Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 29 Oktober 2013

Malu itu Iman



Malu itu sebahagian iman


Wahai wanita..
kenapa begitu mudah kamu menayangkan kecantikkan susuk tubuhmu.?
Kamu rela dilihat sesiapa sahaja dalam keadaan auratmu tidak ditutup sempurna?
Milik siapa sebenarnya dirimu..?
Adakah kamu begitu murah nilainya dan boleh membiarkan kamu ditonton lelaki2 yang bukan mahrammu..?
Nilaimu begitu tinggi..Rasulullah saw menaikkan darjat wanita setingginya..namun kamu pula berusaha seboleh2nya untuk menjatuhkan pula sebawah2nya..
Kamu berperilaku seperti wanita jahiliyah..menampakkan auratmu..berbaju ketat menunjukkan bentuk tubuhmu.berbaju jarang menampakkan pakaian dalammu malah kulit badanmu..Allah.. ini sungguh memalukan...memendekkan tudungmu tidak menutupi dada..bersolek secantiknya sedangkan kamu tidak boleh berhias cantik bila keluar dari rumahmu..berusaha mencari busana2 yang ketat dan mewah sedangkan tudung pula jarang dan menampakkan auratmu..sedangkan Mahal harganya!!
Tapi kamu sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kelihatan cantik dan menarik..untuk siapa..?? 

Untuk apa..?? 
Sedangkan kamu tidak mendapat apa2 manfaat darinya..hanyalah kesombongan dan dosa berkali ganda...tiada hikmahnya..kamu hanya menggalakkan ribuan mata memandang penuh dosa dan noda..
Keadaanmu sungguh menyedihkan..sungguh merugikan kerana tiada apa pun hikmah disebalik kecantikan sebegini..hanyalah lautan kesengsaraan dalaman dan luaran..jauhkanlah semua itu saudariku..hijablah auratmu saudariku.. bukan balutan ketat yang yang hanya mengundang pandangan mata2 berdosa..bertaubatlah ..mohonlah keampunan dari Allah..
Usia tidak menjamin kita..tapi amalan bermula akil baligh penentuannya..siapa kita dulu,kini dan nanti..?
Amatlah rugi keadaannya jika masih sama dan tiada erti..umur yang dibazirkan dengan dosa...kemana tujuan kita..??
Begitu banyak persoalan inginku tanyakan...begitu banyak kebimbangan di fikiranku kerana aku bimbang nanti kita sama2 tidak terlepas dari hukuman azab Allah jika tidak memberi peringatan sesama kita..sedangkan aku dan kamu tahu hukumnya..
Insaflah wanita..kita hidup bukan selamanya..kita hidup menanti sebuah pengakhiran abadi ..pilihan kita penentuan sebenar samada menjadi penghuni SYURGA mahupun NERAKA.

~JADILAH WANITA YANG INDAH DI MATA ALLAH~

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers