Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Rabu, 9 Oktober 2013

Jangan bersedih Allah bersama kita




Selama ALLAH bersama kita
Apalah ertinya bersedih hati
Apalah erti takut
Dan ..
Apalah ertinya cemas

Tenangkan lah ..
Tabahkan lah..
Tenteramkan ..
Dan ..
Teduhkan lah hati ..
Kerana sesungguhnya ALLAH berserta kita

Kita tidak akan terkalahkan

Tidak akan mundur
Tidak akan sesat
Tidak akan  tersia-sia
Tidak akan putus asa
Dan ..
Tidak akan berfantasi
Kerana sesungguhnya ALLAH berserta kita

Pertolongan akan berpihak kepada kita
Kemudahan akan menyertai kita
Kemenangan akan selalu menemani kita
Kemuliaan adalah tujuan kita
Dan ..
Kebahagiaan adalah kesudahan kita
Kerana sesungguhnya ALLAH senantiasa berserta kita

Tiada yang lebih kuat hatinya daripada kita
Tiada yang lebih berpetunjuk manhajnya daripada kita
Tiada yang lebih agung prinsipnya daripada kita
Tiada yang lebih baik perjalanannya daripada kita
Dan ..
Tiada yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita
Kerana sesungguhnya ALLAH bersama kita

Bila mungkin ada luka cuba TERSENYUMLAH
Bila mungkin tawa cuba BERSABARLAH
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkin kah hati ini merindukan DIA
Kerana hanya dengan-NYA hati tenang

Damai jiwa dan raga

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers