Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Ahad, 31 Julai 2016

Pilihan kekal atau tinggalkan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca...
Amboi barjet mcm ada orang yang baca pula la yek, padahal catatan diari biasa aja...

Baiklah topik untuk kali ini adalah berkenaan pilihan....
Seperti yang kalian sedia maklum... miss honey dilantik menjadi RA. (Reseacrh Assistance) bagi SV miss honey... tet tet nama SV terpaksa dirahsiakan.....sepanjang menjadi RA miss honey agak tertekan... Opss bukan agak tertekan tapi sangat-sangat tertekan...
Almaklumklah miss honey dapat ketua penyelidik yang tegas dan sangat komited dengan kerjanya... jadi semua kerja dia nak cepat. sampai kadang2 tak terkejar miss honey....
kalau Bab air mata... tak payah nak kiralah........ miss honey yang ala-ala kak yong ni boeh tumpah air mata disebabkan beliau... huhuhu sambil menaip research sambil menitik air mata itu dah biasa..... nampak tak???
sadis kan miss honey...
Ok  berbalik pada matlamat asal miss honey nak cerita mengenai pilihan.

Seperti kalian sedia maklum masuknya bulan Ogos ini miss honey kemungkinan besar akan masuk kesekolah untuk berkhidmat sebagai guru. jadi at the same time miss honey merupakan RA di UPSI..... dan dalam masa sama miss honey juga buka kelas tuition.... See korang boleh nampakkan miss honey punya dilema perlu buat pilihan yang mana satu...jadi  mestilah keutamaan menjadi guru.... so bab kelas tuition memang miss honey dah start leh lupakan...cuma bab jadi RA..miss honey nak letak jawatan jadi RA. n masuk sekolah jadi guru.... dalam pemilihan RA. miss honey akan tanggung kelebihan dan keburukan....
baca betul-betul tau..kalau miss honey pilih untuk jadi RA. dalam masa sama jadi guru...miss honey takkan ada life hidup sebab dua-dua berat tambah miss honey sebagai student master pun ada penyelidikan sendiri yang kena kaji. tapi best miss honey dapat yuran pengajian free dan pendapatan smpingan yang agak lumayan.... TAPI itu sangat berisiko sebabnya... miss honey tumpu pada jadi RA sekarang pun..tak tertanggung kerja miss honey perlu buat...
ok... settle bab if miss honey jadi RA..

Sekarang miss honey nak story plak if miss honey pilih tak nak jdi RA dan fokus jadi guru sahaja.
pertama mestilah yuran pengajian miss honey kena bayar sendiri untuk next sem....wow bukan sikit n banyak...takut miss honey tak termampu aja...TAPI yang bestnya miss honey tak perlu risau mengenai kerja RA. dah so miss honey blh tumpu hal sekolah dah penyelidikan master miss honey sendiri...makna kata beban kerja miss honey makin berkurangan.. bab mencari duit tambahan...yang kenal miss honey mereka akan tahu miss hoeny akan buat kerja tambahan lain macam buat kelas tuition atau berniaga.

Masalah seterusnya.. adalah miss honey dilema untuk tukar SV.... miss honey memang tersangat-sangat nak tukar.. SV miss honey bukanlah seorang yang tak ok..ok sangat n dia sangat bagus (ikhlas dari hati) tapi masalah adalah miss honey sendiri yang tak mencapai standard yang dia nak.. miss honey tak secekap beliau buat kerja.. bila jadi isu begitu..miss honey semakin tertekan dan ini turut mempengaruhi master miss honey kerana tak dapat siapkan penyelidikan dengan sempurna... Risikonya miss honey berkemungkinan tak dapat nak habiskan master...

Miss honey nak tukar penyelia kepada pensyarah lain,,,, tapi masalah sekarang miss honey tak tahu bagaimana nak terangkan pada penyelia sekarang..miss honey rasa amat bersalah..walaupun sebenarnya itu adalah hak miss honey..

P/s: Miss honey perlukan nasihat korang...plezz tolong miss honey buat pilihan dengan bagi pendapat yang bernas.
。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers