Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Sabtu, 13 Ogos 2016

Debaran menunggu penempatan mengajar



Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
diharap semua pembaca miss honey berada dalam keadaan sihat sejahtera...
owhhh ya dah makan ke belum???
siapa belum makan sila makan yek???kalau kena gastrik miss honey tak nak tanggung....
Lantak koranglah.... amboi miss honey kasar nampak,, iye dak??

Baiklah hari ini miss honey akan cerita mengenai debaran miss honey menunggu penempatan miss honey mengajar di sekolah menengah.
Dalam sedar tak sedar miss honey dah bakal menjadi seorang guru dah...
alahai dengan badan yang kecik, saiz tapak kaki saiz 4... dengan tinggi tak sampai 150cm mampukan miss honey menjadi seorang guru..... alahai conform para pelajar miss honey lebih sasa dan "dewasa" dari miss honey...... dugaan-dugaan....cabaran mengajar generasi z (entah betul entah tidak, miss honey pun dah generasi Y dah)...

Actually miss honey tak tahu penempatan tempat mengajar. kata Jabatan Pelajaran Negeri Perak..apa2 pun kena tunggu hari isnin...tapi miss honey ada risik2 dekat pakcik miss honey yang kerja di JPN Perak dia kata miss honey di tempatkan di Larut, Matang, dan Selama (LMS). emtah betul entah tidak..Waallahualam. kena redha dan tunggu keputusan 15 ogos 2016.

Korang nak tahu tak, sebenarya di kawasan LMS terdapat hampir 30 buah sekolah menengah. kalau korang nak tahu senarai sekolah...sila google sendirilah yek..miss honey malas nak menaip panjang-panjang wahai pak ngah n mak ngah oii... kalau betul miss honey dapat LMS jika dekat dengan rumah ALHAMDULLILAH...kalau jauh masalah juga nak cari rumah sewa ni.... Owhhh No.... ini yg membuatkan miss honey hampir 3 malam tak lena tidur....nak berjauhan dengan family , astro, Cibey (anak kucing), Bulat (Anak jiran sebelah rumah umur 7 bulan)...Kambing di belakang rumah dan sebagainya...sop sop sedihnya

Bagi guru baru... miss honey ada beberapa tip untuk korang yang miss honey share dari blogger lain juga... jangan segan-segan nak baca..sila-sila,,jangan malu-malu

1. Bertanya Dengan Senior
Ini adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh guru baru, tetapi selalunya tidak diambil berat oleh kebanyakan mereka atas alasan ada cara masing-masing yang tersendiri. Oleh sebab kita di tempat baru, maka lebih baik kita bertanya kan juga kepada guru-guru senior mengenai beberapa perkara di sekolah baru. Supaya tak lah nanti banyak perkara yang kita terlepas. Miss Honey rasa, tak lah kejam sangat cikgu-cikgu senior nih untuk membantu dan membimbing adik-adik yang baru nak bertapak nih. Kalau kurang bertanya, silap haribulan banyak benda yang kita kena buat berulang kali. So tanya! Anggap juga ini sebagai satu cara komunikasi bagi memulakan perjalanan hidup anda sebagai cikgu baru di tempat baru.


2. Jangan Banyak Komplen
Ini perkara yang patut dielakkan. Selalunya cikgu baru akan lebih cenderung untuk komplen itu dan ini. Serba serbi semua tak kena. Maklumlah, dia kan profesional! Owh, lupa.. Dia sorang saja profesional kat situ kan? .. Hu3.. Hentikan perbuatan diva anda tu! Sebagai guru baru, lebih baik jika anda jangan banyak komplen sekalipun mungkin tindakan / cara kerja di sekolah baru adalah berbeza dengan impian dan harapan anda. Perhatikan dulu budaya kerja di tempat baru, kemudian baru lah mulakan tindakan. Jika tidak seperti yang anda harapkan, maka mulakan misi mengubah cara kerja, bermula daripada diri anda sendiri!Kebiasaannya, secara realiti, guru yang paling banyak komplen di sekolah adalah guru yang paling banyak tak buat kerja di sekolah! Ye dak? .   ;)


3. Minta Subjek Major?
Oleh sebab masih teruja dengan fantasi zaman belajar di universiti yang penuh dengan teori, maka kebanyakkan guru baru posting nih akan menyuarakan hasrat (kadang-kadang berlebihan) kepada pentadbir untuk mengajar subjek major. Tidak dinafikan memang patut ler, apa ertinya dah belajar 4/5 tahun, kalau tak mengajar subjek major kan? Yup.. itu lah harapan dan impiannya. Tapi realitinya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memberi aturan untuk guru-guru mengajar subjek apa di sekolah. Senioriti, kekosongan subjek, bilangan kelas yang terhad, masa posting serta beberapa faktor lain menyumbang kepada 'mengapa pentadbir memberi subjek yang tidak sama dengan subjek major anda'. Jika usaha anda gagal untuk mendapatkan subjek major, maka terima dan berusaha dengan subjek baru. Tak perlu nak bising-bising. Cuba lagi pada masa akan datang. Lebih baik redha, serta berusaha daripada kemungkinan anda telah memberi salah tanggap awal yang buruk kepada barisan pentadbir..


4. Jangan Memandai-Mandai
Ada juga dalam kalangan guru baru yang terlebih 'pandai'. Semua benda nak diatur mengikut aturan dia sendiri, sedangkan anda harus sedar bahawa di sekolah baru, sudah tentu budaya kerja tak sama seperti di sekolah ketika anda praktikum. Setiap sekolah mempunyai sistem kerja masing-masing. Ada sekolah yang langsung tak sibuk, yang agak sibuk, yang memang sibuk, dan sekolah yang buat-buat sibuk! Jadi, lebih baik sekiranya pada peringkat awal ini anda menjadi follower dahulu, daripada cuba menjadi leader. Tak perlu untuk bercita-cita tinggi sangat pada peringkat awal ini. Perhatikan dulu, barulah buat perancangan. Takut anda tersilap langkah, maka tak ke mana lah anda sampai ke sudah.


5. Elakkan Kebergantungan Yang Tinggi
Untuk cikgu baru, kadang-kadang akan wujud juga kebergantungan kepada guru-guru senior. Boleh, tak jadi masalah. Tetapi, tak perlulah tahap kebergantungan yang terlalu tinggi sehingga menyusahkan pula cikgu-cikgu senior. Semua perkara nak diharapkan daripada cikgu senior! Tak patut, sebab anda juga sudah mendapat latihan perguruan semasa anda di IPG atau universiti. Jadi, cuba lah berdikari dengan menggunakan ilmu-ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa anda belajar dahulu. InshaAllah, anda akan berjaya. Saya sendiri sangat yakin dengan latihan dan pengalaman yang diberikan oleh pihak IPG dan universiti semasa anda belajar dahulu. Teruskan usaha anda, dan bina jatidiri anda sebagai guru yang berwibawa!


6. Redha Dengan Ketentuan
Selalunya ada yang terlalu excited dengan sekolah baru. Terutamanya yang dipostingkan ke kawasan pedalaman, ke Sabah dan ke Sarawak. Banyak pengalaman baru yang diperolehi dan nak diceritakan. 3 hari 3 malam tak habis nak diceritakan. Tetapi ada juga yang tak dapat nak terima kenyataan. Memang, sekolah anda jauh.. kat ulu.. kat pedalaman.. Orang lain tak akan faham.. Yer, memang betul.. tetapi jangan lupa ada juga dalam kalangan rakan-rakan guru kita yang mengajar di sekolah yang jauh lebih susah, jauh lebih daif, jauh lebih ulu, jauh lebih pedalaman.. Cuba redha dan bersyukur lah dengan ketentuan kita. Kurangkan mengeluh, sebaliknya cuba buktikan kepada diri dan masyarakat bahawa kita sememangnya layak untuk digelar cikgu!


7. Hangat-Hangat Tahi Ayam
Ini juga sindrom yang patut dielakkan. Oleh sebab baru nak memulakan kerjaya, maka banyak lah perkara yang ada dalam fikiran untuk nak dilaksanakan. Semua nak dibuat. Itu lah.. Ini lah.. Tapi akhirnya? Kecundang! Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Sebab kurangnya semangat dan mudah rasa cepat putus asa. Perlu anda ingat, untuk memulakan sesuatu adalah sangat mudah! Tetapi untuk mengakhiri sesuatu dengan baik, adalah sangat susah. Perlu ada istiqamah dan juga semangat diri yang kental, serta prinsip hidup yang betul dalam membentuk perlakuan kita. Jika anda bercita-cita untuk menghasilkan sesuatu yang hebat di sekolah baru, bermula lah dengan idea yang kecil dan mampu untuk dilaksanakan terlebih dahulu. Kemudian, bila usaha menjadi, barulah kembangkan idea anda tersebut, sedikit demi sedikit, menjadi lebih besar dan paling penting, cuba kekalkannya.


8. Post di Facebook
Pada zaman ICT nih, dengan hampir setiap orang memiliki akaun di laman sosial, maka silalah gunakan internet dengan bijak sekali! Kerana, dalam banyak kes, ramai yang tersalah langkah dalam menggunakan kemudahan tersebut, terutamanya luahan-luahan hati yang tidak perlu di Facebook dan Twitter. Agak bodoh jika dikatakan seseorang itu tidak tahu bahawa kandungan laman sosial tersebut boleh dibaca oleh hampir semua orang, termasuk yang tidak 'Friend'. Maka jagalah pertuturan anda, update status anda dan komen-komen anda terhadap cikgu senior dan sekolah baru anda, kerana anda tak tahu pun siapa yang telah curi-curi melihat Facebook anda. Mungkin Guru Besar / Pengetua anda??


9. Hubungan Dengan Guru Senior
Ringankan mulut untuk bertegur sapa dengan guru senior sebagai tanda menghormati kewujudan mereka di sana, serta 'menyedarkan' mereka kepada diri kita sebagai guru baru di sekolah tersebut. Sekalipun tidak bersambut daripada guru senior tetapi teruskan juga usaha anda untuk menambat hati guru-guru senior. Tak rugi pun, modalnya hanya air liur dan sedikit senyuman manis. InshaAllah, dengan usaha berterusan, guru yang paling sombong di sekolah pun akan tertawan dengan senyuman manis anda tuh.. Ingat, untuk menjadi guru yang baik di sekolah baru, sudah tentu khidmat dan pengalaman guru-guru senior amatlah sangat diperlukan.


10. Jangan Tolak Kerja
Ini juga perkara yang patut dielakkan. Sebagai guru baru yang ingin memulakan kerjaya guru dengan baik, maka perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi. Pihak pentadbir tidaklah terlalu ghairah sangat nak mengerah dan memerah tenaga muda anda. Beban tugas yang diberi adalah dikira berpadanan dengan tugas anda yang lain. Kalau berlebihan pun, mungkin disebabkan kekurangan kakitangan dan juga faktor lain. Tak perlu lah anggap ini adalah bagi tujuan meng'kuli'kan anda. Tetapi sila ambil perkara ini dengan positif sekali. Anggaplah ini peluang untuk anda menimba ilmu sebanyak mungkin. Hentikan budaya bising-komplen-bising dan tukar kepada diam-laksana-diam.

Guru lama tak ada kerja, tapi guru baru tanggugjawab keliling pinggang!!?.


Tak mengapa, biarkan saja mereka. Anda baru di sana, mungkin cikgu tuh dah 10 tahun pegang jawatan tersebut sebelum daripada anda lagi. Biarkan dia berehat pula. Kini masa anda pula, dan silalah lakukannya sebaik mungkin dengan terus bersangka baik. Tak rugi anda dapat pengalaman lebih!


11. Salah Masuk Geng
Tak dinafikan di sekolah juga wujud suasana persekitaran politik dan geng-geng yang tertentu. Geng cikgu bengkel, Geng kaki mengumpat, Geng kaki merokok, Geng tak masuk kelas, Geng lepak kantin dan bermacam-macam jenis geng lagi yang ada di sekolah. Libatkan lah diri anda dengan geng yang betul, supaya ia nya dapat membimbing anda ke arah menjadi pendidik yang baik. Semoga juga, mereka-mereka tadi dapat memotivasikan anda untuk melakukan yang terbaik dalam dunia pendidikan. Harus sentiasa ingat, akan kewajipan utama anda ke sekolah adalah untuk masuk kelas dan mengajar! Jika kita ke sekolah, tapi tak masuk kelas, tak mengajar, maka bolehkah kita katakan kita memperolehi sumber pendapatan dan gaji kita daripada sumber yang halal?. Wallahualam

。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Isnin, 8 Ogos 2016

Lamaranku diterima di Negeri Perak


Assalamualikum dan Salam sejahtera..
apa khabar semua sihat...
baiklah seperti biasa miss honey sihat hendaknya...

Alhamdulilah hari ini keputusan penempatan sekolah miss honey dah diperolehi
SYUKUR ALHAMDULLILAH... miss honey dapat negeri Perak... termakbul juga doa mak miss honey yang taknak miss honey kerja jauh-jauh..... kata mak miss honey.. kalau miss honey dapat Sarawak atau Sabah.. mak miss honey nak ikut..... OHHHHH TIDAK... Tak sanggup miss honey nak biarkan abah miss honey duduk seorang plak.... kalau ikutkan posting mak miss honey.dia nak miss honey mengajar ajar di sekolah Dato Haji Hussein atau Rendang Panjang... 
Owhhh  TIDAK!!
dah lama miss honey sekolah Dato Haji Hussein.. dari tingkatan 1 sampai 6 hinggakan praktikal pun disitu juga,,,,,,,
bayangkan lebih 7 tahun miss honey di sekolahtu.... Sampai cikgu miss honey kata hang pilah pindah sekolah lain plak...asyik sekolah ni ja....hahahhahaha ...apa-apapun keputusan negeri dah dapat...
15.8 miss honey kena lapor diri ok nanti kita tunggu di mana plak yek rezeki miss honey....doakan miss honey dapat dekat2 aja tau... memang nak dok bawah ketiak mak pun....hahhahah..

ok jumpa lagi pada catatan seterusnya...
ASSALAMUALAIKUM



。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Ahad, 31 Julai 2016

Pilihan kekal atau tinggalkan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca...
Amboi barjet mcm ada orang yang baca pula la yek, padahal catatan diari biasa aja...

Baiklah topik untuk kali ini adalah berkenaan pilihan....
Seperti yang kalian sedia maklum... miss honey dilantik menjadi RA. (Reseacrh Assistance) bagi SV miss honey... tet tet nama SV terpaksa dirahsiakan.....sepanjang menjadi RA miss honey agak tertekan... Opss bukan agak tertekan tapi sangat-sangat tertekan...
Almaklumklah miss honey dapat ketua penyelidik yang tegas dan sangat komited dengan kerjanya... jadi semua kerja dia nak cepat. sampai kadang2 tak terkejar miss honey....
kalau Bab air mata... tak payah nak kiralah........ miss honey yang ala-ala kak yong ni boeh tumpah air mata disebabkan beliau... huhuhu sambil menaip research sambil menitik air mata itu dah biasa..... nampak tak???
sadis kan miss honey...
Ok  berbalik pada matlamat asal miss honey nak cerita mengenai pilihan.

Seperti kalian sedia maklum masuknya bulan Ogos ini miss honey kemungkinan besar akan masuk kesekolah untuk berkhidmat sebagai guru. jadi at the same time miss honey merupakan RA di UPSI..... dan dalam masa sama miss honey juga buka kelas tuition.... See korang boleh nampakkan miss honey punya dilema perlu buat pilihan yang mana satu...jadi  mestilah keutamaan menjadi guru.... so bab kelas tuition memang miss honey dah start leh lupakan...cuma bab jadi RA..miss honey nak letak jawatan jadi RA. n masuk sekolah jadi guru.... dalam pemilihan RA. miss honey akan tanggung kelebihan dan keburukan....
baca betul-betul tau..kalau miss honey pilih untuk jadi RA. dalam masa sama jadi guru...miss honey takkan ada life hidup sebab dua-dua berat tambah miss honey sebagai student master pun ada penyelidikan sendiri yang kena kaji. tapi best miss honey dapat yuran pengajian free dan pendapatan smpingan yang agak lumayan.... TAPI itu sangat berisiko sebabnya... miss honey tumpu pada jadi RA sekarang pun..tak tertanggung kerja miss honey perlu buat...
ok... settle bab if miss honey jadi RA..

Sekarang miss honey nak story plak if miss honey pilih tak nak jdi RA dan fokus jadi guru sahaja.
pertama mestilah yuran pengajian miss honey kena bayar sendiri untuk next sem....wow bukan sikit n banyak...takut miss honey tak termampu aja...TAPI yang bestnya miss honey tak perlu risau mengenai kerja RA. dah so miss honey blh tumpu hal sekolah dah penyelidikan master miss honey sendiri...makna kata beban kerja miss honey makin berkurangan.. bab mencari duit tambahan...yang kenal miss honey mereka akan tahu miss hoeny akan buat kerja tambahan lain macam buat kelas tuition atau berniaga.

Masalah seterusnya.. adalah miss honey dilema untuk tukar SV.... miss honey memang tersangat-sangat nak tukar.. SV miss honey bukanlah seorang yang tak ok..ok sangat n dia sangat bagus (ikhlas dari hati) tapi masalah adalah miss honey sendiri yang tak mencapai standard yang dia nak.. miss honey tak secekap beliau buat kerja.. bila jadi isu begitu..miss honey semakin tertekan dan ini turut mempengaruhi master miss honey kerana tak dapat siapkan penyelidikan dengan sempurna... Risikonya miss honey berkemungkinan tak dapat nak habiskan master...

Miss honey nak tukar penyelia kepada pensyarah lain,,,, tapi masalah sekarang miss honey tak tahu bagaimana nak terangkan pada penyelia sekarang..miss honey rasa amat bersalah..walaupun sebenarnya itu adalah hak miss honey..

P/s: Miss honey perlukan nasihat korang...plezz tolong miss honey buat pilihan dengan bagi pendapat yang bernas.
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Selasa, 26 Julai 2016

Selamat kembali


Assalamualaikum,
hye  semua
maaf lama miss honey tak start menulis kembali
rasanya dah almost 1 year juga menyepi...
maaf yek kalian miss honey agak sibuk kebelakangan ni....
mananya nak buat Research sendiri,
Research Geran...
dan jadi guru tuition....

Oppsss lupa nak inform sekarang miss honey dah jadi student balik.
alhamdullilah last year miss honey berjaya habis kan Ijazah dengan Jayanya...
alhamdullilah tahun ni miss honey dapat sambung kembali pelajaran dengan ambik Master under geran...
ALHAMDULLILAH....
tapi tekanannya jangan cakaplah...
woowww sangatlah mencabar..penuh dengan air mata....

BTW... alhamdulilah miss honey berjaya dalam temuduga guru,,,,,
InsyaALLAH jika tiada halangan pertengahan bulan Ogos ni miss Honey boleh masuk mengajar di sekolah....Doakan kejayaan Miss Honey yek...
Baiklah esok miss honey story lain plak yek...

ASSALAMUALAIKUM....
Doakan miss honey dapat bertemu jodoh yek......nak kawen tahun ni....hehehehhe..gurau ja
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers