Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 18 Mei 2014

Aku dan Spirit of The Coin


Assalamualaikum dan salam sejahtera
bertemu kembali kita,,,
sihat semua??
baiklah tanpa melengahkan masa miss honey ingin mengucapkan beribu-riban jutaan maaf kerana sudah lama tak teupdate my blog nie...
hahaha barjet ramai followers kot..
miss honey plezz,,plezz jangan perasan yek..

baiklah sebelum miss honey membuka al-kisah tersebutlah sebuah kisah...
miss honey mahu semua reader tenangkan hati, lapangkan minda,,, tarik nafas dan kentut sikit ambil bau..hehhhehe
gurau aja..
sebelum ini kebanyakkan entry miss honey banyak berkisar kepada islamik dan aktiviti miss hoeny serba sedikit..
Tapi!!..Tapiii
kali ini entry miss honey akan tulis mengenai kisah benar miss honey sedikit yang agak misterius beb!!

kisah miss honey ingin tulis ini merupakan sedekit coretan kisah benar miss honey..
untuk pengetahuan semua di sekolah menengah dahulu miss honey ketegori pelajar yang agak nakal dan degil..
everything semua miss honey nak cuba...(semuanya akan miss honey cerita pada entry akan datang)
almaklumlah masa tersebut hormon tengah meningkat dan semua rasa best tanpa fikirkan baik buruk..
oppsss miss honey sila kembali ke pangkal jalan jangan nak buat tazkirah pula dalam entry ini..
ok dear miss hoeny mulakan story yek..
masa itu umur miss honey 15 tahun, baru nak ambil PMR..
baiklah di sekolah dulu miss honey merupakan pelajar aliran Khas...(bukan khas untuk kelainan upaya yek)..tapi khas bagi pelajar PMR yang mengambil 9 mata pelajaran include Bahasa Arab.
masa itu miss honey agak nakal dan suka cuba benda yang pelik-pelik.
satu hari kawan  miss honey ajak miss honey cuba satu permainan nie..yang berkaitan seru menyeru hantu/roh..
jadi miss honey tanpa melengahkan masa terus setuju..
ok fine pada  masa tersebut miss honey memang blurr permainan apa yang ingin mereka ajar miss honey..
kawan miss honey ajak dia punya pakwe..
miss honey pada masa tersebut biasalah budak-budak lagi nak kenal pakwe-pakwe nie..so miss honey memang tak ada bawa siapa-siapa pun
mula-mula kawan miss honey buat satu kertas yang ada nombor dan abjad dan paling penting ada rumah untuk kita dan rumah spirit .... perkataan yes dan no..

contoh kertas permainan/pemujaan

di atas miss honey ada tunjuk contoh kertas spirit..maaf kertas yang miss honey main miss honey dah buang or simpan mana entah..malas nak ingat... so, sorry tak dapat tunjuk gambar yang betul...
kertas dah siap 1st kami main, kami main biasa aja... sebelum itu kena puja dan seru sedikit... korang jangan buat yek...jadi kurafat nanti. ayat ni macam di bawah
Spirit..spirit please come in...(sebut banyak kali..)

letak syiling di dalam rumah spirit yang korang dah lukis..tangan di atas coin dan jangan tekan terlalu rapat..just layang-layang sahaja(kena tak kena sahaja). bila spirit dah masuk secara automatik coin agak bergerak sendiri..waktu dekat sinilah korang boleh tanya soalan dia dah ada ke...if dia ada spirit akan gerak coin dekat Yes!!... dan korang boleh lah tanya pelbagai soalan dekat spirit...dulu zaman jahil miss honey pernah tanya keputusan PMR miss honey dapat berapa A. spirit bagi jawapan dapat 3 A sahaja..hahhaha biol betul miss honey waktu2 sedihnya dapat sikit(hantuk kepala sendiri siapa suruh percaya kan) nasiblah tak dapat 3 A sahaja.. baiklah untuk dapatkan kesan yang lebih extrame dan seram..miss dengan kawan-kawan main di bawah pokok buluh di taman permainan Selama..orang Selama..taulah kalau miss honey sebut Taman Kolam Air, Selama Perak....
baiklah kitorang main dekat situ pun sebab bf kawan miss honey cakap tempat sunyi bawah pokok macam tu banyak roh berkeliaran...untuk menampakkan kesan yang lebih cepat,kitorang main guna darah masing2 letak atas kertas spirit... fuh kononnya nak dapat yang roh yang kuatlah...
maka bermulalah proses ambil darah di ibu jari,.. bila tiba giliran miss honey..miss honey dah pucat...diorang ambil darah di tangan miss honey...hhahahahahaha..disebabkan tangan miss honey terlalu pucat, jadi darah tak ada.. terpaksalah kawan-kwan miss honey ambil darah miss honey dari ibu jari kaki..kehkeh...seget betullah waktu tu,,nak main tapi takut!!
Seru punya seru masuklah roh tersebut seorang budak kecil yang mati gantung diri..kitorang sembang punya sembanglah dengan makluk ALLAH seekor tersebut..lepas puas kami main..kami hantar dia pulang..
dear readers kalau nak hantar dia pulang, kena tanya dia dulu nak balik tak..kalau dia nak balik dia akan pergi ke rumah dia dan akan jawab yess...tapi padahnya  kalau roh tersebut tak nak balik, korang kenalah main"benda" tersebut lagi dan pujuk dia balik....
Plezzz..plezz jangan angkat jari dari coin..diorang kata kalau kita tak hantar dia balik dengan sempurna..roh tersebut akan ikut korang balik... kebiasaan yang roh ikut balik akan menyebabkan ..korang akan di hantui roh tersebut paling teruk kesannya korang akan jadi gila...tapi gila kira ok lagi jika nak di bandingkan dengan korang dah mengadaikan akidah korang sebab dah buat perbuatan syirik..berdosa besar kot....!! ok siapa yang pernah main sila buat solat taubat cepat-cepat k..

berbalik pada kisah coin tadi, kawan miss honey pesan selepas main coin/syiling yang digunakan kena buang dalam sungai..or kat mana-mana sahajalah ..tak boleh guna dah... nak di jadikan cerita lepas kitorang habis main dalam perjalanan nak balik..bf kawan miss honey cerita..masa kitorang tengah main dia nampak roh tersebut.roh tersebut dalam keadaan budak kecil..duduk celah-celah antara kami berempat..sedang perhatikan kami main,, perhhhhhh dengar aja dia cerita..terus berdiri bulu roma miss honey(masa mula main tak ingat pula takut).. natijahnya..lepas sahaja balik miss honey tak berani nak pandang cermin..takut "benda" tersebut ada nampak dalam cermin dan paling kelakar miss honey tak habis-habis berhenti zikir sebab takut benda tersebut ikut balik... tahu pula miss honey tingkatkan amal ibadat yek.. terus taubat tak nak main dah...hehehehhe...

korang di luar sana terutamanya adik-adik jangan cuba-cuba main pula,, kesannya amatlah bahaya..boleh tersasar akidah sebagai seorang muslim...dah ramai didunia ini manusia,, kenapa perlu kita berkawan dengan roh..kalau nak minta bantuan , mintalah pada ALLAH.
sekian berjumpa lagi..
bye semua






。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers