Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 29 Oktober 2013

Teguran ALLAH begitu indah




Hati ini merasakan payah menerima teguran..bukan tidak sukakan kebaikan tapi kurang senang dengan kritikan..maka disitu pujuklah hati..aku terasa pedasnya teguran kerana aku yang memakan cili itu..! Akulah yang menjadi sebab mereka menegur..cuba renungkan diri..lihat dari kaki ke atas,apa yang aku sarungkan..apa yang aku pakai..apa yang aku pamerkan dalam akhlakku.. ;")

Tidak ada salahnya merenung diri..atau boleh juga dikatakan muhasabah diri..mereka menegur kerana bimbang kita terus hanyut dengan kehebatan dunia mengalunkan kemewahannya..mereka menegur kerana mahu kita menjadi lebih baik dunia dan akhirat..mereka menegur kerana sayangkan kita..sayang kita wanita muslimah mawar2 mekar bakal bidadari syurga..bukan mahu merendahkan kita..walau ada diantaranya sangat kasar caranya,tapi cuba kita lihat asbab dan punca kita ditegur.. ;")

Sebenarnya kita kena bersyukur,kerana Allah yang menggerakkan hati seseorang untuk menyedarkan kita. Kita harus bersyukur kerana kita telah dipilih Allah daripada jutaan manusia yang masih lalai dan leka! Panjatkan juga kesyukuran kita kerana kita TERASA dengan teguran itu bererti kita tahu dimana salah kita..betulkan..?

Perbaikilah diri kita,jangan dilihat masa lalu..biarkan ia terus tenggelam bersama memori hitam kita dulu..padamkan dosa yang lalu,jernihkan ia dengan rintihan nasuha kita kepada Allah Rabbul Izzati..jika dulu kita pernah berdosa,kini kita lenyapkan dengan perganda pahala..jika dulu kita jahil agama,perbanyakkan dengan majlis ilmu..jika dulu kita berpakaian biasa2 saja,perindahkan dengan pakaian taqwa..jika dulu kita sentiasa lagho dan lupa,peringtkan dengan mendekatkan diri dengan orang agama..sebab ilmu tidak akan bergolek jika tidak dicari,ilmu tidak datang menyembah jika tidak dikejar..

Sama2 sahabat ..kita lakukan yang terbaik untuk diri kita..

BERHIJRAHLAH KE JALAN YANG ALLAH REDHA♡♥♡♥

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers