Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Rabu, 2 Oktober 2013

Senyumlah dan terus Melangkah



Apabila hati ini disakiti,
Ia seperti dipatuk ular,
tetapi dengan tidak memaafkannya,
ia seperti membiarkan racun
daripada patukan itu terus menerus
berada dalam diri kita,

patukan itu tidak akan memudaratkan kita,
namun racun itulah yang berbisa,

ubatnya hanya kemaafan yang bisa mengeluarkan racun tersebut
dari dalam diri kita,
kerana punca dendam dan sakit hati merupakan penyakit hati yang tiada ubatnya.
sembuhkan ia dengan kemaafan dan keinsafan diri,
biar hati menderita seketika daripada rasa bersalah selamanya.
perit, pedih, akan dirasa pada mulanya,
namun penjamkanlah mata seketika,
renung pada masa hadapan, bukan masa silam,
kerana kenangan silam bisa membunuh harapan masa hadapan.
teruskan perjuangan walaupun di sakiti
kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat diri ini,
senyum lah dan terus gagah melangkah,
agar teman disekelilingku bisa gembira, walaupun jiwa ini menderita
kerna janji ALLAH..
jika aku bisa membahagiakan insan lain..
INSYALLAH kebahagian tirut menjadi milikku,
bersabar semua ini ujian ,
tanda CINTA ALLAH padaku
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers