Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Khamis, 9 Oktober 2014

pengalamanku Misteri 10 Oktober di UPSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
apa khabar kalian??
miss honey mengharapkan semua sahabat-sahabat miss honey berada dalam sihat hendaknya..
baiklah di sebabkan hari ini merupakan tarikh 9 oktober jadi miss honey bercadang untuk menulis entry mengenai misteri 10 oktober di upsi..
miss honey teringat kembali semasa miss honey berada di semester 1 di Upsi.... sekarang masih belajar lagi yek..
miss honey telah di momok2 kan oleh senior mengenai misteri 10 oktober...
baiklah siapa student UPSI yang tidak tahu peristiwa 10 oktober....lebih baik jangan mengaku student sini k..hehehhehe gurau aja...
baiklah miss honey akan petik beberapa kisah daripada beberapa laman blog lain sebelum miss honey cerita kisah miss honey sendiri yek..


  kisah 1: 
-tarikh misteri kat upsi x silap ak pada 10 oktober
-dulu dak2 tinggal kolej2 kat kampus semua dibenarkan balik, sbb malam 2 bnyk bnda berkeliaran.. (xpelik kea nape kolej kdiaman xde kat kampus n rumah2 dkt ngan pintu blakang 2 tiada penghuni skarang)
-"kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla..... " (copy dari salah satu forumm... x taw betol ke tak..)
-"kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dgn pakwe dia yang hamilkan dia..dia terjun dari bangunan....tak leh bagi tau...bagunan tu stil ader..bilik pompuan tu pun masih ader...dulu tu bangunan asrama..now dah tak der asrama dalam kampus utama...anak dia plak dia letak kat loker...mati gak...setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu...semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)..." (copy kat salah satu forum dlm iluvislam)
-tmpt2 yg dikatakan byk berlaku TU, fakulti bhasa,TS(bnyk kuliah kat c2 2...),pusat ICT, bgnan suluh budiman...
hehe saje nk share sket2.. sbb da masuk bulan oktober nie haha.. kalau nk jalan sorang2 kat kampus 2 hati2 yea..

kisah 2
''Kes perempuan bunuh diri tu yek... nanti ada satu tarikh setiap tahun ada nmpk jelmaan perempuan nk bunuh diri kt bngunan lama tu... pompuan bunuh diri sebab ditinggalkan bf dalam keadaan dia ngandung tu ke? pernah dengar cerita daripada kawan serumah masa lawat UPSI dulu. masa tu stay 3 hari kat Kolej Za'aba. dah lupa kisah sebenar macam mana. yang pasti salah satu tempat jelmaan pompuan tu selalu datang mengilai kat belakang rumah diorang... yang ku tau tarikh hantu tu kuar kat upsi setiap 10 Oktober aku ada dengar orang cakap la.... kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla.....''

Kisah 3
''Ini yang aku dengar lah ada sorang student lelaki dia ni kira 'berisi la ilmu agamanya' waktu dia tengah studi malam2 somewhere dekat dalam upsi, then dia nampak ada sorang perempuan pakai baju kebaya, lalu tepi dia, dia tanya perempuan tu nak ke mana malam2 nih, perempuan tu just tunjuk arah galeri seni tu, then lelaki tu sambung study.abis study dia teringin nak tengok apa program dekat dalam galeri tu, waktu dia pergi, pintu tutup, then dia try bukak pintu galeri tu, dia nampak banyak hantu terbang2 dalam galeri tuh....Tapi sapa duduk UPSI mesti akan terdengar 10 Oktober, satu tarikh dikatakan hantu UPSI akan mula berkeliaran....''

Kisah 4
''Kisahnya menurut beliau: seorang siswi telah bercinta dengan seorang pemuda. Mereka terlanjur lalu siswi itu mengandung. Tapi, pemuda itu tidak mahu bertanggungjawab.''Siswi itu akhirnya bersalin, tapi oleh kerana malu, dia pun membunuh dirinya sendiri....pemuda itu mengambil bayi itu lalu pergi meninggalkan UPSI....tetapi pada ulangtahun tarikh kematiannya (10 Oktober), roh siswi itu akan merayau-rayau di UPSI untuk mencari bayinya...

Kisah 5
"kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dgn pakwe dia yang hamilkan dia..dia terjun dari bangunan....tak leh bagi tau...bagunan tu stil ader..bilik pompuan tu pun masih ader...dulu tu bangunan asrama..now dah tak der asrama dalam kampus utama...anak dia plak dia letak kat loker...mati gak...setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu...semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)..." (copy kat salah satu forum dlm iluvislam)
-tmpt2 yg dikatakan byk berlaku TU, fakulti bhasa,TS(bnyk kuliah kat c2 2...),pusat ICT, bgnan suluh budiman...
Baiklah semua dah baca kan....ini cerita miss honey sendiri hasil temu ramah dengan seorang staff...

kisah dia begini..
pada waktu dahulu ada seorang perempuan nama dia Zubaidah..dia lebih di kenali sebagai cikgu bedah..cikgu bedah ni dia sangatlah cantik hinggakan menarik perhatian seorang pensyarah orang putih yang mengajar di d situ.maka nak di jadikan cerita cikgu bedah ni bercintalah dengan pensyarah ni...tanpa di sengajakan sehinggalah hamil. semasa hamil...orang putih tersebut pulang ke negara dia balik, dan berjanji dengan cikgu bedah untk kembali semula....maka cikgu bedah pun tunggu punya tunggu tak datang-datang juga sehinggalah cikgu bedah melahirkan anaknya.... cikgu bedah kecewa dengan kekasih hatinya kerana meninggalkan dia menanggung malu sendirian...hendak pulang ke kampng takut di ketahui oleh keluarga. lalu cikgu bedah ambik keputusan untuk tinggalkan anak dia di dalam almari berkunci lalu dia pergi merayau-rayau menacari kekasih hati dia mat salleh tersebut...tidak lama kemudian, cikgu bedah kembali semula dan ingin mendapatkan bayinya. buka sahaja almari tersebut, cikgu bedah nampak bayinya sudah meninggal kerana kelaparan...bertambah sedih cikgu bedah ni...lalu di sebabkan dia dah teramat kecewa..anak dah meninggal, kekasih dia tak pulang-pulang, cikgu bedah ambik keputusan untuk terjun bangunan..... lepas terjun bangunan...maka... faham-faham sendirilah  mestilah dia mati .. takkan dia bangun pula pergi makan mee goreng depan pintu timur pulakkan. hehhehehe.... maka dari detik tersebutlah tercetusnya peristiwa 10 oktober kerana dikatakan setiap kali 10 oktober cikgu bedah akan muncul kan diri merayau-rayau di kawasan kampus lama (kampus sultan azlan shah) untuk bawa susu beri anak dia makan...kawasan sekitar laluan dia dikatakan di kawasan Bangunan Suluh Budiman, Tadahan Selatan dan Fakulti Bahasa.......

Pengalaman Staff...
pada suatu malam Puan L lalu di kawasan tadahan Utara..... Puan L baru sahaja mula bertugas di Upsi..dia tidak tahu pun mengenai  kisah cikgu bedah ni...Semasa Puan L lalu disitu dia terkejut bila dia nampak ada seorang perempuan yang berpakaian kebaya merah ketat dan singkat serta berpakaian kain batik lepas dengan membawa payung.... Puan L ingin menegur perempuan tersebut tapi tak jadi dan buat tak tahu kerana Puan L nampak alis mata perempuan tersebut tebal dan hitam... Puan L tiba-tiba rasa seram dan cepat-cepat jalan keluar dari kawasan tersebut...pada keesokkannya puan L cerita hal tersebut pada rakannya di pejabat...sebab  Puan L dia pelik kenapa perempuan tersebut bawa payung pada malam hari...kata rakan Puan L itulah hantu Bedah....

Kisah saya....
semasa Miss honey semester 6 miss honey telah di hantar oleh pihak univerisiti untuk 1 program di Kedah semperna PM Dato Najib datang merasmikan program..baiklah pada masa itu miss honey di hantar atas tiket Duta Universiti dan disertakan dengan kereta dan seorang driver Upsi...Wow Naik kereta pegawai Upsi pula...huhuhu sengan pun ada.....baiklah nak di jadikan semasa dalam perjalanan pulang di kawasan Lebuh raya Gua Tempurung pada pukul 9.30 malam, seminggu selepas kematian Kapal Singh. Miss Honey ternampak di belakang sebuah  MPV ada sesuatu atas mpv terdapat satu benda berwarna hitam dan mempunyai rambut yang terjuntai sehingga menyapu jalan raya...wow memang serang nampak pula 2 biji mata merah..miss honey jenis mulut tak berjaga sikit.. miss honey terus tegur dan bagitahu pemandu sebelah miss honey..pemandu tersebut terus memotong MPV tersebut..miss honey tanyalah dia nampak ke tak..pemandu tersebut kata dia nampak,,, nampaknya mata miss honey betul-betul nampak sebab 2 orang dapat lihat.....miss honey jenis mulut tak boleh kontrol miss honey nak timbul suasana seram di dalam kereta lagi miss honey cerita pula kisah cikgu zubaidah seperti miss honey cerita kat kalian dia atas tadi..... pemandu kereta tadi dia dengar dan macam-macamlah dia tanya tiba-tiba dia diam..miss honey terkejut dan cakap lagi kisah tersebut...tapi dengan cepat pemandu tersebut suruh miss  honey diam..,miss honey terkejut terus terdiam....selepas itu kami berhenti di RnR Simpang Pulai, lalu tanpa melenggahkan masa miss honey tanya pemandu tersebut kenapa suruh miss honey diam..pemandu tersebut kata semasa miss honey dok tengah cerita tiba-tiba dia rasa di belakang kereta tempat penumpang belakang ada bayangan dan bau yang wanggi sangat..dah miss honey dah gelabah dah dengar... patutlah tertiba pemandu tersebut terdiam.woww...terkejut miss honey....nasib baik dia tak muncul huhuhu...

baiklah setakat itu sahaja hehehehe miss honey tak nampak pun sebab setiap malam di upsi miss honey redah aja masuk kampus tak fikir apa dah janji kita tak ganggu orang lain dan ada urusan penting...

Siapa yang masih belajar di Upsi..kalau kalian berani cuba siasat pula sebuah rumah misteri dan menakutkan di hadapan Pintu Utama..hehehhehe

p/s: Segala kisah jangan kalian percaya sangat ini sekadar misteri dan tak betul-betul di sahihkan pun. hanya sebuah cerita sahaja..selamat bertemu kembali..Assalamualaikum

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 28 September 2014

Peribadi muslimah Sejati


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


dah lama miss honey tidak beri perkongsian agama...
baiklah entry kali ini miss honey akan terangkan serba sedikit mengenai peribadi muslimah sejati yang perlu setiap wanita islam ada,, antaranya ialah:
 
1.Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al Qur’an dan As sunnah serta terjauh dari segala Bid’ah yang dapat menyesatkannya.

2. Matinul Khuluq,
Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

3.Qowiyul Jismi, Kuat tubuh badannya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Allah SWT.

4.Mutsaqoful Fikri, Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

5.Qodirun ‘alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa berdikari dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

6.Mujahidun linafsihi, Bersungguh sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimalkan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga terlihat baik pada dirinya ataupun orang lain.

7.Haritsun ‘ala waqtihi, Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang menyiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.

8.Munazhom Fii Su’unihi, Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

9.Naafi’un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan penting. Keberadaannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.


insyaAllah mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan muslimah berikut


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 16 September 2014

Mengintai Kamar Puteri Tunggal


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai apa khabar semua..
baiklah untuk entry  kali ini miss honey akan story mengenai kamar tuan puteri..
Amboi tuan puteri mana pula ni......
Puteri Hang Li Po ke???
hehhehehe
jangant teryja sangat ehhhh
miss honey nak story Kamar Puteri Sg. Lempong...
hehhehehe puteri tunggal pada encik Hamzah
ehhh ehhh macam kenal pula yek..
siapa pula ni...
macam selalu dengar aja...
Oppsss jangan terkejut!!
miss honeylah orangnya...

baiklah untuk entry kali ini miss honey akan mencemar duli untuk korang mengintai kamar miss honey...
nak tengok tak??
kalau nak tengok cepat baca...
kalau tak nak tengok boleh log out..
tak ada masalah (huhuhuhuh)

jom miss honey tak nak berleter panjang..
korang tengok ajalah yek

Katil beradu

Meja dan tempat study

set koleksi alatan solek


set alatan tulis

Hiasan di siling

koleksi novel
koleksi tudung dan shawl

koleksi keronsang

kalau korang perasan,, nampak tak bilik miss honey tahun ini bertemakan pink putih kan....
macam blog miss honey...
maka sudah pastinya kalian tahu warna kegemaran miss honey apa kan..hehhehehehe


baiklah setakat ini sahaja...
ASSALAMUALAIKUM



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Erti Kemerdekaan sebenar


Assalamualaikum..dan salam sejahtera



hari ini pada tanggal 16 September 2014...
negara kita menyambut Hari Malaysia....
Hari Malaysia ini di sambut semperna pergabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Malayu..
semperna pergabungan ini antara Tanah Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak..
sebelum ini Sarawak Telah di jajah oleh James Brooke selama 100 Tahun dan Sabah pula oleh SBUB (Syarikat Borneo Utara British)....
amboi miss honey dok cerita pasal penjajahan pula yek...
almaklumlah miss honey baru sudah mengajar student miss honey sejarah tingkatan 2 mengenai Penjajahan Asing di Tanah Melayu ..hehhehehehe

baiklah erti kemerdekaan yang sebenar apabila kita berjaya membebaskan diri dari pengaruh asing sama ada dari segi fizikial mahupun mental....
mungkin dari fizikal kita sudah merdeka...namun dari segi mental kita masih dipengaruhi oleh penjajahan asing dari segi hiburan, pakaian dan sebagainya....
jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri...
Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia semua...



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Wanita yang Cantik itu




: WANITA YANG CANTIK ITU ::

❥ Wanita yang cantik itu kerana Kejernihan dan Bersih paras wajahnya yang selalu dibasuh dengan Air Wudhu..

❥ Wanita yang Cantik itu kerana tudungnya ditutup hingga menutupi dada,walau yang lain dengan bangga berlenggak lenggok mendedahkan auratnya dengan bebas yang membuat tiap mata terpukau dan mengundang fitnah..

❥ Wanita yang Cantik itu kerana baik budi pekertinya dan
perilakunya, kerana berusaha menjaga tutur kata agar Santun
dan Ramah

❥ Wanita yang Anggun itu kerana berusaha membersihkan hatinya,
agar ucapan dan perbuatan selalu selaras..

❥ Wanita yang Mempesona itu kerana selalu menjaga agar
hasad, iri, dengki dan dendam tiada pernah menghiasi di hati..

❥ Wanita yang cantik dan manis itu kerana senyumnya yang tulus
kepada sesama..

❥ Namun bukan bermaksud merayu ataupun menggoda..

❥ Wanita yang cantik itu kerana Kesederhanaan yang berbalut rasa syukur akan segala karnia-NYA dan mampu merawat kecantikan hatinya hingga akhir masa..

❥ Wanita yang hebat itu kerana Kesabaran dalam mengarungi berbagai liku hidup walau perlu menempuhi ujian dan cubaan..

❥ Wanita yang mulia itu kerana Keimanan dan Kecintaan kepada
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-NYA sehingga berusaha
mengamalkan dan berusaha menjalankan sebaik-baiknya..

❥ Saudariku yang di muliakan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala,
sejatinya kita tercipta begitu cantik, indah dan mempesona dilihat dari berbagai sisi..

❥ Maka marilah kita belajar menjadi wanita yang solehah agar kecantikan yang kita miliki takkan pernah memudar oleh waktu..

❥ Bukanlah kecantikan yang semua yang akan segera memudar dan
layu kerana waktu...

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 14 September 2014

D.I.Y Simple Bekas alat solek


Assalamualaikum Dan salam sejahtera..
apa khabar semua sahabat miss honey..
Baiklah bersempena cuti sekolah ini..
miss honey akan buat satu projek..
hehehhee DIY projek bagi mendekorasikan bilik tidur miss honey..
alhamdulilah perancangan yang miss honey rancang berjalan seperti yang direncanakan..
baiklah untuk projek hari ini miss honey akan ajar sahabat miss honey nak buat bekas alat solek
actually bekas yang miss honey buat ini bukan sahaja sesuai untuk di letakkan alat solek,
malah turut sesuai untuk di letakkan sebarang alatan yang korang rasa berselerak....

Opsss..miss honey pakai alat solek ke???
tabaruj miss honey..
ehh tak lah miss honey hanya pakai yang asas dan sesuai mengikut syariat..
tak adalah nak berlebih-lebihan just untuk sedap mata memandang..
tidaklah orang memandang kita dengan muka serabut...berminyak dah sebagainya..
ye idak??? Islam kan mementingkan kecantikan secara sederhana...

Plezz miss honey sekarang bukan masa untuk bertazkirah.....
sila stop sebentar....
heheheheeh ok kita mulakan yek

Bahan-Bahan
1. Hot Glue Gam (Gam Panas)/ gam UHU
2. Bekas Polisterin Mangkuk dan Pinggan
3. Renda
4. Bekas gulungan Reben
5 Gunting..
6.Kertas berwarna A4

ok dah ada semua bahan.....
toturial seterusnya boleh tgk gambar yek...


Gamkan Renda menggunakan Gam panas/ Gam UHU pada bekas polisterin pingan dan mangkuk


gamkan kertas A4 warna  pada bekas gulungan riben


Hasil ketiga-tiga kita buat tadi jadi macam di bawah

Step seterusnya, susun bekas yang kalian dah buat dan gamkan nya...
Mudah.. simple dan cantik.....
Taraaa dah siap pun.....


Masa yang di tungu-tunggu..
apa lagi cepatlah letak barang korang yang nak susun dalam bekas yang dah siap


Miss honey letak bekasini dengan alat solet miss honey yang berselerak pada asalnya... korang boleh letak apa-apa sahaja



Bekas yang miss honey dah siapkan tadi, miss honey letak sebelah tempat make up...
ehhh-ehhh korang nampak tak bekas keronsang???
kalau nak tahu miss honey buat sendiri dari bekas kotak terbuang....
nak tahu macam mana buat???
Insyallah Nanti miss honey akan buat toturial Bekas keronsang sendiri..

SELAMAT MENCUBA SEMUA..
ASSALAMUALAIKUM









。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 13 September 2014

Aku ingin kembali


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
miss honey semua sahabat-sahabat miss honey berada dalam keadaan sihat sejahtera..
alhamdulilah miss honey berada dalam keadaan sihat hendaknya...
baiklah untuk tajuk entry kali ini miss honey menyentuh mengenai " Aku Ingin Kembali"
buat pengetahuan semua sahabat...
malam ni miss honey rasa sayu di hati yang teramat sangat...
miss honey cuba lelapkan mata,
namun hati miss honey makin tidak tenang...
Ya ALLAH..
dugaan apakah ini....
miss honey tiba-tiba menjadi sangat takut....
miss honey takut ALLAH tiba-tiba ambil nyawa miss honey dalam keadaan tengah buat maksiat ataupun tidak sempat bertaubat....
Ya  ALLAH..
sesungguhnya aku sangat zalim terhadap diriku ini..
terus membiarkan diriku dalam kealpaan,
terus membiarkan diriku dalam kemaksiatan
hawa nafsu jadi keutamaan..
insaf dikemudiankan
taubat di tangguhkan..
dengan harapan esok masih ada kesempatan....

miss honey ingin kembali seperti dahulu kembali..
kembali mengejar hidupan akhirat bukan keduniaan semata-mata..
kerana makin miss honey kejar dunia...makin hidup tidak tenang, tidak pernah rasa segalanya cukup...
sedangkan jika
Ya ALLAH.... jika miss honey cari pasti hidup miss honey tenang..
biarlah miss honey tewas sedikit di dunia asalkan saham di akhirat masih ada,,,
untuk step pertama miss honey akan cuba ikut jadual bagi mendekatkan diri pada ALLAH..
kalian juga boleh save dan simpan untuk kebaikan diri sendiri..
diharap miss honey mampu istikhamah..
jika kalian ada  tips yang boleh di kongsi, kongsi lah bersama miss honey..
kecil tapak tangan,padang pasir miss honey tadahkan


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 10 Ogos 2014

Ehh..21 hari lagi



Assalamuaaikum salam sejahtera...
apa khabar semua??
miss honey harap semua sahabat miss honey akan berada dalam keadaan sihat sejahtera..
untuk entry kali ini miss honey akan story mory dekat kalian sepintas yang boleh
ehh macam ada acara larian pecut pula kan...
haaa... mesti kalian tertanya apa lagi 21 hari lagi kan...
hehehehe lagi 21 hari lagi my e-day
Alamakkk banyak lagi yang miss belum siapkan...
eshhhh gemuruh pun ada...
hahahhaha bak kata orang e-day aja kan
tapi bagi miss honey pula..Misi DIY mesti di laksanakan..
baiklah untuk setakat ini miss honey sudah menyiapkan beg untuk beg cenderahati tetamu...(tak termasuk isi)
dah siap bei baju e-day...
ehh nak tengok baju miss honey ke...
kena sabar yek sayang semua..
kalau tunjuk sekarang tak suprise lah...
And then bunga untuk hantaran sekarang dalam proses...
semoga semua akan berjalan lancar...
opss miss honey kena tidur dah...
esok kena mengajar wehhhh
almaklumlah miss honey tengah praktikal sekarang...
SELAMAT MALAM SEMUA...



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 21 Jun 2014

Projek DIY: Lakaran Mini Pelamin


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
seperti yang miss honey story mory dalam entry sebelum ini..
sepanjang cuti semester ini miss honey akan buat Projek DIY..
untuk hari ini miss honey dah siapakan lakaran Mini Pelamin untuk e-Day..
wah macam miss honey teroverlah pula..
macam tak sabar-sabar yekk....
Opss bukan macam2
miss honey saja buat awal sebab nanti miss honey akan praktikal dan miss honey takut tak ada masa nanti...
baiklah...
untuk E-Day miss honey akan buat tema warna Biru Pink..
ewahh miss honey tak pernah lari dari warna pink..

untuk barjet mini pelamin miss honey..
miss honey barjet RM 150 ke bawah..
hehehheh bukan miss honey tak nak sewa dengan panggil butik buat..
tapi bagi miss honey tak nak membazir..dan paling penting miss honey ingin cabar kreativiti sendiri...
lagi pun bagi miss honey tak perlu nak hebat sangat sebabnya..mini pelamin ini miss honey buat dalam bilik sahaja..
untuk kenangan e-day bersama family..
OPPPSS orang luar bukan muhrim di larang Masuk!!!!

baiklah miss honey bercadang nak buat mini pelamin macam bawah ni

Cantikkan???
di sebabkan miss honey buat tema biru pink, maka miss honey mulalah design sendiri dengan bantuan
Paint dalam laptop..
entah jadi , entah tak...
nak tengok tak???
baiklah miss honey tunjuk sedikit yek..
entah nanti jadi or tak miss honey tak taulah..
hehhehehe


Untuk tilam tempat duduk miss honey akan pinjam sepupu,,
untuk bunga biru pink miss honey dah buat sikit dah ..
miss honey buat dari kertas Crepe ..
nak tahu macam mana buat???
ok nanti miss honey buat toturial dia yek..
untuk bantal..miss honey akan suruh my future mother in low.. tolong jahitkan kot...
tak pun miss honey jahit jelujur aja..senang kan..
untuk bunga miss honey akan buatt sendiri..
yang bulat-bulat sebenarnya tanglung...
miss honey dah beli dah tanglung hiasan..
hiasan bulat2 dia atas kepala mini pelamin 
sebenarnya miss honey akan buat kipas sepenuhnya daripada kertas...
hehehehhe jimat tak barjet,..
kain langsir,miss honey akan cuba cari kain Sifon yang harga 1meter RM 3.50
ERMM
korang rasa tercapai tak miss honey nak baut barjet..mini pelamin RM 150 ke bawah..
sama-samalah kita nantikan..
baiklah setakat ini sahaja
assalamualaikum

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Projek Cuti Semester: DIY (Do It Yourself)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulilah Miss Honey dah Cuti Semester..
tapi sayang..
cuti kali ini tidak sama seperti semester sebelumnya..
kali ini miss honey hanya dapat menikmati cuti semester selama 3 minggu sahaja
wah kejab sahaja kerana selepas ini miss honey akan buat Latihan mengajar..
nasib baik dekat sahaja dengan rumah Miss Honey..
makna kata miss honey berkesempatan untuk berpuasa dan beraya di rumah
horrey bagi yang tidak bernasib baik..mohon jangan jelas..
baiklah sepanjang 3 minggu ini..miss honey akan isi masa dengan satu projek hebat..
nak tahu projek apa..
nama projek ni miss honey beri nama...
Kau Rasa Kau Hebat..
wah gempak tak???
hehehhe sebenarnya ini projek DO IT YOURSELF ,, cuba buat sendiri..
nak tahu miss honey cuba buat apa..
miss honey cuba buat persiapan E-Day.
hope korang dapat doakan miss honey tak hangit-hangit tahu ayam..
ok untuk entry berikiutnya..miss honey akan update...
persiapan miss honey dah buat setakat ini...
hehheheh nak tengok sekarang???
sabar!!!
jumpa entry akan datang....

biar nampak misteri sikit..
hahaha miss honey sengaja nak baut korang SUPRISE!!
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tempat Praktikal Mengajar


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Syukur Alhamdulilah tempat praktikal miss honey dah lulus
wah..wah..sangat menjimatkan...
nak tahu kenapa tak??
baiklah Tempat Praktikal bagi bakal Cikgu Sejarah ni dekat sahaja dengan rumah miss honey,,
so nak di pendekan cerita,
of couselah miss honey dapat jimatkan duit miss honey..hehhehe...


Alhamdulilah permohonan miss honey untuk membuat latihan mengajar di sekolah lama miss honey tercapai juga..
bolehlah miss honey jimay belanja,
makanminum, tempat tinggal.. mama papa miss honey tanggung..
Syukur..
duit boleh simpan untuk kahwin..
Miss honey start buat latihan Mengajar 14 Julai 2014...
takut pun ada teruja pun ada,,,
miss honey pernah sekolah di sana 7 tahun sudah
heheheheh


Baiklah setakat ini sahaja...Bye..bye



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Berakhir sudah exam semester 6




Assalamualaikum dan hello..Helloo..
apa khabar semua..
semoga kalian berada dalam sihat sejahtera yek...
ALHAMDULILAH....
syukur..
berakhir sudah peperiksaan miss honey untuk semester 6
wah cepat sungguh masa miss honey di UPSI....
sedar tak sedar dah tiga tahun rupanya yek..
semester ni miss honey hanya ambil 4subjek

9/6/2014 = Asia Timur Abad ke 20
12/6/2/14= Ekonomi Antarabangsa
18/6/2014= Asia Tenggara abad ke 20
19/6/2014= Penulisan dan Penyelidikan Sejarah

Alhamdulilh dengan berakhirnya paper terakhir tersebut..
maka berakhirlah semester 6...
Semester 7 pada bulan 7 ini..
hohoho best ....sebab miss honey akan berpraktikal di sekolah..
nak tahu miss honey dapat sekolah mana???
sabar !!
Tunggu entry seterusnya
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 20 Mei 2014

Topup Giveaway by Mya Farisha


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ok ni next giveaway miss honey untuk hari ini..
hehhehehe
dengan asgment yang banyak dan juga programkena settle sempatlagi miss honey join Giveaway..
hehhehehe tak apa boleh release kan tention..
korang nak join juga tak???
jomlah
Klik banner untuk join
Hadiah
Top Referral : RM30
24 Pemenang bertuah : RM5

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue




Assalamualikum dan salam sejahtera..
Hari Ini Miss Honey Join Giveaway lagi by Cik Ayue..mana tau ada rezeki kan...
korang nak join juga??
jomlah

(Klik banner di atas untuk join)

facebook link :


Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik Ayue!! 




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 19 Mei 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!



KLIK
BANNER UNTUK JOIN

Salam
1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk
beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan.
Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat
pemenang bertuah!

HADIAH:
USB
Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery
Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge
magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT:
29 MEI 2014
– Jam 11.59 malam

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 18 Mei 2014

Aku dan Spirit of The Coin


Assalamualaikum dan salam sejahtera
bertemu kembali kita,,,
sihat semua??
baiklah tanpa melengahkan masa miss honey ingin mengucapkan beribu-riban jutaan maaf kerana sudah lama tak teupdate my blog nie...
hahaha barjet ramai followers kot..
miss honey plezz,,plezz jangan perasan yek..

baiklah sebelum miss honey membuka al-kisah tersebutlah sebuah kisah...
miss honey mahu semua reader tenangkan hati, lapangkan minda,,, tarik nafas dan kentut sikit ambil bau..hehhhehe
gurau aja..
sebelum ini kebanyakkan entry miss honey banyak berkisar kepada islamik dan aktiviti miss hoeny serba sedikit..
Tapi!!..Tapiii
kali ini entry miss honey akan tulis mengenai kisah benar miss honey sedikit yang agak misterius beb!!

kisah miss honey ingin tulis ini merupakan sedekit coretan kisah benar miss honey..
untuk pengetahuan semua di sekolah menengah dahulu miss honey ketegori pelajar yang agak nakal dan degil..
everything semua miss honey nak cuba...(semuanya akan miss honey cerita pada entry akan datang)
almaklumlah masa tersebut hormon tengah meningkat dan semua rasa best tanpa fikirkan baik buruk..
oppsss miss honey sila kembali ke pangkal jalan jangan nak buat tazkirah pula dalam entry ini..
ok dear miss hoeny mulakan story yek..
masa itu umur miss honey 15 tahun, baru nak ambil PMR..
baiklah di sekolah dulu miss honey merupakan pelajar aliran Khas...(bukan khas untuk kelainan upaya yek)..tapi khas bagi pelajar PMR yang mengambil 9 mata pelajaran include Bahasa Arab.
masa itu miss honey agak nakal dan suka cuba benda yang pelik-pelik.
satu hari kawan  miss honey ajak miss honey cuba satu permainan nie..yang berkaitan seru menyeru hantu/roh..
jadi miss honey tanpa melengahkan masa terus setuju..
ok fine pada  masa tersebut miss honey memang blurr permainan apa yang ingin mereka ajar miss honey..
kawan miss honey ajak dia punya pakwe..
miss honey pada masa tersebut biasalah budak-budak lagi nak kenal pakwe-pakwe nie..so miss honey memang tak ada bawa siapa-siapa pun
mula-mula kawan miss honey buat satu kertas yang ada nombor dan abjad dan paling penting ada rumah untuk kita dan rumah spirit .... perkataan yes dan no..

contoh kertas permainan/pemujaan

di atas miss honey ada tunjuk contoh kertas spirit..maaf kertas yang miss honey main miss honey dah buang or simpan mana entah..malas nak ingat... so, sorry tak dapat tunjuk gambar yang betul...
kertas dah siap 1st kami main, kami main biasa aja... sebelum itu kena puja dan seru sedikit... korang jangan buat yek...jadi kurafat nanti. ayat ni macam di bawah
Spirit..spirit please come in...(sebut banyak kali..)

letak syiling di dalam rumah spirit yang korang dah lukis..tangan di atas coin dan jangan tekan terlalu rapat..just layang-layang sahaja(kena tak kena sahaja). bila spirit dah masuk secara automatik coin agak bergerak sendiri..waktu dekat sinilah korang boleh tanya soalan dia dah ada ke...if dia ada spirit akan gerak coin dekat Yes!!... dan korang boleh lah tanya pelbagai soalan dekat spirit...dulu zaman jahil miss honey pernah tanya keputusan PMR miss honey dapat berapa A. spirit bagi jawapan dapat 3 A sahaja..hahhaha biol betul miss honey waktu2 sedihnya dapat sikit(hantuk kepala sendiri siapa suruh percaya kan) nasiblah tak dapat 3 A sahaja.. baiklah untuk dapatkan kesan yang lebih extrame dan seram..miss dengan kawan-kawan main di bawah pokok buluh di taman permainan Selama..orang Selama..taulah kalau miss honey sebut Taman Kolam Air, Selama Perak....
baiklah kitorang main dekat situ pun sebab bf kawan miss honey cakap tempat sunyi bawah pokok macam tu banyak roh berkeliaran...untuk menampakkan kesan yang lebih cepat,kitorang main guna darah masing2 letak atas kertas spirit... fuh kononnya nak dapat yang roh yang kuatlah...
maka bermulalah proses ambil darah di ibu jari,.. bila tiba giliran miss honey..miss honey dah pucat...diorang ambil darah di tangan miss honey...hhahahahahaha..disebabkan tangan miss honey terlalu pucat, jadi darah tak ada.. terpaksalah kawan-kwan miss honey ambil darah miss honey dari ibu jari kaki..kehkeh...seget betullah waktu tu,,nak main tapi takut!!
Seru punya seru masuklah roh tersebut seorang budak kecil yang mati gantung diri..kitorang sembang punya sembanglah dengan makluk ALLAH seekor tersebut..lepas puas kami main..kami hantar dia pulang..
dear readers kalau nak hantar dia pulang, kena tanya dia dulu nak balik tak..kalau dia nak balik dia akan pergi ke rumah dia dan akan jawab yess...tapi padahnya  kalau roh tersebut tak nak balik, korang kenalah main"benda" tersebut lagi dan pujuk dia balik....
Plezzz..plezz jangan angkat jari dari coin..diorang kata kalau kita tak hantar dia balik dengan sempurna..roh tersebut akan ikut korang balik... kebiasaan yang roh ikut balik akan menyebabkan ..korang akan di hantui roh tersebut paling teruk kesannya korang akan jadi gila...tapi gila kira ok lagi jika nak di bandingkan dengan korang dah mengadaikan akidah korang sebab dah buat perbuatan syirik..berdosa besar kot....!! ok siapa yang pernah main sila buat solat taubat cepat-cepat k..

berbalik pada kisah coin tadi, kawan miss honey pesan selepas main coin/syiling yang digunakan kena buang dalam sungai..or kat mana-mana sahajalah ..tak boleh guna dah... nak di jadikan cerita lepas kitorang habis main dalam perjalanan nak balik..bf kawan miss honey cerita..masa kitorang tengah main dia nampak roh tersebut.roh tersebut dalam keadaan budak kecil..duduk celah-celah antara kami berempat..sedang perhatikan kami main,, perhhhhhh dengar aja dia cerita..terus berdiri bulu roma miss honey(masa mula main tak ingat pula takut).. natijahnya..lepas sahaja balik miss honey tak berani nak pandang cermin..takut "benda" tersebut ada nampak dalam cermin dan paling kelakar miss honey tak habis-habis berhenti zikir sebab takut benda tersebut ikut balik... tahu pula miss honey tingkatkan amal ibadat yek.. terus taubat tak nak main dah...hehehehhe...

korang di luar sana terutamanya adik-adik jangan cuba-cuba main pula,, kesannya amatlah bahaya..boleh tersasar akidah sebagai seorang muslim...dah ramai didunia ini manusia,, kenapa perlu kita berkawan dengan roh..kalau nak minta bantuan , mintalah pada ALLAH.
sekian berjumpa lagi..
bye semua






。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 22 April 2014

Wanita Insan Hebat



Bismillah.....
Seorang anak yang sudah remaja bertanya pada ayahnya.
Anak : “Ayah, mengapa seorang wanita itu sangat mudah menangis?”
Ayah : “Seorang wanita itu mudah menangis kerana Allah menciptakan bahu yang cukup kuat untuk menampung dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi keamanan!”
Anak : “Menampung dunia?”
Ayah : “Iya, kerana wanita memiliki peranan sangat penting di dunia ini!”
Anak : “Boleh ayah jelaskan apa yang istimewa dari seorang wanita?”
Ayah : “Allah memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak, dan menerima penolakan yang sering datang dari anak-anaknya. Allah memberi kekerasan untuk membuatnya kuat saat orang lain menyerah, namun dia mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
Anak : “seistimewa itu ayah.?”
Ayah : “Bukan hanya itu, Allah juga memberikan kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan. Bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
Anak : “Ternyata wanita itu sungguh luar biasa ya, ayah?!”
Ayah : “Masih ada lagi keistimewaan yang di milik seorang wanita.”
Anak : “Apa itu ayah?”
Ayah : “Allah memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Allah memberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya. Tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
Anak : “Lalu bagaimana dengan lelaki?”
Ayah : “Lelaki harus membuat wanita merasa nyaman dan terlindung di saat berada di sampingnya. Jangan pernah membuat hati wanita terluka, jika lelaki berniat mempermainkan wanita, ingatlah pengorbanan wanita yang telah melahirkannya.

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Gurindam Cikgu Hasniza




InsyaAllah
saya want to be CIKGU HASNIZA,
pelajar saya panggil saya CIKGU HANI,
ada yang panggil saya CIKGU SITI.
saya mengajar subjek sejarah, dan kadang-kadang ekonomi. 
apa pun saya suka jadi cikgu sebab banyak cuti,
tidak lah nanti keluarga ternanti-nanti.
cita-cita jadi isteri mithali,

baru dapat masuk syurga bersama suami.



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Rabu, 15 Januari 2014

lupakan kesedihan masa lalu



Saudara dan Saudariku,yang mendambakan kebahagiaan . . . .

       Ketahuilah bahawa kita tak akan meraih hidup bahagia, hingga kita bisa menghapus dan melupakan segala kesedihan di masa lalu. Sebab mengingat peristiwa masa lampau,berusaha memutar kembali kenangan pahit dan berusaha untuk selalu menghadirkannya serta bersedih hati terhadap bencana yang terjadi di masa silam merupakan sikap dungu dan gila.

      Menyibukkan diri memikirkan hal itu merupakan perbuatan orang bodoh yang sia-sia. Bahkan itu merupakan sikap pembunuhan terhadap kehendak dan penghancuran terhadap kehidupan di masa yang akan datang.


       Orang yang Beriman adalah orang yang faham betul bahawa segala yang telah terjadi, baik ataupun buruk, kecil ataupun besar, manis maupun pahit, semua itu telah tertulis dalam catatan takdir lima ribu tahun sebelum langit dan bumi diciptakan.Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam  bersabda :

" Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menulis takdir seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi." ( Hadits riwayat Muslim (6919) dari Abdulullah bin 'Amru )


       Orang yang mengimani takdir Allah Subhanahu wa Ta'ala tahu bahawa apa yang di kehendaki Allah pasti akan terjadi. Tak ada seorangpun yang dapat mencegahnya. Termasuk peristiwa pahit yang kita alami. Maka catatan-catatan kepedihan masa lalu, harus segera dilipat dan di tutup untuk selamanya di gudang yang bernama lupa. Kerana ia adalah catatan usang yang sudah habis masanya dan tak berguna lagi membukanya.


       Tidak ada artinya mengingat - ingat kepedihan masa lalu. Tak ada pula gunanya memperbaharui kesedihan masa silam. Apalagi berusaha menjernihkan sesuatu yang keruh yang telah terjadi di masa lampau.


              Kerananya,

        Bebaskan dirimu dari bayang-bayang masa lalu. sebab kita takkan mungkin boleh mengembalikan sungai ke mata airnya. Kita tak mungkin boleh mengembalikan matahari ke tempat terbitnya. Dan kita juga tak mungkin boleh mengembalikan bayi ke perut ibunya.

        Jika kita terus mengingat dengan peristiwa masa lalu nescaya kita akan terlempar dalam jurang penderitaan. Larut dalam kepedihan masa lalu hanya akan merugikan waktumu yang sekarang dan yang akan datang.

        Tenggelam dalam kesedihan hanya akan memporak-porandakan segala kemampuan yang engkau miliki. Waktumu akan terbuang percuma, semangatmu akan lemah dan masa depanmu terancam.

        Peristiwa masa lalu hanya perlu kita jadikan pelajaran, bukan sebagai racun yang mematikan. Kerana itu, ketika menyebutkan  peristiwa-peristiwa yang dialami oleh umat-umat terdahulu Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutkan :

" Itu adalah umat yang telah lalu. Baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan. dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawaban tentang apa yang telah mereka kerjakan." (QS. Al - Baqarah : 141)


       Peristiwa dan urusan umat - umat terdahulu telah berakhir dan selesai. Maka tidak perlu lagi mengorek-ngorek ataupun merekam ulang roda sejarah masa silam.

       Jika ingin bahagia, kita harus yakin bahawa semua kebaikan ataupun keburukan yang kita alami di masa lalu merupakan ketetapan Allah. Semua yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut ilmu Allah.

       Tidak perlu kita berandai-andai dengan peristiwa yang telah terjadi sebab hanya akan membangkitkan penyesalan yang tak berguna. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
" Berusahalah meraih apa-apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan bersikap lemah.

Jika musibah menimpamu, janganlah katakan : Seandainya aku melakukan ini dan ini tentu hasilnya akan begini dan begini. Akan tetapi katakanlah : " Ini adalah takdir Allah, apa yang di kehendaki- Nya pasti terjadi." Sebab berandai - andai itu dapat membuka pintu kejahatan setan."  ( Hadits riwayat Muslim (6945) dari Abu Hurairah )

        Orang yang berakal mengetahui bahawa kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang tenteram dan bahagia. Sadarilah, waktu dan umur kita sangatlah singkat. Maka tak selayaknya membatasi kehidupan ini dengan perasaan sedih yang berkepanjangan,  


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers