Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 15 Mac 2015

Miss Honey di Lata Sg. Bil


Assalamualaikum dan salam sejahtera my friends semua..
Miss Honey harap kalian semua berada dalam keadaan sihat hendaknya,




Baiklah untuk kali ini miss honey tak nak cerita panjang miss honey ada dua miss penting untuk entry kali ni....
nak tahu apa??
lets go bebeh miss honey akan story mory pada korang semua...
Untuk 1st story miss honey akan cerita mengenai Sg Bil...
Ehh Ehhh miss honey nie macam ada pengenalan pula yek....
Kena ada pengenalan..isi dan penutup...
wah-wah mood jadi cikgu bahasa melayu pula nie...
OPSSS miss Honey sila cepat sedarkan diri.... awak bukan cikgu bahasa melayu tapi cikgu Sejarah......


Baiklah miss honey akan cerita mengenai Sg. Bil dahulu....
untuk pengetahuan semua Semua Sg .Bil terletak berhampiran dengan Kg. Sg Slim dan berada diantara jalan Proton City dengan Behrang.
perjalanan dari kampus baharu (Kampus Sultan Azlan Shah) ke Sg. Bil mengambil masa setengah hari jika jalan kaki...hahhahhahah
tapi dalam 10 minit aja jika menaiki kereta....
Sg. Bil dikatakan antara salah satu tempat menarik yang menarik di Tanjung Malim
miss Honey tak tahu...mungkinlah kot...
boleh di katakan setiap kali hujung minggu miss honey akan ke sg. Bil ni
untuk mandi manda siap buat kuak lentang, kuak pari-pari dan kuak badak berendam dan sebagainya....hehehhe jangan marah miss honey sekadar bergurau sahaja......
Sg. Bil ini di buka pada pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam
lebih had masa yang di tetapkan jangan cuba masuk yek,...
nanti anda akan di tangkap..ehhhh taklah
cuma jangan berada di kawasan tapak perkelahan sg.Bil selepas pukul 7.00 malam bagi mengelakkan Sg.Bil mendapat cucu...
harap korang faham maksud miss honeykan...
dah-dah jangan nak tanya banyak pasal benda nie...miss honey bukan cikgu sains yang nak cerita mengenai bab "Reproduction" pula .....


untuk story yang seterusnya miss honey akan cerita dengan siapa miss honey menghabiskan masa bersama..tut.tut..tut
baiklah kali ini miss honey menghabiskan masa dengan kawan baik miss honey di UPSI...
nak tahu tak siapa?
sudah tentu cik SITI SYAHWATI...
ok miss honey mention lagi status dia CIK ok,,,
so, siapa yang berkenan kena miss honey interview dulu...
cukup syarat baru miss honey akan mencemar dulu menjodohkan korang berdua...
hahahhaahha berlagak macam agensi cari jodohlah pula miss honey ni...
Syafawati ni...antara the best friend yang miss honey ada..
kalau nak tahu depan dia miss honey akan jadi mcam budak2 darjah dua...yang terkinja-kinja minta nak jajan...
hahahaahha tapi miss honey tak makan jajan tau..mak tak kasi..gigi rosak nanti...
yang bestnya pasal dia..dia ni boleh layan gila-gila miss honey ni.
dan kadang kala miss honey anggap cik SYA nis sebagai kakak miss honey
hahahahah kakak apanya kitorang sebaya.
tapi cara dia take care miss honey memang terbaik....
sayang kawan miss honey nie ketat-ketat..
ketat mana??
ketat-ketalah hohoholiyau
ok kitorang beli makanan dan lepak makan dekat Sg. Bil...
sambil kongsi makanan..romantik tak????
jangan jeles tau..kalau gegirl outing...
Ok lah setakat ini sahaja....mata miss honey dah mengantuk...
ASSALAMUALAIKUM



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 26 Februari 2015

Dalam Sejarah Kali Pertama Miss Honey menangis di UPSI



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
alhamdulilah semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat-sihat sejahtera...
sambil miss honey menaip miss honey mendoakan kesihatan rakan-rakan miss honey,,
baiklah untuk entry hari ni miss honey akan story mengenai..hari ini pertama kali dalam sejarah miss honey menangis depan orang ramai...
Oh My God!! Oh My God...
Opsss Miss honey kita orang islam jadi cube tukar terus jadi YA ALLAH...YA ALLAH..YA ALLAH
ha kan lebih manis dan mulia..tak gitu korang?...

baiklah kalau korang bukak blog miss honey mesti korang nak taukan kenapa miss honey menangis hari ini kan...
betul tak???
tak baik tipu tau......

kisahnya bermula beginilah...miss honey nak mula story tau...korang kena dengar betul-betul ..ehh tak lah baca betul-betul...


untuk semalam miss honey telah hadir untuk program Kelab Fasilitator Bitara untuk pendaftran baharu semester 8....
miss honey apalagi dengan  semangat cepat-cepatlah pergi untuk program tersebut...
tak sabar-sabar nak jumpa adik-adik dan kawan-kawan...
baiklah pada mulanya aktiviti TOT (Training Of Trainer) sangat-sangatlah menarik....adik-adik dapat tunjukkan energizer yang baharu dan menarik...
miss honey apa lagi pulunlah ikut semua aktiviti berpeluh badan....

TAPI...TAPI....
sewaktu nak balik , time nak makan...miss honey dalam hati dah dok bace doa makan dah...almaklumlah sanggup tak makan siang semata-mata nak makan dengan ahli kelab waktu malam...
apa lagi tunggu masa nak belahap aja...nampak sedap aja mee goreng yang diorang sediakan...
tapi entahlah macam mana tiba-tiba keluar cik Su ni umumkan nama ahli kelab yang tak aktif sem lepas...
so,
miss honey apa lagi buat muka selambalah...
conform sem lepas miss honey tak aktif langsung,,,,hahhahaha tengah praktikal kat sekolah kot...takkan miss honey nak datang upsi pula....
miss honey apa lagi diam ajalah ...dalam hati kata conform aku tak kena....
Miss honey tenang aja tengok orang.....

dalam hati janji aku tak kena sudahlah...
dalam dok cuit-cuit budak sebelah,
nama miss honey di panggil oleh cik su..
"Kak Hasniza Sila Bangun..."
wah gila kentang asal nama miss honey di panggil...
mula-mula di panggil miss honey boleh senyum lagi....
mak betul takkan miss honey nak terus tanya napa miss honey di panggil..
jatuhlah standard pelajar tahun 4...tak gitu..hehehhehe
rupa-rupanya cik su nak tanya hukuman kepada mereka yang tak datang program, berdasarkan pengalaman miss honey lepas...
apa lagi di kesempatan ini..miss honey buat gaya ala-ala YB berucap dengan yakin dan percaya tambah confident menjawab dengan cemerlang...siap dengan panjang lebar dok terangkan....
miss honey fikir lepas menjawab soalan super duper susah dapat terus duduk... sebaliknya pelamin anganku musnah..apabila president kelab bangun marah miss honey tak datang program..
Mak Oiii...miss honey rasa tak pernah pelajar yang praktikal kena marah sebab tak datang program sebab kami tiada di kampus....

Dalam hati...siap kau president...kecik besar..kecik besar aja miss honey tengok tuan president ni..
yang paling miss honey tak tahan...miss honey siap cakap dekat orang sebelah berazam nak sambung master...nak dok UPSI lagi n nak tunggu president kelab Praktikal..miss honey nak kenakan dia balik (huhuhu jahat gila kan niat miss honey)... kena marah dengan president miss honey boleh diam dan sabar lagi..almaklumlah junior marah senior takkan nak nangis kot jatuhlah standard..

Dalam miss honey diam...bangun pula super senior Kelab Fasilitator...pok cik Halmizam ni bangun..marah miss honey dengan budak-budak lain lagi...siap mata merah macam naga mengamuk ..miss honey sempat lagi membayangkan seperti naga yang tengah hembuskan api keluar dari hidung (teruk betul imaginasi miss honeykan??) ...waktu ni mata miss honey dah masuk habuk...adoiiiiii berair lah pula...air mata..plez-plez sedut balik...janganlah kau tumpah di depan adik-adik junior ni..malu beb kakak "SADO" mereka  nagis kena marah....tapi air mata ni seperti murah rezeki pula turun laju pula..adoi.....malu tambah sengan tambah bengang dah naik kepala..sikit lagi miss honey rasa miss honey boleh ambik watak pok cik halmizam jadi naga gila pula...
dalam dok buat drama melayu air mata..tiba-tiba keluar dari belakang kek hari jadi 

....terkejut miss honey...cepat-cepat miss honey berpura-pura duduk dan kesat air mata berpura-pura pujuk junior yang menangis...cewah buat gaya KAK YONG sudah turun padang pula... dalam hati...kurang asam keping tambah dengan asam jawa budak-budak ni...miss honey yang keras hati macam tembok besi ini di kenakan mereka,,,, habis tumpah air mata miss honey di buatnya....goyang sedikit jiwa muslimah miss honey ni hahahahah,....adakah patut mereka PRANK!! miss honey...rasa nak jew tumbok-tumbok manja sekor-sekor...tapi of couse dalam hati miss honey happy tak sangka ada juga yang mengingati besday miss honey yang jatuh pada 30 januari dengan yang lain-lain....
apa-apa pun terima kasih sangat keluarga UNGGU...miss honey sayang kalian...



p/s:  terima kasih adik am...bagi kak kau ni hadiah besday



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 24 Februari 2015

Akhirnya Miss Honey sudah semester 8


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
alhamdulilah syukur kepada ALLAH miss honey dapat menulis kembali dalam untuk entry pada kali ini...

huhuhuhu bertemankan cerita doreamon...miss honey menulis sambil mendengar UN..UNNNN..UNNN...Doreamon....hehehhehehe
jangan marah yek rakan-rakan...
baiklahlah wahhh Alhmadulilah sekarang miss honey sudah memasuki semester 8 di Universiti Pendidikan Sultan Idris....
U know what I means... that means dah 4 tahun miss honey di UPSI....
sekejab sahaja miss honey rasakan berada di UPSI ni...
pejam celik..pejam celik dah nak habis dah pun..

untuk semester kali ini miss honey kena berusaha lebih sedikit....
yuk..yuk gambate....
perlu habiskan 17kreadit lagi... dan paling penting miss honey perlu siapkan final project
mudah-mudahan miss honey dapat hadapinya...
kalau tak selesaikannya..almaklum tak konvolah miss honey....
sob...sob mudah-mudahan miss honey berjaya..
Amin...Amin..
doakan miss honey yek...
baiklah Assalamualaikum semua
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Khamis, 12 Februari 2015

Hilangnya Sebutir Permata Agama-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Assalamualaikum sahabat-sahabat Miss Honey,

miss honey harap kalian sihat sejahtera...
hari ini pada tanggal 12.2.2015 dunia islam di kejutkan dengan kehilangan sebuti pemata agama yang terkenal....
"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

perginya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA)
amatlah terasa kehilangannya..
sesungguhnya kehilangan beliau pasti amat di rasai oleh seluruh ahli keluarga, Sahabat handai, rakyat, dan khususnya parti PAS sendiri...
ya ALLAH luluh hati miss honey apabila tiba-tiba dapat massage dari group whatsapp mengatakan TGNA sudah kembali kerahmatullah pada jam 9.40 malam..
menitis Air mata miss honey
YA ALLAH..
miss honey sayangkan TOK GURU..

esok 13.2.2015.
TGNA akan di solatkan pada pukul 10.00 pagi di Masjid Pulau Melaka yang menjadi Pusat tarbiah TOK GURU..

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan dakwahnya.


Berehatlah dikau disana wahai permata Agama,
Setelah berjuang tanpa henti menegakkan agamaNya.
Kami Anak Muda akan menyambung perjuanganmu wahai permata agama.
Pergimu meninggalkan semangat kami anak muda Islam untuk terus bangkit berjihad demi Islam.
Mendung hari.
Mendung hati.
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.
Berehatlah dikau ditempat rehat yang sebenar²nya...
Allahummghfirlahu warhanhu wa'afihi wa'fu'anhu.
Anak Muda DiBawah kepimpinan Ulama'.
Kami Sayang Tuan Guru Nik Aziz.


。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers