Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 28 September 2014

Peribadi muslimah Sejati


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


dah lama miss honey tidak beri perkongsian agama...
baiklah entry kali ini miss honey akan terangkan serba sedikit mengenai peribadi muslimah sejati yang perlu setiap wanita islam ada,, antaranya ialah:
 
1.Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al Qur’an dan As sunnah serta terjauh dari segala Bid’ah yang dapat menyesatkannya.

2. Matinul Khuluq,
Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

3.Qowiyul Jismi, Kuat tubuh badannya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Allah SWT.

4.Mutsaqoful Fikri, Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

5.Qodirun ‘alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa berdikari dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

6.Mujahidun linafsihi, Bersungguh sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimalkan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga terlihat baik pada dirinya ataupun orang lain.

7.Haritsun ‘ala waqtihi, Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang menyiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.

8.Munazhom Fii Su’unihi, Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

9.Naafi’un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan penting. Keberadaannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.


insyaAllah mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan muslimah berikut


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 16 September 2014

Mengintai Kamar Puteri Tunggal


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai apa khabar semua..
baiklah untuk entry  kali ini miss honey akan story mengenai kamar tuan puteri..
Amboi tuan puteri mana pula ni......
Puteri Hang Li Po ke???
hehhehehe
jangant teryja sangat ehhhh
miss honey nak story Kamar Puteri Sg. Lempong...
hehhehehe puteri tunggal pada encik Hamzah
ehhh ehhh macam kenal pula yek..
siapa pula ni...
macam selalu dengar aja...
Oppsss jangan terkejut!!
miss honeylah orangnya...

baiklah untuk entry kali ini miss honey akan mencemar duli untuk korang mengintai kamar miss honey...
nak tengok tak??
kalau nak tengok cepat baca...
kalau tak nak tengok boleh log out..
tak ada masalah (huhuhuhuh)

jom miss honey tak nak berleter panjang..
korang tengok ajalah yek

Katil beradu

Meja dan tempat study

set koleksi alatan solek


set alatan tulis

Hiasan di siling

koleksi novel
koleksi tudung dan shawl

koleksi keronsang

kalau korang perasan,, nampak tak bilik miss honey tahun ini bertemakan pink putih kan....
macam blog miss honey...
maka sudah pastinya kalian tahu warna kegemaran miss honey apa kan..hehhehehehe


baiklah setakat ini sahaja...
ASSALAMUALAIKUM



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Erti Kemerdekaan sebenar


Assalamualaikum..dan salam sejahtera



hari ini pada tanggal 16 September 2014...
negara kita menyambut Hari Malaysia....
Hari Malaysia ini di sambut semperna pergabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Malayu..
semperna pergabungan ini antara Tanah Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak..
sebelum ini Sarawak Telah di jajah oleh James Brooke selama 100 Tahun dan Sabah pula oleh SBUB (Syarikat Borneo Utara British)....
amboi miss honey dok cerita pasal penjajahan pula yek...
almaklumlah miss honey baru sudah mengajar student miss honey sejarah tingkatan 2 mengenai Penjajahan Asing di Tanah Melayu ..hehhehehehe

baiklah erti kemerdekaan yang sebenar apabila kita berjaya membebaskan diri dari pengaruh asing sama ada dari segi fizikial mahupun mental....
mungkin dari fizikal kita sudah merdeka...namun dari segi mental kita masih dipengaruhi oleh penjajahan asing dari segi hiburan, pakaian dan sebagainya....
jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri...
Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia semua...



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Wanita yang Cantik itu




: WANITA YANG CANTIK ITU ::

❥ Wanita yang cantik itu kerana Kejernihan dan Bersih paras wajahnya yang selalu dibasuh dengan Air Wudhu..

❥ Wanita yang Cantik itu kerana tudungnya ditutup hingga menutupi dada,walau yang lain dengan bangga berlenggak lenggok mendedahkan auratnya dengan bebas yang membuat tiap mata terpukau dan mengundang fitnah..

❥ Wanita yang Cantik itu kerana baik budi pekertinya dan
perilakunya, kerana berusaha menjaga tutur kata agar Santun
dan Ramah

❥ Wanita yang Anggun itu kerana berusaha membersihkan hatinya,
agar ucapan dan perbuatan selalu selaras..

❥ Wanita yang Mempesona itu kerana selalu menjaga agar
hasad, iri, dengki dan dendam tiada pernah menghiasi di hati..

❥ Wanita yang cantik dan manis itu kerana senyumnya yang tulus
kepada sesama..

❥ Namun bukan bermaksud merayu ataupun menggoda..

❥ Wanita yang cantik itu kerana Kesederhanaan yang berbalut rasa syukur akan segala karnia-NYA dan mampu merawat kecantikan hatinya hingga akhir masa..

❥ Wanita yang hebat itu kerana Kesabaran dalam mengarungi berbagai liku hidup walau perlu menempuhi ujian dan cubaan..

❥ Wanita yang mulia itu kerana Keimanan dan Kecintaan kepada
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-NYA sehingga berusaha
mengamalkan dan berusaha menjalankan sebaik-baiknya..

❥ Saudariku yang di muliakan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala,
sejatinya kita tercipta begitu cantik, indah dan mempesona dilihat dari berbagai sisi..

❥ Maka marilah kita belajar menjadi wanita yang solehah agar kecantikan yang kita miliki takkan pernah memudar oleh waktu..

❥ Bukanlah kecantikan yang semua yang akan segera memudar dan
layu kerana waktu...

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 14 September 2014

D.I.Y Simple Bekas alat solek


Assalamualaikum Dan salam sejahtera..
apa khabar semua sahabat miss honey..
Baiklah bersempena cuti sekolah ini..
miss honey akan buat satu projek..
hehehhee DIY projek bagi mendekorasikan bilik tidur miss honey..
alhamdulilah perancangan yang miss honey rancang berjalan seperti yang direncanakan..
baiklah untuk projek hari ini miss honey akan ajar sahabat miss honey nak buat bekas alat solek
actually bekas yang miss honey buat ini bukan sahaja sesuai untuk di letakkan alat solek,
malah turut sesuai untuk di letakkan sebarang alatan yang korang rasa berselerak....

Opsss..miss honey pakai alat solek ke???
tabaruj miss honey..
ehh tak lah miss honey hanya pakai yang asas dan sesuai mengikut syariat..
tak adalah nak berlebih-lebihan just untuk sedap mata memandang..
tidaklah orang memandang kita dengan muka serabut...berminyak dah sebagainya..
ye idak??? Islam kan mementingkan kecantikan secara sederhana...

Plezz miss honey sekarang bukan masa untuk bertazkirah.....
sila stop sebentar....
heheheheeh ok kita mulakan yek

Bahan-Bahan
1. Hot Glue Gam (Gam Panas)/ gam UHU
2. Bekas Polisterin Mangkuk dan Pinggan
3. Renda
4. Bekas gulungan Reben
5 Gunting..
6.Kertas berwarna A4

ok dah ada semua bahan.....
toturial seterusnya boleh tgk gambar yek...


Gamkan Renda menggunakan Gam panas/ Gam UHU pada bekas polisterin pingan dan mangkuk


gamkan kertas A4 warna  pada bekas gulungan riben


Hasil ketiga-tiga kita buat tadi jadi macam di bawah

Step seterusnya, susun bekas yang kalian dah buat dan gamkan nya...
Mudah.. simple dan cantik.....
Taraaa dah siap pun.....


Masa yang di tungu-tunggu..
apa lagi cepatlah letak barang korang yang nak susun dalam bekas yang dah siap


Miss honey letak bekasini dengan alat solet miss honey yang berselerak pada asalnya... korang boleh letak apa-apa sahaja



Bekas yang miss honey dah siapkan tadi, miss honey letak sebelah tempat make up...
ehhh-ehhh korang nampak tak bekas keronsang???
kalau nak tahu miss honey buat sendiri dari bekas kotak terbuang....
nak tahu macam mana buat???
Insyallah Nanti miss honey akan buat toturial Bekas keronsang sendiri..

SELAMAT MENCUBA SEMUA..
ASSALAMUALAIKUM









。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Sabtu, 13 September 2014

Aku ingin kembali


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
miss honey semua sahabat-sahabat miss honey berada dalam keadaan sihat sejahtera..
alhamdulilah miss honey berada dalam keadaan sihat hendaknya...
baiklah untuk tajuk entry kali ini miss honey menyentuh mengenai " Aku Ingin Kembali"
buat pengetahuan semua sahabat...
malam ni miss honey rasa sayu di hati yang teramat sangat...
miss honey cuba lelapkan mata,
namun hati miss honey makin tidak tenang...
Ya ALLAH..
dugaan apakah ini....
miss honey tiba-tiba menjadi sangat takut....
miss honey takut ALLAH tiba-tiba ambil nyawa miss honey dalam keadaan tengah buat maksiat ataupun tidak sempat bertaubat....
Ya  ALLAH..
sesungguhnya aku sangat zalim terhadap diriku ini..
terus membiarkan diriku dalam kealpaan,
terus membiarkan diriku dalam kemaksiatan
hawa nafsu jadi keutamaan..
insaf dikemudiankan
taubat di tangguhkan..
dengan harapan esok masih ada kesempatan....

miss honey ingin kembali seperti dahulu kembali..
kembali mengejar hidupan akhirat bukan keduniaan semata-mata..
kerana makin miss honey kejar dunia...makin hidup tidak tenang, tidak pernah rasa segalanya cukup...
sedangkan jika
Ya ALLAH.... jika miss honey cari pasti hidup miss honey tenang..
biarlah miss honey tewas sedikit di dunia asalkan saham di akhirat masih ada,,,
untuk step pertama miss honey akan cuba ikut jadual bagi mendekatkan diri pada ALLAH..
kalian juga boleh save dan simpan untuk kebaikan diri sendiri..
diharap miss honey mampu istikhamah..
jika kalian ada  tips yang boleh di kongsi, kongsi lah bersama miss honey..
kecil tapak tangan,padang pasir miss honey tadahkan


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers