Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Jumaat, 27 Disember 2013

Malam Penghargaan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) 2013


Assalamualaikumdan Salam Sejahtera
anta, anti. ukti. akhi sihat semua.???..
hehhehehe mesti korang rasakan mengapa setiap kali nak exam mestilah entry miss honey akan subur balik..
rajin pula miss honey dok mengupdate(pengunaan tatabahasa yang salah ni) blog yek...
actually this is one way i release my stress nak exam...
hohoohohoho stress lah sgt study pun belum lagi..
lepas FB, FB..lepas FB...FB lagi..
tengok movie, mandi lata di tanjung malim..semua pelusuk miss honey jelajah...
ini dah mengarut dah ni miss honey...
Baiklah Insaf seketika...
jom berbalik entry yang miss honey akan coretkan hari ini

Hari ini miss honey rajin pula nak buat karang mengarang dengan tapak tangan saiz budak darjah 3 nie
sebelum pergi labrary (konon nak study) n ke pasar malam untuk membeli belah program BBQ esok...

Topik hari ini adalah " MALAM PENGHARGAAN PERMAS 2013"
wah penghargaan tu!!!!
hebatkan bunyinya,,
miss honey tak sure apa objektif program ini..
tapi apa yang miss honey boleh simpulkan dengan otak bergeliga miss honey yang pura-pura pandai adalah
bertujuan bagi memberi penghargaan kepada ahli PERMAS yang budak-budaknya ambil History Education di UPSI yang memberi sumbangan dan terlibat aktif sama ada di dalam kelab sendiri mahupun di Peringkat Universiti...

ALHAMDULILAH miss Honey di jemput untuk ke program kali ini..
hohoho tak jemput pun sure miss honey pergi sebab makan free...
so nampak tak pelahapnya di sini..
Nauzubillah... (JANGAN TIRU YEK DAYANG-DAYANGKU SEKALIAN)
baiklah program ini bermula pada pukul 8 malam di DEWAN KOLEJ HARUN AMINURRASYID, UPSI..
pada 27 Disember 2013..

ok dah habis miss honey dah intro serba sedikit kan tak termasuk yang mengarut segala bagai.
baiklah ALHAMDULILAH ha ni part best nie...
HOHOHO tengah menaip entry sambil buat muka riak sikit....penuh kebanggaan dan kesombangan.... (gurau aja yek)
Miss Honey terpilih antara salah seorang tokoh bagi malam tersebut...
amboi terfikir miss honey apalah sangat sumbangan miss Honey HAHHAHAHAH
miss honey ikhlas untuk buat program sukarelawan dan terlibat program Universiti...
tapi tak apalah orang dah bagi Beta terima dengan tangan terbuka....
Apa-apa pun terima kasih kepada pihak PERMAS. AJK sera semua yang terlibat dalam menjayakan program ini...
syukran. trimas, shesye (apa entah miss honey sebut) kerana berjaya dengan jayanya dalam program ini

Baiklah miss Honey malas Story Mory panjang-panjang
tak pasal-pasal makin mengarut pula jadinya..
ok lets go bebeh..we see our Picture in this Program..

Miss Honey bersama rakan-rakan (mencelah kejab yek)

post sikit 



rakan-rakan PERMAS (HOHO RENDAHNYA BETA)

Miss Honey tak kenal budak nie sapa entah!!

Sijil dan penghargaan yang di berikan




Baiklah untuk kali ini sahaja...
Labrary dah memanggil!!
miss honey story setakat ini dulu yek..
Tunggu entry esok...
ASSALAMUALAIKUM



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 25 Disember 2013

Duta Universiti: Program SMe Development Training, Bukit Merah Lake Town Resort


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa Khabar semua sahabat-sahabat miss Honey..
Miss Honey Harap sahabat-sahabat miss honey berada salam keadaan sihat sejahtera..
dulu miss Honey ada janji nak story mory mengenai Program SMe Development Training
tapi baru sekarang miss honey berkesempatan untuk cerita program ini
Baiklah program ini merupakan Program Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (sebelum ditukar Kementerian Pendidikan Malaysia) dengan kerjasama Pusat Jalinan Kerjasama Universiti Industri di bawah UUM...
dalam Program ini miss honey Menjadi pengarah program serta Wakil Duta Universiti bagi menjalankan program dibawah kumpalan Ekonomi.
Program ini dijalankan pada 20 hingga 21 haribulan Julai 2013.
Program ini di jalankan di Bukit merah Lake Town Resort,
Baiklah pada program kali ini miss honey menjemput semua wakil2 pelajar Universiti daripada seluruh Malaysia termasuklah UMT,USM,UPSI, UITM, UM, UMP, UIA,UUM dan sebagainya..
dalanm program ini kami tinggal di Hotel Apartment Suria di Bukit Merah Lake Town Resort
paling bestnya miss honey dapat penginapan semalam lebih awal dari para peserta dan makan berbuka yang terbaik hehhehehe.. moh miss honey tunjuk sikit gambar miss honey bersama rakan-rakan
Hidangan Makanan Yang sedap.Almaklumlah dah berpuasa di siang hari

Di hari pendaftaran


Taklimat yang di sampaikan oleh Pensyarah UUM

Peserta sedang menyiapkan tugasan



Sesi pembentangan

Miss Honey sedang bergambar hahhaha.ambil kesempatan berehat seketika



Kusyuk peserta mendengar taklimat



Menariknya program kali inikami berkesempatan untuk ke Pulau Orang Hutan..hehheheh best tau naik bot..


kami semua menaiki bot ke Pulau orang hutan

Comelnya dia

Baiklah kalian untuk kali ini sahaja..tunggu entry miss honey berikutnya..
salam sayang semua...
ASSALAMUALAIKUM


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 24 Disember 2013

LAWATAN BALAS PIHAK UTP KE UPSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera
maaflah sudah lama agaknya miss honey tidak menaip dengan jejari halus miss honey untuk entry mengenai kehidupan miss honey
Asiff sahabat-sahabat..
naiklah sekarang miss honey sedang cuti study week
hehehhe nama aja study week
tapi miss honey masih lagi Weak...
baiklah setelah lama miss honey simpan dan cuba luangkan masa
Now its time miss honey mula nak story mory dekat sahabat-sahabat miss honey..
Baiklahlah Ist of all miss honey akan cerita mengenai lawatan balas daripada pihak UPT ke UPSI...
baiklah untuk pengetahuan sayang-sayang miss honet semua.
program ini baharu sahaja di jalankan iaitu pada 23 /12/2013 iaitu pada hari Isnin...
tujuan utama lawatan ini adalah bagi bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai pengurusan kelab dan perpustakaan antara dua-dua buah Universiti ini.

Baiklah untuk pengetahuan sahabat kalian pada kali ini miss honey menjadi Pengarah Program untuk Lawatan balas ini..
Wahh ini memang mencabar bagi miss honey nak tahu kenapa???
memang nampak mudah dan senang..
namun yang paling penting adalah tanggungjawab dan nama baik Universiti perlu di jaga..
Of Couse dear,, dalam hati miss honey akan tertanya-tanya...
Ya ALLAH boleh ke aku melakukan semua ini????,
namun dengan berbekalkan keyakinan dan bantuan sahabat-sahabat miss honey sekalian,
miss honey kuatkan semangat juga...

Miss honey akan cerita sedikt perjalanan program untuk kali ini..
Ha korang tak nak tahu??
tak nak tahu tak apa...
dengan senang hati miss honey mempelawa korang untuk Log Out aja k..
hehheheh Gurau aja

Oklah rombongan daripada pihak Utp tiba di Upsi tepat pukul 11.00 pagi..
mereka di sambut dengan penuh meriah oleh pihak kami..
sama taraf macam nak sambut pengantin beb...kurang sikit aja sebab tak ada kompang....
rombongan UTP memakai baju kuning pihak daripada UPSI pula memakai pakaian berwarna Biru...
ala-ala lawan rumah sukan lah pula hehheheh
kemudiannya mereka di hendaki sign aoutograf lah pula..
wah ala-ala artis lah pula rombongan ni...
dah tukar profesionlah pula yek

Ketibaan para pelajar daripada uaniversiti Teknologi Petronas


Peserta daripada UTP sedang mndengar taklimat dari pihak perpustakaan

inilah KAMI...

Berjalan berjemaah untuk ke Muzium Pendidikan Nasional

Miss Honey sedang memberi penerangan mengenai Perpustakaan

Syoknyer diorang bermain.. peluk-peluk lah pula

Antara AJK yang terlibat sama. Terima Kasih Korang

Peluk jangan tak peluk

bersemangat nampak mereka ini

Aktiviti Tikar Terbang


muka miss honey dah berminyak...wow penatnya

sekian inilah kami..

Akhir kata miss honey harap diorang smeua akan enjoy program ini..bagi rakan-rakan daripada universiti lain..nak macam nie??? bolehlah contact miss honey =)
email:iezasmile@gmail.com







。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Wanita Idaman Lelaki


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..




“WANITA YANG DIINGINKAN LELAKI MENJADI ISTERINYA ITU.”
Bukanlah wanita yang suka berpakaian bagus dan mahal..
Akan tetapi wanita yang selalu menutupi serta membaluti auratnya dengan sebaik-baiknya.

Bukanlah wanita yang memiliki bentuk bibir yang indah..
Akan tetapi wanita yang tak lupa membasahi bibirnya untuk berzikir di setiap kesempatan.

Bukanlah wanita yang suka merias wajahnya..
Akan tetapi wanita yang tidak lupa mengenangi wajahnya dengan titisan air wudhu' menjelang Solatnya.

Bukanlah wanita yang pandai merangkai kata-kata cinta..
Akan tetapi wanita yang boleh menjaga kesopanan dan kelembutan dalam setiap bertutur kata.

Bukanlah wanita yang memiliki wajah dan tubuh yang menarik hati..
Akan tetapi wanita yang sentiasa menjaga pribadinya dengan pakaian akhlak yang santun serta mulia.

Dan bukanlah wanita yang tampak cantik di depan mata saat dipandang..
Akan tetapi wanita yang cantik hatinya. Karena kesucian hatinya senantiasa memancarkan aura yang bercahaya.

Wanita calon isteri yang didambakan setiap laki2 itu terlahir dari hati yang bersih nan suci.
Yang tak lupa memuji Asma Allah yang terangkai dalam setiap untaian kata dari lisannya.

Dan Wanita calon isteri yang didambakan setiap laki-laki itu senantiasa menjaga kefitrahan dan kehormatan serta kesucian dirinya dengan sebaik-baiknya.

Ia selalu pandai membawa diri dan pandai menempatkan diri.
Tak terbatas bersama siapapun ia bergaul dan dimanapun ia bergaul.

Maka berusahalah Ukhti untuk menjadi calon isteri yang demikian.
Yang akan mampu menjadi seorang makmum yang baik jika sudah menikah nanti...

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers