Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 13 Oktober 2013

Sikit berubah, terus Istikhamah


SIKIT2 BERUBAH..LAMA2 JADI MUDAH :')


Alhamdulillah kini lebih ramai artis perempuan berhijrah. Bermula daripada Irma Hasmie, kemudian Diana Amir, Anna Rafali dan Yatt. Semoga mereka dan muslimah yang berhijrah istiqamah dalam penghijrahan mereka. Tidak terkecuali saya. Ingin saya berkongsi bagaimana saya berhijrah pada entri kali ini. Berhijrah daripada terus bergelumang dengan kemungkaran.

Saya pasti mereka yang berhijrah ini masing-masing ada kisah silam yang kelam lagi gelap gelita yang seboleh-bolehnya mereka mahu mendelete memori hitam itu dalam hidup mereka. Namun begitu, sebenarnya kisah silam yang kelam lagi gelap gelita itu berguna untuk mereka renung semula kesalahan yang mereka tidak mahu ulangi pada masa akan datang. Ia akan membuat mereka berasa benci dengan memori hitam itu lantas tekad agar tidak kembali ke dalam kancah kemungkaran.

Saya juga seperti mereka. Ada kisah silam yang tidak mahu saya buka semula. Biar Allah dan saya yang mengetahui tentangnya. Saya sangat bersyukur setelah disapa oleh-Nya agar kembali ke jalan kebenaran yang diberkati oleh-Nya pada masa kini.

Memori hitam itu berlaku tatkala saya berada dalam tingkatan 2. Entah mengapa ketika berada di tingkatan 3, saya tekad untuk berubah dan menjauhkan diri daripada kelompok yang membawa saya kepada kemungkaran. Ada sapaan hidayah yang kecil terdetik dalam hati ini. Saya berdoa pada-Nya agar dapat pindah ke sekolah asrama penuh. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan saya dapat pindah ke sekolah menengah teknik di Melaka.

Di kala tahap hijrah pertama saya mula konsisten, namun ketika tingkatan 5, saya tersungkur semula. Saya menjadi semula diri saya yang dahulu setelah bertemu dengan kelompok yang sama. Suatu hari setelah lama dalam kelompok itu, saya disapa semula oleh-Nya.Saya rasakan satu perasaan benci yang sangat pada diri saya yang telah menjadi seperti dahulu.

“Apa yang aku lakukan sekarang? Bukankah kau ingin berubah?”

Saya rasa benci sehingga terbenci kelompok itu yang buatkan saya terus menghindarkan diri daripada mereka walaupun mereka mencari saya. Saya diamkan diri apabila mereka bertanya. Tahap hijrah kedua saya bermula apabila saya dapat masuk sebuah kolej matrikulasi teknikal di Pahang. Alhamdulillah Allah permudah saya untuk berhijrah ke negeri lain.

Ketika mula orientasi lagi, pelajar baru dikehendaki pakai stokin, dan 3 pin pada tudung. Fasi yang kendalikan orientasi ketika itu kebanyakkan bertudung labuh dan memakai stokin. Mereka menetapkan syarat memakai stokin dan 3 pin pada tudung sepanjang orientasi berlaku. Sejak daripada itu, saya mula serasi dengan memakai stokin dan handsock tiap kali keluar.

Sejak daripada itu, saya mula menjinakkan diri dengan Al Quran, pergi berjemaah di surau. Ada seorang sahabat yang sefikrah yang selalu menemani saya. Dia juga kian serasi memakai stokin. Kami banyak luangkan masa bersama. Andai ada masalah, dia yang menjadi tempat luahan hati saya.

Suatu ketika saya nampak sehelai tudung labuh berwarna putih. Tudung itu sudah lama saya beli ketika di Terengganu cuma masih belum kuat untuk pakai ketika itu. Namun, saya pakai sahaja tudung itu pada suatu hari. Mula-mula rasa pelik sebab rasa tudung itu sangat labuh sebab saya terus beli bidang 60.

“Apesal tudung aku labuh sangat ni?”

Masa itu tergesa-gesa nak pergi ke suatu tempat, jadi pakai sahaja namun masih belum konsisten. Di kala saya orientasi dulu, saya cuba merapatkan diri dengan seorang kakak bertudung labuh. Dia menjadi tempat luahan saya dan saya sering mendapatkan dorongan dan sokongan daripada dia agar saya terus istiqamah dengan hijrah ini.

Tahap ketiga hijrah saya pula bermula tatkala saya masuk universiti di Shah Alam. Saya suka melihat kakak-kakak bertudung labuh. Ada satu persatuan islamik di sana. Saya sertai dengan niat dapat merapati mereka. Pada mulanya agak sukar untuk sebatikan diri dengan mereka oleh sebab ketika itu saya masih belum bertudung labuh jadi saya memahami keadaan itu.

Melalui seorang kakak bertudung labuh, saya menjinakkan diri dengan tudung labuh bidang 60 dan mula memakai semula tudung labuh berwarna putih bidang 60 saya. Saya mulakan dengan bidang 50, on-off dengan tudung biasa dan lama-kelamaan saya konsisten memakai bidang 60.

Alhamdulillah sehingga sekarang, hasil 3 tahap hijrah saya, saya konsisten bertudung labuh bidang 60, stokin dan handsock. Apa yang ingin saya sampaikn, berhijrahlah secara sedikit dan istiqamah kerana itu lebih baik dan Allah suka.

Tahap Penghijrahan Saya :

1. Memakai stokin
2. Memakai handsock
3. Memakai tudung labuh bidang 50 serta mula menjinakkan diri memakai baju muslimah
4. Memakai tudung labuh bidang 60

Semoga bermanfaat. Tekad saya seterusnya adalah berniqab apatah lagi sekarang, sahabat berniqab saya semakin ramai. Oleh sebab dulu, saya pernah berniat. InsyaAllah masanya semakin hampir. Semoga dipermudah terutamanya sang pemilik tulang rusuk izinkan saya berniqab setelah berumah tangga. Aamiin.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers