Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 29 Oktober 2013

Dilema Dosa Silam




Terkadang dosa silam melemaskan kita..dosa silam menyebabkan kita terfikir pantaskah kita menghuni syurgaNya nanti..syurga Allah luas..neraka Allah juga luas..siapa penghuni bagi syurga dan neraka yang luas itu..? Layakkah kita ke syurga..atau tergelincir ke pintu neraka.
Tatkala memikirkan ganjaran dan balasan Allah nanti..timbul pula rasa takut,gerun dan bimbang..kerana setiap apa yang pernah kita lakukan di dunia ..kebaikan sebesar zarah dan kejahatan sebesar biji sawi sekalipun akan dinilai nanti. Ini menggamit rasa perit dan pedih di hati kerana dosanya menggunung dan pahala pula hanya boleh dikira..Allahurabbi..
Terfikir juga di dalam hati kecil ini..kalau mati esok macamana nak hadapi soalan dalam kubur selepas ahli keluarga meninggalkan kubur kita dan kita pula berhadapan dengan si malaikat..? Apa persediaannya..apa jawapannya.. memang tak terbayang di akal peristiwa yang menuntun rasa GERUN di sanubari..roh ini meninggalkan jasad pada satu saat yang telah ditetapkan..tidak cepat sesaat ,tidak lambat sesaat.. ;"(
Jadi untuk menghilangkan keresahan ini,kita hadapi hari2 esok dengan persediaan mantap dan istiqomah dalam penghijrahan muslim muslimah sejati..jadikan hati ini rindukan syurga dan takutkan neraka. Lelahkan diri ini dengan zikir dan istighfar..biar kemanisan ibadah itu dapat dirasa dan di hayati dengan penuh keinsafan. Serikan malam2 kita dengan doa dan harapan kerana Allah menadah keampunan kita,menanti hamba2 nya berdoa penuh kekesalan.
Hiasi diri kita dengan cahaya iman,penampilan yang berbeza dari yang biasa2 kepada yang lebih terjaga. Dari berbaju pendek kpada berbaju labuh,dari bertudung pendek kepada bertudung labuh,dari bersolek tebal kepada solekan wudhu,dari terdedah lengan dan kaki kepada bersarung sempurna. Jaga diri kita dengan pakaian taqwa kerana itulah sebaik2 pakaian. Sekurang2 nya kita tidak disoal tentang aurat bila ditanya nanti kerana sedaya upaya kita jaga sebaiknya.
Buangkan rasa malu kita atas pandangan manusia,bukan pandangan mereka yang kita takutkan tapi pandangan Allah lah yang paling utama. Dahulukan Allah dalam tindak tanduk kita..pasti kita selamat dalam kepincangan dunia. Apa jua kata2 perli mereka,kita balas dengam senyuman..tunjukkan akhlak islam yang sebenar dan doakan mereka juga memilih jalan yang sama.
Tanamkan rasa sabar dalam meniti hari2 yang penuh cabaran kerana terlalu banyak fitnah yang menanti di luar sana. Walaupun sudah ditutup indah terpelihara ,ujian Allah tetap ada untuk hamba2 yang disayangiNya. Terimalah segalanya dengan berlapang dada..asalkan kita tidak berpaling dari kebenaran. Ujian untuk menguji keimanan. Ujian untuk menambah darjat seseorang hamba. Teruskan berhijrah dan perbanyakkanlah kebaikan agar kita akhirnya tergolong dalam penghuni SYURGANYA..

♡♥ KASIH SAYANG ALLAH UNTUK HAMBA YANG CINTA KEPADANYA♡♥
 
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers