Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Selasa, 16 September 2014

Wanita yang Cantik itu




: WANITA YANG CANTIK ITU ::

❥ Wanita yang cantik itu kerana Kejernihan dan Bersih paras wajahnya yang selalu dibasuh dengan Air Wudhu..

❥ Wanita yang Cantik itu kerana tudungnya ditutup hingga menutupi dada,walau yang lain dengan bangga berlenggak lenggok mendedahkan auratnya dengan bebas yang membuat tiap mata terpukau dan mengundang fitnah..

❥ Wanita yang Cantik itu kerana baik budi pekertinya dan
perilakunya, kerana berusaha menjaga tutur kata agar Santun
dan Ramah

❥ Wanita yang Anggun itu kerana berusaha membersihkan hatinya,
agar ucapan dan perbuatan selalu selaras..

❥ Wanita yang Mempesona itu kerana selalu menjaga agar
hasad, iri, dengki dan dendam tiada pernah menghiasi di hati..

❥ Wanita yang cantik dan manis itu kerana senyumnya yang tulus
kepada sesama..

❥ Namun bukan bermaksud merayu ataupun menggoda..

❥ Wanita yang cantik itu kerana Kesederhanaan yang berbalut rasa syukur akan segala karnia-NYA dan mampu merawat kecantikan hatinya hingga akhir masa..

❥ Wanita yang hebat itu kerana Kesabaran dalam mengarungi berbagai liku hidup walau perlu menempuhi ujian dan cubaan..

❥ Wanita yang mulia itu kerana Keimanan dan Kecintaan kepada
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-NYA sehingga berusaha
mengamalkan dan berusaha menjalankan sebaik-baiknya..

❥ Saudariku yang di muliakan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala,
sejatinya kita tercipta begitu cantik, indah dan mempesona dilihat dari berbagai sisi..

❥ Maka marilah kita belajar menjadi wanita yang solehah agar kecantikan yang kita miliki takkan pernah memudar oleh waktu..

❥ Bukanlah kecantikan yang semua yang akan segera memudar dan
layu kerana waktu...

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers