Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 13 Oktober 2013

Monolog Diri




Puas sudah,
ku mencari kebahagiaan,
Disisi teman-teman,
Namun kehampaan,
kudapat hanya kelalaian,
Hanya kekecewaan,

Lalu,
aku tidak pernah putus asa,
ku cari erti bahagia,
bertemankan seorang jejaka,
membina syurga dunia,
namun semuanya bahana,
mengundang banyak bencana,
dunia makin gelap gelita,

oh tuhan,
aku hampir terlena,
dek hasutan dunia,
yang tak pernah alpa,
dunia oh dunia,
kau buat aku bahagia,
bahagia di muka sahaja,
namun dalamnya derita,

oh,
dimana perlu aku cari,
untuk bawa diri ini,
yang sarat merindui,
kalam cinta Ilahi,
bagi mencari,
ketenangan yang abadi,
yang kekal disanubari,
aku keliru sendiri,
dalam meniti tiap hari,
apa yang perlu aku cari,
aku masih tidak bisa mnegerti,
yang pasti,
kekosongan ini minta di isi,

lalu,
aku terus berfikir,
sejenak aku tersedar,
mencari yang maha besar,
yakni ALLAHUAKBAR.

Aku amat merindui,
cahaya kebenaran Ilahi,
buat diri ini,
menuju syurgawi,
di sana pasti kekal abadi,
lalu diri ini,
mula merubah diri,
istikhamah pelengkap misi,
mujahidah perlindung peribadi,

Aku mencari ya Rabbi,
usrah permulaan diri ini,
bagi mengenalimu tuhan sejati,
lalu kini kutemui,
ketenangan diri,
dalam halaqah kami saling mengenali,
sama misi,
sama peribadi,
menjadi khalifah  ALLAH di bumi,

kini,
aku merindui sahabat sejati,
bagi bersama menuju Ilahi,
dalam rindu dan kasih kita hanya untuk Ya Rabbi,
menjadi seorang srikandi,
perjuang mgjahidah Islami,
moga impian ini Kau redhai.

Karya asli:
SITI HASNIZA HAMZAH
13/10/2013





。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

1 ulasan:

Syahadah_Li berkata...

cahaya Illahi yg kita semua rindui..Selamat menyambut aidil adha

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers