Kesayangan

Entry Miss Honey Minggu ini

Nota Sejarah




Sistem ekonomi pertanian di Fillipina, Indonesia , dan India menguntungkan pembesar dan penjajah. Bincangkan 
1.                  Mendapat komisen daripada pemerintah Inggeris dalam melaksanakan dasar atau system yang diamalkan.
a.       Sistem Tanaman Paksa – golongan priyayi dan bupati dibawah komisen daripada hasil yang dilakukan petani. Semakin banyak hasil yang didapati semakin banyak komisen yang diperoleh.
b.      Petani Jawa mengalami kerugian – dalam hari bekerja, tanaman sendiri terbengkalai, kekurangan hasil, penipuan dalam pelaksanaan tanaman paksa.
2.                  Mendapatkan hasil melalui kenaikan kadar sewa tanah dan cukai tanah.
a.       Di India , golongan zamindari menindas petani yang menyewa tanah dengan menaikkan kadar sewa. Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil tanah bertambah Untungkan zamindari dan Inggeris. Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta pada tahun 1793 kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta pada tahun 1900-01
b.      Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang adalah pada kadar 45%  hasilnya dan daripada kutipan 9/10 harus diserahkan kepada kerajaan dan  1/10 akan disimpan oleh Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal ialah Rs 27 juta setahun
c.      Dalam system Ryotwari Inggeris menaikkan kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap golongan petani. Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.
d.      Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.
e.      Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.
f.       Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.
g.      Kegagalan petani Indonesia membayar cukai dalam bentuk wang tunai menggalakkan mereka berhutang dan tergadai tanah-tanah pertanian kepada ceti dan peminjam wang.
3.                  Penjajah memperoleh dapatan hasil daripada keluaran yang telah ditetapkan.
a.       Belanda berjaya keluar daripada masalah kewangan dan bebanan hutang.
b.      British berjaya menambahkan hasil melalui tambahan cukai dan lambakan hasil industri.
c.      Sepanyol berjaya mendapatkan hasil daripada sistem polo dan vandala
4.                  Wujudnya monopoli perdagangan
a.       oleh SHT Belanda dan memusnahkan perdagangan pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi di Belanda dan harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani Indonesia sentiasa menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )
5.                  Berkembangnya sistem ekonomi komersial.
a.       Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi sara diri, masyarakat pribumi berlumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan. Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial  telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ekonomi sara diri yang berfokus pada kerahan tenaga tanpa upah dan bekerja untuk golongan pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada masyarakat tani untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi mempastikan keuntungan titik peluh yang dikerjakan ialah hak mereka. Perubahan mentaliti ini memperlihatkan ramai para petani mencari jalan bagi meningkatkan kualiti hidup mereka




。◕‿◕。 SUKA!! LIKE and KOMEN yek。◕‿◕。

Tiada ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers