Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 14 September 2014

D.I.Y Simple Bekas alat solek


Assalamualaikum Dan salam sejahtera..
apa khabar semua sahabat miss honey..
Baiklah bersempena cuti sekolah ini..
miss honey akan buat satu projek..
hehehhee DIY projek bagi mendekorasikan bilik tidur miss honey..
alhamdulilah perancangan yang miss honey rancang berjalan seperti yang direncanakan..
baiklah untuk projek hari ini miss honey akan ajar sahabat miss honey nak buat bekas alat solek
actually bekas yang miss honey buat ini bukan sahaja sesuai untuk di letakkan alat solek,
malah turut sesuai untuk di letakkan sebarang alatan yang korang rasa berselerak....

Opsss..miss honey pakai alat solek ke???
tabaruj miss honey..
ehh tak lah miss honey hanya pakai yang asas dan sesuai mengikut syariat..
tak adalah nak berlebih-lebihan just untuk sedap mata memandang..
tidaklah orang memandang kita dengan muka serabut...berminyak dah sebagainya..
ye idak??? Islam kan mementingkan kecantikan secara sederhana...

Plezz miss honey sekarang bukan masa untuk bertazkirah.....
sila stop sebentar....
heheheheeh ok kita mulakan yek

Bahan-Bahan
1. Hot Glue Gam (Gam Panas)/ gam UHU
2. Bekas Polisterin Mangkuk dan Pinggan
3. Renda
4. Bekas gulungan Reben
5 Gunting..
6.Kertas berwarna A4

ok dah ada semua bahan.....
toturial seterusnya boleh tgk gambar yek...


Gamkan Renda menggunakan Gam panas/ Gam UHU pada bekas polisterin pingan dan mangkuk


gamkan kertas A4 warna  pada bekas gulungan riben


Hasil ketiga-tiga kita buat tadi jadi macam di bawah

Step seterusnya, susun bekas yang kalian dah buat dan gamkan nya...
Mudah.. simple dan cantik.....
Taraaa dah siap pun.....


Masa yang di tungu-tunggu..
apa lagi cepatlah letak barang korang yang nak susun dalam bekas yang dah siap


Miss honey letak bekasini dengan alat solet miss honey yang berselerak pada asalnya... korang boleh letak apa-apa sahaja



Bekas yang miss honey dah siapkan tadi, miss honey letak sebelah tempat make up...
ehhh-ehhh korang nampak tak bekas keronsang???
kalau nak tahu miss honey buat sendiri dari bekas kotak terbuang....
nak tahu macam mana buat???
Insyallah Nanti miss honey akan buat toturial Bekas keronsang sendiri..

SELAMAT MENCUBA SEMUA..
ASSALAMUALAIKUM









。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers