiasa ,membimbing saya ke jalan syurga ;")

ALLAH ITU MAHA ADIL
ALLAH ITU MAHABIJAKSANA
ALLAH ITU SEBAIK2 PERANCANG

Penghijrahan itu sangat manis bila kita benar2 menginginkannya ;") berhijrahlah menjadi muslimah sejati dan buka wanita pemenuh nafsu sang ajnabi



p/s: ini bukan kisah miss honey tapi kisah seorang sahabat yang boleh dikongsi bersama
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Gadis si tudung Labuh



Aku bertudung labuh  bukan kerana aku ingin digelar ustazah
Apatah lagi digelar solehah..aku juga seringkali melupakan Dia Rabbul Izzati.. aku juga seringkali lewat solat fardhu..aku juga seringkali berasa tidak bersyukur dengan nikmat Ilahi..

Aku masih lagi mencari jalan yang sebenar2nya mnuju keredhaan Ilahi..jika bertudung labuh itu memang boleh menahanku dari rasa malu dan bertabarruj(berhias2)..maka aku pilih itu..biarlah aku tidak dipandang cantik,tapi aku ingin sekali menjadi sebutan penghuni langit sebagaimana saidatina Fatimah R.A, ketua bidadari di syurga..

Aku tahu pandangan mereka tentang diriku..alim,warak,tahu semua ilmu agama..tidak saudaraku..kerana aku jahillah aku masih mengejar dan mencari ilmu..kerana aku tidak sebaik yang kamu sangkakan maka aku memilih menahan diri dari nafsu dengan bertudung labuh..aku hanya wanita biasa yang inginkan keselamatan maruah dan lebih terjaga dari gangguan ajnabi..aku memilih untuk menjadi wanita yang tidak memandang dan tidak pula dipandang..biarlah aku kekal begini..

Janganlah memandang aku dengan pandangan yang terlalu tinggi untukku..sungguh aku sangat takut dipandang mulia,sedangkan diriku hamba yang hina..jangan pula ada yang memandang kerana aku ingin riak dan menunjuk2 bahawa akulah wanita solehah..sesungguhnya kesolehan itu bukan nilaian kita..itu hak Allah..

Aku akan tetap begini..mudah-mudahan pakaianku ini menjadi inspirasi wanita di luar sana untuk mula berhijrah ke jalan yang lebih mulia disisiNya..tinggalkan pakaian seksi kamu, kerana seksa mata yang memandang,seksa lagi azab Allah..!!

Ingatanku buat kamu wanita..hiasilah dirimu dengan pakaian taqwa..tidak ketat, labuh melepasi punggung, tudung menutupi dada,memakai stokin dan sarung lengan..alang2 kamu wanita biarlah sempurna dengan tuntutan syara'nya kerana sabda nabi..wanita adalah penghuni teramai di dalam neraka...ingatlah saudariku..kita kini berada di ambang pengakhiran..hidup ini tidak kekal selamanya..apakah persediaan kita..? Baju masih mengikut bentuk badan,seluar pula masih ketat membentuk pinggul dan peha..adakala bertudung dan bila bertudung tidak pula menutupi dada apatah lagi stokin dan sarung lengan..terlalu banyak khilafnya..perbetulkanlah apa yang salah..berusahalah melawan nafsumu itu sebagaimana aku cuba lakukan..kamu pasti boleh..

BERHIJRAHLAH LILLAHITAA'LA..kerana mati tidak menunggu kita

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Aku stress Gile!!!


Assalamualikum dan salam sejahtera...
selamat malam semua..
ha tengok tajuk malam nie dah pelik kan...
whay miss honey???
relex kejab miss honey...
kenapa nie???
petang tadi ok aja ...
siap boleh karang puisi segala bagai...
malam tiba2 macam orang nak masuk tanjung rambutan dah....
apasal????


Weiii,
asigment miss honey tak sempat hantar kot..
bukan sebab lambat tak buat...
dah siap dah seminggu yang lepas
tapi tak pandai guna sistem...
inilah orang cakap dah tak tahu tanya,
jangan wat dok diam..
aleh2 bila nak buat tak pandai...
nak gunakan sistem tak reti...
ahh tension...
Nauzubillah....
dengan line wifi yang terlalu teruk...
teruk dan teruk
bayar setiap bulan mahal
seratus lebih..
tapi nak buka satu page kena tunggu sejam..
apehal......
lebih kurang sama guna dengan berukband aja...

so miss honey kena istifar,
esok cuba hantar lagi
walaupun date line dah habis...
cuba ajalah..
kot2 my lecture nak terima...
tangan nie dah asyik tepuk kepala dah...
YA ALLAH ujian..
itulah buat lambat lagi..
orang utara cakap loqleh...

hang dok wat loqleh...wat tak reti...
hang rasalah habuannya,,,

now,
dah rasa ketipisan jiwa muslimah nie,
nauzubillah...
miss honey kena pi ambik wuduk sekarang,
solat sunat...
insaf balik....jangan dok wat loqleh!!!
nasib baik tadi tertido kejab
boleh wat solat istikharah terus!!!!
ops bukanlah, solat tahjut...
dalam dok tengah stress pun sempat fikir istikharah...
dah miss honey kena stop menaip..
walaupun tangan tak rela nak berhenti

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM...

p/s: pengajaran untuk malam ini..tak reti kena tanya....buat jangan last minit, sekarang makan habuannya.
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Monolog Diri




Puas sudah,
ku mencari kebahagiaan,
Disisi teman-teman,
Namun kehampaan,
kudapat hanya kelalaian,
Hanya kekecewaan,

Lalu,
aku tidak pernah putus asa,
ku cari erti bahagia,
bertemankan seorang jejaka,
membina syurga dunia,
namun semuanya bahana,
mengundang banyak bencana,
dunia makin gelap gelita,

oh tuhan,
aku hampir terlena,
dek hasutan dunia,
yang tak pernah alpa,
dunia oh dunia,
kau buat aku bahagia,
bahagia di muka sahaja,
namun dalamnya derita,

oh,
dimana perlu aku cari,
untuk bawa diri ini,
yang sarat merindui,
kalam cinta Ilahi,
bagi mencari,
ketenangan yang abadi,
yang kekal disanubari,
aku keliru sendiri,
dalam meniti tiap hari,
apa yang perlu aku cari,
aku masih tidak bisa mnegerti,
yang pasti,
kekosongan ini minta di isi,

lalu,
aku terus berfikir,
sejenak aku tersedar,
mencari yang maha besar,
yakni ALLAHUAKBAR.

Aku amat merindui,
cahaya kebenaran Ilahi,
buat diri ini,
menuju syurgawi,
di sana pasti kekal abadi,
lalu diri ini,
mula merubah diri,
istikhamah pelengkap misi,
mujahidah perlindung peribadi,

Aku mencari ya Rabbi,
usrah permulaan diri ini,
bagi mengenalimu tuhan sejati,
lalu kini kutemui,
ketenangan diri,
dalam halaqah kami saling mengenali,
sama misi,
sama peribadi,
menjadi khalifah  ALLAH di bumi,

kini,
aku merindui sahabat sejati,
bagi bersama menuju Ilahi,
dalam rindu dan kasih kita hanya untuk Ya Rabbi,
menjadi seorang srikandi,
perjuang mgjahidah Islami,
moga impian ini Kau redhai.

Karya asli:
SITI HASNIZA HAMZAH
13/10/2013





。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 12 Oktober 2013

Bidadariku




Aku juga perempuan,
punya impian,
anggun dibaluti perhiasan,
hidup bergelapan,
bak artis pujaan,

Kuingin bermadah puisi,
bersyair dan bernyanyi,
lincah menari,
menghiburkan dan menyeri,

namun,
aku bukan perempuan,
gopoh mnegjar kemahsyuran,
ditempat persinggahan,
tiada berkekalan,

kuingin kemuliaan abadi,
bukannya yang tiada erti,
bukannya yang dimurkai Ilahi,
bukan di dunia ini,
Taman di taman syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari.

p/s:Alhamdulilah sedikit coretan dari karya Fatimah Syarha

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Jumaat, 11 Oktober 2013

Tazkirah cinta


Assalamualaikum,
salam subuh...
pagi ini miss honey akan berkongsi dengan sahabat sekalian sedikit tazkirah cinta daripada saudara Hafez Sabri


Ketika kita jatuh cinta, dan mendambakan seseorang jadi jodoh kita. . . .Namun kita tetap diam, mengendalikan hati untuk tidak tergesa-gesa mengutarakannya, maka yang ada adalah harapan. . .Do’a kebaikan untuknya tak lupa kita panjatkan..Semoga dia mampu menjadi hamba yang beriman..Mengisi hari dengan kebaikan..Semoga saja Allah SWT mempertemukan, dan mempersatukan di saat yang tepat..Saat dimana hanya ada perkenalan dengan cara islam (Baitul Muslim) yang berakhir dengan lamaran, bukan dengan hubungan bernama Pacaran.

Jika Allah SWT tidak menghendaki kita berjodoh dengannya kerana mungkin ada seseorang yang lebih baik dari kita untuknya, dan ada yang lebih baik dari dia untuk kita. . .itulah nilai kepasrahan.

Namun.. Ketika kita jatuh cinta..Lalu kita menjalinkan hubungan dengannya. Meskipun hanya didunia maya..Meskipun hanya ingin mengenalnya dengan lebih lanjut..Maka Syaitan akan ikut mengambil bahagian. Menyiksa hatimu dengan rindu yang menggebu.. Kemudian rindu berganti sayang penuh kehangatan, tentang masa depan yang akan ditempuhi bersama. Senda gurau dan kemesraan yang dibina seolah terasa indah , seolah tak ada yang salah. Kita tidak sedar bahawa apa yang sedang kita lakukan sekarang belum halal untuk dilakukan, dia bukan mahram kita. Kita telah lalai dari mengingatiNya, kita telah lupa ada Allah yang mengawasi kita. . .mengawasi kemesraan yang belum berhak kita nikmati bersamanya. Kerinduan berlanjutan dengan impian sebuah pertemuan, Pertemuan yang berakhir dengan sebuah kemaksiatan.. Pertemuan yang berakhir dengan kemungkaran kemudian hati menjadi bergantung padanya. . .Seolah-olah yang menciptakan kebahagiaan di dunia kita hanyalah dia. Seolah-olah tanpa dia hidup kita tak kan ada ertinya. Seolah-olah tanpa dia kita kan kehilangan nyawa.

Akhirnya.. Ketika perpisahan terjadi, kerana Allah tak menghendaki kita dan dengannya hidup bersama. Kau bersedih dan putus asa.. Hidup seolah-olah tak lagi berwarna, bahkan sehingga tak sudi lagi hidup di dunia. Ketika cinta terhalang disebabkan perbezaan agama menghalangnya , hukum Allah berani dilanggarnya. Padahal Allah jelas tak mengizinkan, seorang muslim/muslimah berkahwin dengan orang kafir sebelum mereka beriman meskipun mereka menarik hatimu atau ketika sang kekasih mengajaknya menukar agama.. atas nama cinta murtad pun berani dipilihnya Naudzubillah…

Semua orang berhak mencintai dan dicintai.. Tetapi bukan cinta yang tak diredhai.Cinta selain Kerana Allah SWT hanya akan membawa kita pada penyesalan.. Penyesalan abadi. Kebahagiaan yang harus dipilih seorang muslim haruslah kebahagiaan yang abadi.Kebahagiaan yang hakiki.. Kebahagiaan yang ada disisi-Nya. Di Syurga-Nya.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 9 Oktober 2013

Jangan bersedih Allah bersama kita




Selama ALLAH bersama kita
Apalah ertinya bersedih hati
Apalah erti takut
Dan ..
Apalah ertinya cemas

Tenangkan lah ..
Tabahkan lah..
Tenteramkan ..
Dan ..
Teduhkan lah hati ..
Kerana sesungguhnya ALLAH berserta kita

Kita tidak akan terkalahkan

Tidak akan mundur
Tidak akan sesat
Tidak akan  tersia-sia
Tidak akan putus asa
Dan ..
Tidak akan berfantasi
Kerana sesungguhnya ALLAH berserta kita

Pertolongan akan berpihak kepada kita
Kemudahan akan menyertai kita
Kemenangan akan selalu menemani kita
Kemuliaan adalah tujuan kita
Dan ..
Kebahagiaan adalah kesudahan kita
Kerana sesungguhnya ALLAH senantiasa berserta kita

Tiada yang lebih kuat hatinya daripada kita
Tiada yang lebih berpetunjuk manhajnya daripada kita
Tiada yang lebih agung prinsipnya daripada kita
Tiada yang lebih baik perjalanannya daripada kita
Dan ..
Tiada yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita
Kerana sesungguhnya ALLAH bersama kita

Bila mungkin ada luka cuba TERSENYUMLAH
Bila mungkin tawa cuba BERSABARLAH
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkin kah hati ini merindukan DIA
Kerana hanya dengan-NYA hati tenang

Damai jiwa dan raga

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 7 Oktober 2013

DUTA UNIVERSITI di Teluk Batik


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
apa khabar sahabat-sahabat miss honey...
miss honey harap semua kawan-kawan miss honey berada dalam keadaan
sihat sejahtera..
baiklah kali ni miss honey akan story my another program
kali ini miss honey akan story pasal program DUTA UNIVERSITI di teluk Batik
kali ini program ini di ajurkan oleh sahabat miss Honey iaitu Noradilah,
kali ini miss honey pergi sebagai pembantu kepada rakan Duta Universiti yang lain.
Kali ini miss honey akan gelarkan Siti Noradilah nie sebagai kak Dilah
group kak dila sebenarnya memegang tugas bagi  menguruskan mengenai teknologi.
program kali ini diadakan pada 4 oktober hingga 6 oktober...
kali ini para peserta kami jemput daripada pelajar UPSI  sendiri iaitu seramai 50 orang..
wah banyak kan.....
tido di resort youuuu...
baiklah miss honey tak suka story panjang-panjang.
jom kita tengok gambar yeb






。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 2 Oktober 2013

Senyumlah dan terus Melangkah



Apabila hati ini disakiti,
Ia seperti dipatuk ular,
tetapi dengan tidak memaafkannya,
ia seperti membiarkan racun
daripada patukan itu terus menerus
berada dalam diri kita,

patukan itu tidak akan memudaratkan kita,
namun racun itulah yang berbisa,

ubatnya hanya kemaafan yang bisa mengeluarkan racun tersebut
dari dalam diri kita,
kerana punca dendam dan sakit hati merupakan penyakit hati yang tiada ubatnya.
sembuhkan ia dengan kemaafan dan keinsafan diri,
biar hati menderita seketika daripada rasa bersalah selamanya.
perit, pedih, akan dirasa pada mulanya,
namun penjamkanlah mata seketika,
renung pada masa hadapan, bukan masa silam,
kerana kenangan silam bisa membunuh harapan masa hadapan.
teruskan perjuangan walaupun di sakiti
kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat diri ini,
senyum lah dan terus gagah melangkah,
agar teman disekelilingku bisa gembira, walaupun jiwa ini menderita
kerna janji ALLAH..
jika aku bisa membahagiakan insan lain..
INSYALLAH kebahagian tirut menjadi milikku,
bersabar semua ini ujian ,
tanda CINTA ALLAH padaku
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Program Sekawah lll Kelab Fasilitator Bitara UPSI


ASSALAMUAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana Allah masih memberi kita ruang dan peluang kepada kita untuk terus kita menjadi hambanya.
baiklah dalam entry kali ini miss honey akan berceritakan tentang program SEKAWAH lll yang telah dilakukan oleh kelab miss honey..
ha nak tahu miss honey masuk kelab apa??
baiklah sayang-sayangku sekalian, kalau nak tahu korang bolehlah tengok blog rasmi kami.
KELAB FASILITATOR BITARA UPSI
ha dah tengok???


baiklah mesti korang nak tahu di mana program ini di buat kan...
baiklah moh miss honey nak cerita .
Program ini dilakukan bertempat di Padang Utama Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, (alah KAMPUS LAMA) jangan buat tak tahu pula k.

opss sebelum2 miss honey lupa nak story mory sikit kat sahabat miss honey nie
mesti korang tak tahukan apa yang di maksudkan dengan SEKAWAH lll
baiklah jangan merajuk yek..meh miss honey cerita SEKAWAH lll merupakan singkatan pada
(Semarak Kasih Seteguk Ukhwah Siri ke-3)

korang nak tengok tak miss honey di program nie..
meh miss honey nak bagi korang usha sikit miss honey yang comel ni (perasanlah pula)...gurau-gurau aja
(hehehehhe bermain belon kejab.chak arrr)

program ini pada hari ahad yang lalu iaitu 29 september 2013...bermula pukul 8.30 pagi.
pelbagai aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut..
ha nak tahu program apa??
ermm antara program ialah mereka cipta layang-layang, pancing botol,sumpit belon, dan tuju tin..
menarikkan permainan ni.sesuai dengan matlamat program bagi mengukuhkan ukhwah sesama ahli...
baiklah miss honey cerita panjang pun tak guna.. apa kata kita tengok gambar aje sama-sama yek....













Baiklah setakat ini sahaja untuk tatapan korang..heheheh banyak-banyak pula korang berkenan pula...susah miss honey..baiklah ASSALAMUALAIKUM.. ceria-ceria selalu

Hadis :Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya."Riwayat Al-TabraniHuraiani) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers